31

4.9K 211 3
                                    

       "CKK." Aira menepis.

Terasa sesuatu bermain di hidung Aira, terus Aira tepis.

"Hermm..." Aira menepisnya lagi. Aira memusingkan badannya membelakangi Ariff.

Ariff masih lagi tidak berputus asa, tangannya naik bermain rambut pula.

"Ish, tak payah kacau lah." Ujar Aira dengan menepis tangan Ariff dari terus menerus bermain rambutnya.

"Bangun lah. Solat subuh." Ariff menarik bahu perempuan itu sehingga berpaling menghadapnya.

Aira membuka kecil sahaja matanya. Figura Ariff diperhati sejenak.

"Nanti lah, awal lagi." Aira menarik kembali selimut menutupi badannya. Tiba-tiba..

Zup!

Selimut direntap seseorang. Aira memandang gerangan yang menarik selimutnya.

"Bangun solat. Tak baik lewat-lewatkan waktu." Tegur Ariff lembut. Aira tanpa banyak songeh, ia pun bangun dari tidurnya dan duduk bersila. Rambutnya yang serabai dibiarkan.

"Cepat. Aku nak imamkan kau ni." Ujar Ariff tersenyum sambil menarik tangan Aira untuk bangun dan pergi ke bilik air.

Aira mengikuti sahaja tingkahlaku si jejaka yang sedang menolak tubuhnya memasuki bilik air.

"Ambil wudhu, cepat." Ariff mengarahnya lagi apabila Aira termenung didalam bilik air.

Rambut ditarik kebelakang telinga. Getah rambut digigit dan rambut ditarik untuk diikat.

"Astaghfirullah.." Ariff memusingkan badannya dan berjalan pergi ke katil untuk membangunkan kembali imannya yang hampir roboh.

Fuh, tergoda mat.
.
.
.

Usai menunaikan solat subuh, mereka langsung berzikit dan berdoa. Usai semuanya selesai, Aira menyalami Ariff. Ariff tersenyum seorang diri.

Aira bangun dari duduknya dan membuka telekung.

"Sini kejap." Panggil Ariff usai Aira membuka telekungnya. Aira berjalan mendekati si jejaka yang sedang duduk diatas birai katil.

Aira mengangkat kepala tanda bertanya. Ariff menarik lembut tangan Aira sehingga terduduk disebelahnya.

"Nanti dalam pukul 9 macam tu, aku nak pergi kerja tau. Kau duduk rumah." Ujar Ariff sambil mengusap lembut tangan Aira.

"Lama tak?" Soal Aira pula.

"Tak lama pun, petang aku balik." Balas Ariff, Aira sudah pasti mengangguk faham.

Member mengantuk, apa-apa angguk dulu. Kau tunggu nanti petang, meragam macam minta penampor.

"Good girl." Ariff mengucup sekilas dahi Aira, muka Aira mula berubah warna.

Ariff tersenyum dan berjalan mengambil tuala untuk bermandi.

"Nak pergi mana tu?" Soal Aira apabila Ariff bertingkah menjauhinya.

"Mandi lah, sayang. Kenapa? Nak ikut ke?" Soal Ariff dengan senyuman nakalnya sambil mengangkat kening berkali-kali kearah Aira.

"Ish. Tak nak lah." Aira menjelingnya. Dasar engkau, Ariff tergelak kecil.

Ariff berjalan memasuki bilik air dan Aira berjalan turun ke bawah.

☜⁠ ☞

Ariff berjalan perlahan menuruni tangga, kelibat sang isteri dicari.

Penat dia pusing satu rumah banglo itu, tapi tak jumpa. Ada satu perempuan yang terlihat di matanya, tapi itu bukan Aira.


"Ehh, Mayah? Awal balik?" Soal Ariff dan berjalan mendekati meja makan untuk melihat makanan yang terhidang.

"Ouh, tuan. Saya balik awal sebab saya dengar dari tuan Raykal kata tuan dah balik." Balas Mayah. Mayah, pembantu rumah yang dipercayai Ariff. Ariff mengangguk.

"Dengar cerita lah kan, tuan dah kahwin. Mana puan? Nak cuba tengok juga muka dia. Mesti cantikkan?" Soal Mayah dengan senyumannya.

"Dia turun dulu tadi, tiba-tiba hilang." Balas Ariff, nasi goreng disitu ditutup kembali.

"Kau tak nampak-" Tidak sempat kata-kata Ariff dihabiskan tapi satu jeritan laju memotongnya.

"ARGHHHH!"

Ariff dan Mayah yang mendengar jeritan langsung terkejut.

"Ya Allah, bini aku." Ariff berlari kearah suara jeritan, dibelakang rumah.

Penat ia berlari dari ruang tamu sampai ke belakang rumah, tapi kelibat isterinya tidak kelihatan.

Ariff memandang ke kiri dan ke kanan. Tidak ada, yang ada cuma ayam jer tengah tengok pokok.

Teringin nak panjat lah kut?

"Aw-awak!" Jerit Aira. Terhinjut bahu Ariff dibuatnya. Dia memandang sekeliling lagi, tidak ada, dan Mayah mula bersuara.

"Erk, atas tu kut, tuan.." Jari Mayah mula menunjuk kearah pokok, Ariff turut memandang kearah itu.

"Astaghfirullah hal'azim. Kau buat apa, yang!?" Soal Ariff. Terkejut monyet dia tengok Aira duduk atas pokok.

Dia berjalan mendekati pokok itu dan mula bercekak pinggang.

Buat apa pula dia atas pokok tu?

"Jangan lah marah... Sa-saya tak reti turun ni..." Ujar Aira sayu ketakutan. Mau tak takutnya, member kena kejar dengan mak ayam.

"Macam mana kau naik tu?" Soal Ariff lagi. Pening dia.

"Tolonglah dulu! Nanti tanya lah lain!" Marah Aira, hampir berlinang air matanya akibat ketakutan. Member tengah takut, kau tanya banyak lak.

"Haih, lompat." Ujar Ariff. Aira menggeleng.

"Awak ingat pokok ni rendah ke, kalau saya mati macam mana?"

"Kalau kau mati aku kahwin lah lain, sekarang lompat." Balas Ariff selamba. Ingin sahaja Aira memakinya, tapi makian itu disimpan untuk masa depan je lah.

Aira tanpa fikir panjang, dia pun melompat dalam keadaan mata tertutup, dan alhamdulillah. Selamat, sihat walafiat.

Tubuh Aira tepat jatuh kedalam dukungan Ariff. Tangannya laju sahaja melingkari leher Ariff.

Ariff melepas keluhan lega dan berjalan memasuki rumahnya. Meninggalkan Mayah seorang diri disitu.

"Cantik, tapi hypernya. Sampai panjat pokok bagai." Kata Mayah seorang diri. Entah kenapa dia ingin ketawa.

Hilang sahaja figura Ariff, ketawa yang cuba Mayah tahan akhirnya terlepas juga.
.
.
.

"Argh! Sakit lah!" Marah Aira. Tangannya naik menampar kuat lengan Ariff yang sedang menyapu ubat dibahagian kakinya yang terluka.

"Dah tu? Yang kau pandai-pandai pergi panjat pokok tu dah kenapa?" Soal Ariff. Marah, marah, tangan setia lagi menyapu ubat.

"Ayam tu yang kejar saya."

"Yang kau tu. Pergi kacau telur dia tu dah kenapa? Memang kena lah." Marah Ariff lagi. Aira mula membuat muka.

Ini semua salah ayam.

"Saya bosan.. saya nak tengok jer telur tu, tiba-tiba dia kejar saya." Terang Aira dengan muka sehabis comel.

"Lain kali panjat bumbung terus pun tak apa, tidur atas tu." Perli Ariff. Ubat yang telah siap disapu pun disimpan. Ariff berjalan nak menyimpan kotak ubat itu dan berjalan mendekati Aira kembali.

Aira mendiam akibat dimarahi Ariff.

"Haih, makan belum?" Soal Ariff. Caring, caring. Aira menggeleng.

"Jom turun makan." Ajak Ariff dan menarik perempuan itu untuk bangun berjalan.

Aira hanya mendiam sambil berjalan mengikuti langkah Ariff.

Setibanya mereka dibawah, Aira ternampak kelibat seorang perempuan.

"Tuan. Dah okey?" Soal Mayah tersenyum memandang Aira. Aira memandang Ariff dan Mayah silih berganti.

Anak siapa ni?

{Hello! Sorry lah sebab lama tak mengetik 😿.
Tak rindu saya ke? Hehe}

SUAMI AKU MR. ARIFF?Where stories live. Discover now