3

6.7K 213 3
                                    

      SEPERTI yang dijanjikan. Hari ini, Nur Miesyaira Huda dapat bersenang - senang dengan Nurul Auni Balqis!

Tut! Tut!

"Helo? Ha ye, nak keluar dah ni. Iye... Tengah pakai kasut aje. Sabar kejap." Ujar Aira apabila mengangkat telefon dari Auni.

"Janji pukul 1: 30, sekarang dah pukul 2 : 41, batang hidung pun tak nampak lagi. Hampeh betul janji melayu!" Marah Auni dari dalam telefon milik Aira.

"Sorry - sorry. Ni nak pergi dah, Kau tunggu kejap aje." Ujar Aira sambil telefon dikepit di telinga. Kedua belah tangan laju memakai kasut.

Call ditelefon terus diletakkan. Aira belari anak dan terus masuk ke dalam perut kereta milik pengawal nya.

"Cepat lah abang Kimie! Dah lewat ni!" Aira yang baru sahaja melangkah kaki masuk ke dalam perut kereta milik Kimie terus arah kan Kimie untuk cepat.

"Ckk. Dia yang lambat, kita pula yang kena." Rungut Kimie seorang diri dengan perlahan, dia sahaja yang mampu dengar rungutannya itu.

"Apa? Tak dengar lah." Soal Aira, kurang jelas dengan apa yang disebut oleh Kimie tadi.

"Tak de apa lah." Ujar Kimie dan langsung bawa kereta.

"Ini lah syarat ibu. Tak boleh pergi seorang diri, mesti kena ada seorang pengawal jaga aku. Takut aku buat yang bukan - bukan katanya."

Bisik Aira didalam hati.

☜☆☞

Tut! Tut!

Telefon milik Aira dicapai lalu laju tangan Aira menelefon Auni, sahabatnya.

"Auni. Kau dekat mana? Aku dah tunggu depan pintu." Ujar Aira sambil mata melilau mencari kelibat temannya.

"Ye... Aku betul - betul duduk depan pintu masuk. Kau datanglah sini, ambil aku." Ujar Aira kepada Auni didalam telefon.

Sedang matanya melilau mencari kelibat Auni, Aira mendengar satu suara garau menyapanya.

"Oii." Panggil Kimie.

"Apa?" Balas Aira sepatah sambil kening diangkat berkali - kali.

"Aku tak tahu lah kau buta ka apa, tapi tu. Tu kawan kau kan?" Ujar Kimie sambil jari menunjuk - nunjuk kearah Auni yang sedang termenung melihat kearah mereka.

"Ehh, Haah lah. Okey tq. Oii Auni!" Ujar Aira sambil memanggil Auni yang sedang termenung jauh. Fikir masa depan agaknya.

Auni mematikan lamunannya dan cepat - cepat mendapatkan Aira.

"Hebat lah kau Aira." Ujar Auni secara tiba - tiba.

"Kenapa pula ni?" Soal Aira dengan dahi sedikit berkerut. Tiba - tiba aje hebat. Apa yang hebat?

"Baru beberapa minggu aku tak nampak kau, tahu - tahu dan kahwin. Masya allah, hebat lah Aira." Ujar Auni apabila melihat sahaja kelibat seorang lelaki berbadan tegap berada disebelah Aira.

"Eii. Dia yang kau kata suami aku tu?" Soal Aira dengan jari menunjuk - nunjuk ke arah Kimie. Auni menggangguk tanda benar.

"Ish, agak - agak lah kau. Nak jodoh kan aku tu, jodoh kan lah dengan yang elok sikit. Ini dengan dia... Aku sanggup bujang sampai tua lah kalau macam tu." Sindir Aira selamba dengan sedikit ketawa kecil.

"Kenapa? Okey apa? Kalau kau tak nak kasi aku aje lah." Ujar Auni dengan nada yang perlahan. Cukup hanya mereka yang mampu dengar bisikan itu.

"Hmm.. Ambil lah. Tak payah bayar. Free aje aku bagi kau." Ujar Aira sambil ketawa.

Kimie yang dari tadi menjadi bahan mereka hanya mampu bersabar.

"Haih! Kalau macam ni lah, baik aku balik aje!" Ujar kimie dan mendengus geram. Cekik kang, baru tau!

"Alaa.. Jangan la gitu. Nanti kalau abang balik, Aira pun kena balik juga." Ujar Aira dengan muka yang monyok.

"Kalau macam tu, cepat lah. Aku ada banyak kerja lagi ni." Kata Kimie dengan nada yang tegas.

Auni yang mendiamkan diri dari tadi hanya memandang pelik.

"Aihh? Semacam aje ni? Ke memang betul tak lama lagi ada kad jemputan ni?"

Bisik Auni seorang diri.

Selesai sahaja Aira dan Kimie bergaduh, cepat - cepat Aira menarik tangan Auni masuk ke dalam Mall. Sedang Aira berseronok, baru ia sedar Kimie yang ketinggalan jauh dibelakang disebabkan jalan lambat sangat.

"Abang! Cepat lah. Tinggal nanti, menangis macam anak hilang mak kut?" Sengaja Aira mengusik Kimie yang mukanya sudah seperti bom. Beberapa saat lagi meletup la tu.

"Ye." Jawap Kimie sepatah dengan anak mata dinaikkan keatas.

"Penat betul lah kena jaga budak - budak tak matang ni. Baik duduk rumah main ML aje! Lagi best!"

Rungut Kimie seorang diri.

Baru sahaja mata berkelip beberapa kali. Kelibat Aira dan Auni sudah hilang dari pandangan.

"Ha.. Sudah. Ni macam mana ni?" Kimie melilau mencari dua kelibat kanak - kanak riang itu.

Dan sekelip mata sahaja sudah jumpa.

"Alaa. Jom lah, sekejap aje" Kata salah seorang dari tiga orang lelaki yang sedang mengepung Aira dan Auni. Auni hanya berada di belakang Aira. Aira pula hanya mampu menjawap.

"Ishh! Tepi lahh. Semak lah." Ujar Aira dengan nada yang tinggi.

Tiga lelaki tadi tersenyum sinis melihat muka dua orang perempuan itu yang sudah pucat ketakutan. Salah seorang dari mereka ingin memegang tangan Aira, lantas dengan laju nya tangan Kimie menepis dengan kasar.

"Korang asal? Nak pegang - pegang anak orang pula ni?" Soal Kimie dengan tegas. Dua orang daripada mereka sudah takut dengan Kimie yang berbadan tegap itu, tetapi seorang lagi masih acah berani nak lawan dengan Kimie.

"Hek eleh mamat ni. Kau asal nak kacau kita orang? Blah-" Baru sahaja tangan lelaki itu ingin menolak badan Kimie, pantas baju Kimie diselak sedikit. Yang pertama sekali mereka nampak mesti lah pistol.

"Erk.." Air liur sudah ditelan perlahan.

"Asal? Tak puas hati?" Soal Kimie dengan mata yang tajam.

"Tak, tak. Kita orang pergi dulu. Ma-maaf ganggu." Laju tiga orang lelaki tadi berlari meninggalkan mereka disitu.

"Haih. Aku dah cakap, jangan laju sangat. Korang tak nak dengar. Nasib dia orang tak sempat apa - apa kan korang." Marah Kimie kepada dua orang budak itu.

"Hehe, yelah. Kita orang salah. Sorry lah." Ujar Aira, Auni hanya tersenyum. Kimie pula sudah menjeling mereka. Penat melayan perangai bukan - bukan dia orang ni.

"Dah lah. Jom, nak pergi mana ni?" Soal Kimie.

"Kita orang nak naik atas dulu. Pergi cari makan, lapar... Hehe." Ujar Auni sambil menggaru kepala yang berlapikkan tudung Bawal itu.

"Hmm.. Jom cepat." Kimie terus memandang sekeliling dan berjalan pergi dari situ. Begitu juga dengan Aira dan Auni yang sedang tersenyum - senyum seperti kerang busuk itu.

SUAMI AKU MR. ARIFF?Where stories live. Discover now