MEREKA berjalan mengelilingi mall itu hampir dua jam, demi mencari barang bayi.
"Dah lah awak. Saya penat lah.." Aira mula merengek. Mahu tak penatnya. Berjam-jam tawaf satu mall.
"Sayang nak rehat ker?" Soal Ariff selembut sutera. Aira pantas mengangguk laju. Ariff tersenyum lalu memegang belakangnya.
Ish! Aku yang tengah tulis ni pun blushing teruk. Timberrrr!!
"Alolo, kesian mummy pregnant ni, dah tak larat jalan." Kata Ariff. Walaupun kelihatan caring, namun terlihat juga seperti sedang menyakat.
Mereka berdua berjalan mendekati satu kerusi yang sedia ada disitu. Aira duduk diatas kerusi tersebut seraya memegang perutnya yang sudah memboyot.
"Aduh.. nak buang air lah. Tunggu kejap, erh?" Pinta Ariff. Aira tertawa kecil. Comel betul lah laki aku ni. Ehekk.
Figura Ariff berjalan meninggalkan Aira memasuki tandas berdekatan.
Lama Aira menunggu, dia pun mulai bosan.
"Ish, buang air ke buang tahi?" Aira mencebik bibir. Dia memusing kepala ke kiri dan ke kanan kerana bosan. Lalu dia memegang perutnya.
"Lama lah daddy awak ni, haih.." Aira berkata lalu melentokkan kepalanya diatas kerusi tersebut.
Lama dia menunggu, dia akhirnya membuat keputusan untuk mencari suaminya.
Kalau tak cari, kang sampai ke subuh esok dia tunggu.
Dia berjalan seorang diri dengan tangan kiri memegang beberapa plastik berisikan barang dan tangan kanan memegang perut.
Dia berjalan lalu terlihat lah figura suami hensemnya yang meletup kebabom itu.
"Aw-"
"Ouhh, seriously?"
Wanita berambut panjang tidak terikat tertawa gedik sambil tangan menarik beberapa helai rambut kebelakang telinganya.
Ariff hanya memeluk tubuh seraya tersenyum kelat.
"Ye lah. Takkan lah you mampu lupakan I." Wanita itu tertawa lagi lalu tangannya dengan selamba badak ingin menampar lengan Ariff.
PAK!
"Amboiii! Kemain ekk!? Sampai lupa dekat kita yang tunggu dia macam orang gila dekat kerusi sana!" Perli Aira sesudah menampar tangan wanita itu. Tidak sempat wanita itu ingat menyentuh suaminya.
Ariff terdiam lalu menggaru leher. Peii!
"Auch! Who is this rude woman!?" Tengking wanita itu.
"Exora, cover your-"
"Kau tu yang siapa!? Ada hati nak tanya aku siapa!?" Terlopong mulut Ariff mendengar jerkahan isterinya secara tiba-tiba.
"Tak nampak perut tengah memboyot ni? Kalau tak nampak aku boleh belikan spec. Bersinar terus mata. Sampai apa yang ada dalam lubang tandas pun mampu nampak!" Aira memarahinya seraya menarik tangan Ariff untuk beredar pergi dari situ.
Tidak sempat wanita itu membalas, mereka terus beransur pergi.
Mereka berdua berjalan sunyi sepi. Kedua-duanya hanya mendiam diri.
"Sayang." Kena palau..
Ariff berdehem lalu mencuba menarik plastik ditangan Aira untuk dia bawa. Namun Aira mengenggam erat plastik tersebut, tidak mahu bertukar tangan.
YOU ARE READING
SUAMI AKU MR. ARIFF?
FantasyApakah nasib si gadis yang bernama Nur Miesyaira Huda... Aira yang hanya dianggap sebagai beban untuk keluarganya cuba untuk mencari kebahagiaan. Friendship? No, she's in trauma. Love? Never, she's trauma. Apa yang membuatkan Aira begitu trauma did...