18

4.7K 173 3
                                    

       AIRA membeku menahan malu kerana ditenung lama puan Zulaikha.

"Mummy tak payah lah pandang dia macam tu." Ujar Ariff sambil melihat wajah Aira yang sudah merah.

"Hemm.." Puan Zulaikha mula mengalihkan pandangannya dari terus menatap wajah Aira.

"Cantik..." Kata puan Zulaikha sambil tersenyum memandang Ariff. Ariff hanya menggeleng.

"Nama penuh apa?" Soal puan Zulaikha sambil tersenyum lebar.

"Huh? Ouh. Nur Miesyaira Huda binti Hisyam." Balas Aira sambil membalas senyuman puan Zulaikha.

"Ouhh.. umur?" Soal puan Zulaikha lagi.

"19." Balas Aira pula.

"Ouhh... tahun depan masuk 20 lah ye?" Soal puan Zulaikha, kening diangkat sekali.

"Ha'ah." Balas Aira sepatah. Tangan sudah dikepal-kepal menahan malu.

"Ouh... Dah boleh ni, dah boleh." Ujar puan Zulaikha sambil menepuk-nepuk bahu Ariff disebelahnya.

"No." Balas Ariff sepatah.

"Ish kamu ni." Keluh puan Zulaikha dan menjeling anaknya.

"Kalau mengantuk pergi lah naik tidur dulu." Kata puan Zulaikha sambil mengarah Ariff untuk naik dahulu.

"Ouh boleh ehh? Assalamualaikum.." ujar Ariff dan tergesa-gesa ingin berlari naik bilik.

"Awak." Panggil Aira dengan mata menunjukkan satu isyarat. Ariff memandangnya pelik.

"Mak aku tak makan orang lah." Balas Ariff dan kembali mengatur langkah menuju anak tangga.

"Tapi-"

"Kalau Aira pun mengantuk pergi lah naik bilik." Sampuk puan Zulaikha pula.

"Ouh, terima kasih, makcik.." Ujar Aira perlahan dan bangun mengikuti langkah Ariff.

"Ish! Kau nak pergi mana?" Soal Ariff apabila Aira mengikutinya.

"Masuk bilik lah." Balas Aira selamba.

"Kau tidur dengan mak aku lah! Apebenda nak ikut aku?" Kata Ariff dan kembali berjalan naik tangga.

"Ish, tak nak..." Balas Aira perlahan.

"Habis? Kau nak tidur dengan aku?" Soal Ariff dengan riak ganasnya.

"Ish! Lagi tak nak." Balas Aira dengan nada sedikit kuat. Aira cepat-cepat menekup mulutnya apabila ia sedar nadanya terlalu kuat.

"Sudah. Dua-dua tidur asing." Ujar puan Zulaikha sambil berjalan dan berhenti ditengah-tengah mereka.

Puan Zulaikha menampar lembut bahu Ariff dan memegang tangan Aira. Ariff memerhatinya dengan riak muka tidak bersalah.

"Aira, kamu kalau tak selesa dengan Ariff bagitau mummy ye?" Pesan puan Zulaikha.

"Mummy? Oh my gosh.."

Kata Aira didalam hati.

"Okey, makcik." Balas Aira tanpa memanggil kembali perkataan mummy.

"Jangan lah makcik, nampak tua. Mummy lah." Ujar puan Zulaikha sambil ketawa kecil.

"Ouh okey, mummy?" Kata Aira perlahan. Puan Zulaikha tersenyum.

"Ariff. Tunjukkan bilik tetamu untuk Aira." Arah puan Zulaikha apabila melihat Ariff cuba melarikan diri naik ke bilik.

Ariff hentikan langkahnya dan mengeluh sambil anak mata digulingkan keatas. Ariff memusingkan badannya menghadap mereka berdua.

SUAMI AKU MR. ARIFF?Where stories live. Discover now