Chapter 5

14 1 0
                                    

Aku memecut laju mengikuti noda darah di atas rumput. Perasaan takut mula hadir dalam hati aku. Nafas aku turun naik. Jiwaku telah diserang gundah gulana. Aku mula bengang dengan diri aku sendiri!

Kenapa aku tak jaga Lavender betul-betul? Ini ke aku kata cinta? Sedangkan Lavender kena serang pun aku tak sedar. Sungguh, jika aku jumpa manusia yang cederakan Lavender. Aku memang akan pastikan dia tak lihat matahari esok!

Langkah aku terhenti. Aku sudah tercungap-cungap mencari oksigen. Rambut diraup kasar. Tengkolok di atas kepala aku sudah jatuh mencium lantai. Noda darah itu sudah hilang!

"Hmmm!" Aku tersentak apabila mendengar suara dari kanan. Gigi aku diketap kuat hingga rahang terbentuk. Tangan aku sudah mengenggam penumbuk hingga urat di kekura tangan aku sudah timbul. Tidak fikir panjang. Aku memecut laju ke suara yang aku dengar.

Nafas aku tercungap-cungap. Mata aku terpejam rapat. Langkah kaki aku semakin lama semakin laju. Firasat aku kuat mengatakan Lavender dalam bahaya!

Langkah aku terhenti apabila seseorang cuba menyerang aku secara senyap-senyap. Aku mengelak dari pisau mengena wajah aku. Lengan musuh dicengkam kuat. Aku memukul kuat pergelangan tangan musuh hingga pisau terlepas. Kaki aku berundur beberapa tapak ke belakang.

"Pengawal!" Aku melaung memanggil pengawal dekat-dekat kawasan ini. Namun, seorang pun tidak datang. Dahi aku berkerut. Mata aku memandang sekeliling. Anak mata aku mengecil apabila melihat pengawal aku sudah tumbang.

"Sihir..." bisik aku perlahan. Aku perhatikan pula lantai koridor. Terdapat serbuk putih kuning melekat di terompah aku. Ini sihir untuk tidurkan musuh!

Mata aku membulat besar apabila orang serba hitam cuba meniup serbuk di tapak tangannya. Kua fikir aku nak biarkan? Aku tumbuk menumbuk wajah musuh. Pantas, aku menahan nafas. Perut musuh ditujah kasar. Aku melempar tubuh lemah musuh hingga musuh tersandar di dinding.

"Jangan, jadi pengganggu!" Serentak dengan tempikan itu. Aku menghentak kuat kepala musuh ke dinding berkali-kali. Melihat musuh sudah terkulai lemah. Aku tersenyum sinis.

Aku menoleh ke belakang. Bunyi barang pecah buat aku tersentak. Aku memusingkan badan ke belakang. Kaki aku memecut laju mendekati pintu bilik. Apabila aku cuba memulas pintu. Pintu terkunci dari dalam. Aku yakin, musuh cuba halang aku!

Aku berundur beberapa tapak ke belakang. Aku mengipas-ngipas sebelah tangan aku. Kekuda dipasang. Tanpa fikir panjang, aku memecut laju ke hadapan.

BAM!

Aku menyepak kuat pintu bilik Lavender. Pintu bilik terhentak kuat. Mata aku membulat besar. Kaki aku makin lemah. Hampir aku terduduk melihat keadaan Lavender yang sudah terkulai lenah. Mata aku memandang pula pada lelaki serba hitam pula. Wajah dia tidak dapat aku lihat kerana kain hitam tutup wajahnya.

"Lavender!" Mata Lavender tercelik. Wajah dingin membasahi wajahnya. Nafasnya turun naik mungkin kerana penat bergelut. Baru saja aku ingin maju. Seseorang menarik aku dari belakang. Mata aku membulat besar apabila musuh sudah merangkak ke atas katil.

Aku menghentak kepala aku dari belakang. Akibat itu, pegangan musuh mula longgar. Pantas, aku menyepak buku laki musuh dari belakang.

Krak!

Musuh meraung kesakitan. Senyuman sinis terlakar dibibir aku. Baru saja aku ingin menumbuk musuh. Lengan aku terasa dicengkam. Aku sudah hilang sabar!

Keris di sisip pinggang aku dikeluarkan. Aku menikam pinggang musuh. Melihat musuh sudah tumbang. Aku tersenyum sinis.

"Lepaslah!" Aku tersentak. Kepala aku ditoleh ke belakang. Jelas, musuh cuba menyentuh Lavender. Malangnya Lavender mengelak. Mungkin Lavender hilang sabar. Kesan luka di lengan musuh ditekan kuat. Merangkak terus musuh dibuatnya.

Genggam Tanganku Puteri Lavender Where stories live. Discover now