"ARIFF!" Jerit puan Zulaikha.
Ariff belari anak keluar dari bilik apabila mendengar namanya dipanggil.
"Ye, mummy? Kenapa?" Soal Ariff.
"Meh. Turun makan. Panggil adik - adik kamu juga." Balas puan Zulaikha. Ariff mengangguk dan pergi ke bilik adik kembarnya.
Pintu bilik dibuka dan adik kembarnya diperhati. Auf tengah main game. Aff pula baru lepas mandi, baju pun belum pakai.
"Mummy suruh turun makan." Ujar Ariff.
Aff dan Auf mengangguk. Auf sudah bangun dari terus meniarap diatas katil dan Aff pula dibiarkan untuk pakai baju dulu.
Pintu bilik ditutup, Ariff dan Auf terus melangkah turun ke arah meja makan.
"Afnan mana?" Soal puan Zulaikha apabila tidak melihat kelibat anak keduanya.
"Aff pakai baju." Balas Auf dan kerusi disebelah ibunya menjadi tempat ia melabuh punggung. Ariff pula duduk berhadapan dengan puan Zulaikha.
"Aipp. Tunggu Afnan dulu, makan sekali." Ujar puan Zulaikha apabila melihat anaknya itu ingin menjamah nasi terlebih dahulu. Ariff hanya menggeleng kepala.
"Hehe.." Auf ketawa kecil dan tangan kembali diletakkan diatas peha.
Setelah lama menunggu, suara Aff mula menyapa ditelinga mereka.
"Ehh? Semua orang tengah tunggu tite ke ni?" Soal Aff sambil kening diangkat berkali - kali.
"Iye, semua tengah tunggu awak lerr." Ujar puan Zulaikha dengan tersenyum nipis.
Aff tersenyum gembira.
"Aufar, baca doa." Ujar puan Zulaikha apabila nasi sudah diletakkan di pinggan masing - masing.
Usai membaca doa, semuanya menjamah nasi. Suasana rumah ketika itu sunyi dah Aff mula bersuara.
"Ha, Ariff. Aku dah cari sikit maklumat fasal perempuan tu." Ujar Aff memecahkan kesunyian ruang tamu.
Ariff mengangguk. Puan Zulaikha memandang pelik kearah dua beradik itu.
"Perempuan mana ni?" Soal puan Zulaikha dengan kening diangkat.
"Menantu mummy lah." Ujar Auf selamba. Sengaja ingin menyakat abangnya itu. Ariff hanya merenung tajam ke arah Auf dan Auf mula menayangkan gigi putihnya.
Membulat mata puan Zulaikha apabila mendengar perkataan menantu.
"Tak adelah mummy. Klien Ariff je." Ujar Ariff dan nasi disuap masuk ke dalam mulut.
"Ye ke klien? Ke..." Sakat puan Zulaikha.
"Tak mummy. Betul" Ujar Ariff.
Aff dan Auf hanya mendiamkan diri.
Lama selepas mereka menjamah nasi, Ariff bangun dan pergi ke dapur untuk membasuh pinggan.
Usai membasuh pinggan, Ariff mengatur langkah naik ke tingkat dua.
Melihat sahaja kelibat Ariff menghilang, Aff bersuara.
"Ha mummy, Aff dah cakap dah semalam." Ujar Aff sambil kening diangkat.
"Haih, ada - ada je kamu ni, Afnan" Ujar puan Zulaikha sambil kepala digeleng.
Auf hanya mendengar perbualan itu sambil mulut menelan nasi.
☜☆☞
Tok! Tok!
Suara ketukan berbunyi diluar pintu bilik Ariff.
"Masuk je. Pintu tak kunci" Ujar Ariff.
Aff melangkah masuk ke bilik Ariff. Aff mula mengatur langkah untuk ke arah meja kerja milik Ariff dan satu sampul surat diberi kepada Ariff.
"Apa ni?" Soal Ariff.
"Maklumat perempuan tu." Balas Aff. Ariff menghulurkan tangannya dan mengambil sampul itu.
"Baru semalam aku suruh cari, hari ni dah jumpa. Bagus - bagus." Ujar Ariff sambil memuji adiknya.
"Biasa la tu." Ujar Aff dan hujung ibu jari miliknya naik mencuik hidungnya tanda bangga.
"Lagi pun senang aje nak cari maklumat dia. Tak ketat." Ujar Aff dan melabuh punggung di atas birai katil milik Ariff.
"Tak ketat?" Soal Ariff sambil membaca isi didalam sampul surat itu.
"Hm.." Ujar Aff sapatah.
"Anak datuk, tapi maklumat tak ketat? Macam mana tu?" Soal Ariff tidak faham.
"Maklumat yang aku jumpa fasal perempuan tu tak banyak sangat buat masa sekarang ni. Tapi yang aku tahu, datuk Hisyam dah lima tahun meninggal, jadi takde siapa yang nak jaga maklumat dia." Ujar Aff sambil tangan naik memeluk tubuh.
"Mak dia?" Soal Ariff lagi sekali.
"Itu aku tak tahu" Ujar Aff.
"Hm.. Cari lagi maklumat dia." Arah Ariff dan sampul tadi diletakkan ditepi laptop kerjanya.
"Okey." Ujar Aff sepatah dan mengatur langkah untuk keluar.
"Ni, satu lagi, Riff" Panggil Aff dan memalingkan badannya ke arah Ariff.
"Apa?" Soal Ariff sambil matanya memandang mata milik Aff.
"Salah satu maklumat dia yang aku dapat... Dia kerja grab untuk sementara waktu." Ujar Aff.
"Grab?" Soal Ariff.
"Ye. Untuk tunggu penyetujuan family dia buat pilihan, sama ada dia boleh sambung belajar atau pun tak." Ujar Aff.
"Ouh, okey. Thanks." Ujar Ariff dan Aff menggangguk lalu keluar dari bilik Ariff.
Ariff perhatikan sampul surat yang diberi Aff tadi.
"Nur Miesyaira Huda..." Panggil Ariff sambil kepala ditongkatkan diatas tangan yang berada diatas meja.
Ariff tersenyum nipis, sesuatu hal gila sudah bermain dikepalanya.
YOU ARE READING
SUAMI AKU MR. ARIFF?
FantasíaApakah nasib si gadis yang bernama Nur Miesyaira Huda... Aira yang hanya dianggap sebagai beban untuk keluarganya cuba untuk mencari kebahagiaan. Friendship? No, she's in trauma. Love? Never, she's trauma. Apa yang membuatkan Aira begitu trauma did...