35

4.7K 165 2
                                    

       "TAK nak." Balasnya selamba. Ewahhh. Macam tu jer kau reject?

"Kalau tak nak jangan kacau aku." Ariff kembali menekan tetikusnya.

"Ya Allah, sayang..." Ariff meleretkan nadanya dan menampar lembut tangan Aira dari terus menerus bermain telinganya.

Naik merah telinga Ariff apabila Aira mula berbuat sedemikian.

"Awak, serious, saya bosan giler ni.." Aira memuncungkan bibirnya.

"Kalau bosan, pergi main kejar-kejar dengan Mayah dekat bawah. Jangan kacau aku buat kerja." Matanya tepat memandang mata milik Aira.

"Tak pelah. Awak dah tak sayang saya sekarang. Awak sayang Raykal jer." Kata Aira sayu. Tangannya turun dari terus merangkul leher Ariff. Ariff mengeluh perlahan.

"Nak tanya ni." Kata Ariff. Aira mendongak memandangnya.

"Kau tak pernah dengar kan orang mengandung masa period?" Soal Ariff. Aira mengerut kening. Suaminya ni lembab ke? Sampai soalan cenggitu pun nak tanya?

"Mana ada. Tak pernah dengar pun." Balas Aira pula. Ariff mula mengukir senyuman sinis.

"Jangan sampai, kau jadi orang pertama dalam dunia ni yang mengandung masa period." Kata Ariff dengan senyuman sinisnya.

"Auch, sakit sayang.." Adu Ariff apabila dadanya selamat dipukul Aira. Aira menjelingnya lalu menyandarkan kepala didada jejaka itu.

Matanya memandang laptop itu. Naik pening Aira memandang graf kerja suaminya.

"Awak tiap-tiap hari pandang benda ni ker?" Soal Aira.

"Kadang-kadang je."

"Tak pening ker?"

"Dah terbiasa, sayang.." Aira tersenyum bahagia setiap kali Ariff memanggilnya dengan panggilan 'sayang'.

Kesian author tiap-tiap hari kena menaip ayat yang mengandungi gula, dah lah single.. sob sob..
.
.
.

Ariff meletak perlahan tubuh isterinya yang sudah lama terlena diatas pehanya. Lembut sahaja Ariff membuka tudung Aira yang sudah diletakkan diatas katil.

Orang buat kerja dia pun nak buat kerja, last-last tidur.

"Ehh, tuan. Nak pergi dah yer?" Soal Mayah apabila ternampak kelibat Ariff sedang berjalan menuruni tangga.

"Yer. Tolong tengokkan budak tu." Ujar Ariff dan berjalan mengambil kunci kereta Hondanya.

Kita malas nak naik Lamborghini, orang jeles nanti. Hehe.

"Baik, tuan." Mayah sedia menerima arahan dari Ariff.

Ariff berjalan keluar rumah. Sudah hampir pukul 9 malam, malam yang indah ditenung seketika. Raykal yang berada diluar sibuk dengan kehidupannya tiba-tiba disapa seseorang.

"Jom gerak." Ajak Ariff. Terkejut Raykal dibuatnya. Raykal menepuk perlahan bahu Ariff, nasib tak tercabut jer jantung aku.

"Puan senget tu mana?" Soal Raykal, masih belum puas menganggu gadis kecil itu.

"Tidur. Kita kena gerak cepat sebelum dia bangun." Raykal mengangguk. Kang kalau dia bangun, meraung nak ikut dia.

Kereta Honda itu dipandu Raykal dan terus keluar dari kawasan perumahan itu lalu terus memecut pergi.

SUAMI AKU MR. ARIFF?Where stories live. Discover now