25

4.9K 220 24
                                    

       "KAU ni biar betik?" Soal Ariff sedikit terkejut dengan ujaran wanita itu.

"Dah tu? Memang kalau orang kahwin pakai warna putih kan?" Soal Aira kembali. Elok, soalan dibalas soalan.

"Ada jer orang pakai pelangi." Balas Ariff selamba. Aira mula tersenyum menyenget.

"Tuan kahwin sorang-sorang je lah, erk? Malas nak melayan." Ujar Aira dan mengatur langkah ingin keluar dari kedai.

Sudah hampir satu jam mereka memilih baju pengantin, tapi tidak ada satu pun yang mereka berkenan.

Mula-mula emerald green, lepastu navy blue, lepastu putih, sekarang pelangi pula?

"Ish, Miesyaira." Panggil Ariff sambil tersenyum. Tangan mula menarik beg Aira untuk menghentikan perjalannanya. Aira memusingkan badannya dengan tangan memeluk tubuh.

"Apa?" Soal Aira dengan riak kosong tiada perasaan. Ariff tergelak melihat wajah cemberut Aira itu.

Ingat comel lah tu? Humban dalam tandas karang. Nak merajuk, merajuk lak.

"Jangan lah merajuk, nanti takde orang pujuk pun. Sini cepat pilih baju." Ujar Ariff sambil menarik beg Aira untuk mendekati baju-baju yang ada disitu. Aira menjelingnya.

"Ikut tuan lah nak pakai apa pun, pakai baju zaman purba dulu pun tak apa." Kata Aira dengan nada sedikit mengejek dan menjeling Ariff.

Ariff yang sudah penat memujuk akhirnya mula terfikir sesuatu yang lumayan...

"Sayang.. cepat lah." Pujuk Ariff lagi dengan panggilan yang kurang baik untuk para readers yang single.

Aira mula memasang riak jijiknya dan terus berpaling untuk memilih baju. Ariff tersenyum menang.

"Ini jelah. Simple and tak terlalu ikut bentuk badan." Kata Aira sambil menunjuk sehelai baju kepada Ariff. Ariff mengangguk setuju.

"Kau tak nak try dulu ke?" Soal Ariff. Takut-takut Aira gemuk, tak muat baju tu.

"Tak perlu try pun dah tau saya cantik." Ujar Aira sambil ketawa. Ariff hanya melayan sahaja kerenah perempuan itu. Asal kau bahagia lah ayang oi.

"Tak ada lah. Tapi saya rasa baju ni mahal lah, kena ke beli baju mahal-mahal?" Soal Aira perlahan takut staf disitu terdengar rungutannya.

"Mana ada baju murah zaman sekarang ni. Baju terkoyak pun mahal." Balas Ariff dengan tangan menggaru kening. Pening melihat baju-baju disitu. Bling, bling.

Aira hanya mendiam sambil memandang Ariff yang sedang membelek baju itu.

"Hensem juga erk dia ni? Untung aku dapat dia."

Ujar Aira didalam hati sambil tersenyum seorang diri.

Aira cepat-cepat mematikan lamunannya apabila Ariff memandangnya.

"Nah, pergi try dulu." Kata Ariff sambil tangan menghulurkan sehelai baju yang menarik perhatiannya.

Aira hanya menuruti sahaja kehendak lelaki itu. Baju diambil dan dibawa untuk dicuba bersama dua orang staf perempuan yang akan menolong Aira.

Ariff pula menunggu diatas sofa sedia ada yang berdekatan dengan bilik persalinan yang Aira masuki.

Beberapa minit selepas Ariff menunggu, keluar pun calon isterinya.

"Tuan." Panggil staf yang menolong Aira itu. Ariff mengangguk dan telefon disimpan kembali didalam kocek seluar.

"Lama nak ma..." Kata-kata Ariff tergantung. Terdiam sejenak Ariff melihat wanita itu.

SUAMI AKU MR. ARIFF?Where stories live. Discover now