B.M.T.H.M/ 04

259 11 0
                                    


SUDAH SEMINGGU LEBIH TENGKU HENDY MALIK dan sahabatnya berada di Malaysia. Mereka merancang ingin bercuti kerana Malik ingin meluangkan masa dengan family dia. Tetapi mereka terpaksa cuti lebih lama kerana umi Malik berkeras tidak mahu dia pulang ke Turki.

Walaupun banyak kerja yang dia harus tangguhkan. Tetapi dia tetap mengutama orang tuanya.

Kerjaya , duit . Boleh dicari dan diganti. Tetapi kebahagian orang tua kita tidak boleh dicari mahupun diganti .

Malik sedang duduk dikerusi yang telah disediakan . Dia memandang pemandangan yang tenang di ruang itu . Kolam ikan , banyak pokok - pokok yang tinggi , awan berwarna biru cair memasuki penglihatan matanya. Pemandangan yang cukup tenang boleh mengurangkan fikiran kerjanya.

" Mal , kamu tenung apa tu ? "bahu Malik disentuh oleh Puan Maisarah dari belakang . Malik membalas dengan senyuman kacaknya. Dia menyentuh tangan Puan Maisarah kemudian menyium kekura tangan uminya . " Takde pape ,umi " . Dia membawa Puan Maisarah ke sofa yang telah disediakan .

Mata Malik tidak beralih dari memandang Puan Maisarah . Tidak jemu melihat muka yang cantik seperti anak dara. " Untung abah dapat wanita macam umi yang paling cantik dalam dunia ".Malik memuji kecantikan Puan Maisarah . " Ishh apa kamu ini. Umi dah tua kerepot macam ini pun kamu kata cantik " bantah Puan Maisarah . Puan Maisarah tidak suka dipuji cantik. Humble sungguh Puan Maisarah .

Jejaka itu senyum nipis . Ye , dia tahu Puan Maisarah pasti tidak gemar apabila dia berkata begitu. Tetapi apa yang boleh dia buat . Puan Maisarah memang cantik . Jikalau harus dipilih model atau Puan Maisarah. Dia tetap memilih Puan Maisarah . Baginya tiada sesiapa boleh lawan kecantikkan Puan Maisarah.

" Kenapa umi tak suka bila Malik puji . Malik jarang tahu puji seseorang itu. Kalau Malik puji maksudnya orang itu memang cantik "ujar Malik dengan nada lembut. Sejuk hati orang tuanya apabila anak bercakap dengan lemah lembut . Walaupun lelaki ya .

Puan Maisarah senyum tipis . Kemudian dia melentokkan kepala pada bahu besar Malik . " Umi bukannya tak suka tetapi..." .jari Malik disentuh ." Ada orang lebih cantik dari umi . Lagipun umi dah berusia " Malik pandang Puan Maisarah .

" Siapa cakap umi dah berusia .Sini Malik kerjakan dia . Beranii dia cakap umi kita tak cantik " Malik buat muka acah acah marah . Puan Maisarah ketawa dengan gelagat dia .

" Ish kamu sudah sudah lah buat umi gelak . Ini umi nak tanya " dahi jejaka itu dikerut. " Tanya apa umi ? " Malik membalas pertanyaan uminya.

Puan Maisarah pegang tapak tangan Malik yang besar itu. Tangan Malik diusap kemudian rambut Malik dibelai . Rupa Malik seperti abahnya. Kacak , kening tebal , mata berwarna coklat hazel pekat . "Beruntung siapa yang menjadi isteri kamu " ujar Puan Maisarah membuatkan air muka Malik berubah.

" Kenapa umi tiba-tiba mention pasal bini pula ? " tanya Malik kepada Puan Maisarah. Dia tidak gemar apabila buka topik tentang 'Isteri ' . Pada dia perempuan semua sama . Cukuplah dia pernah lalui hubungan dengan bekas tunangnya. Dia tak mahu sakitkan hati dia lagi .

" Kamu tahu kan yang umi dengan abah dah berusia. Kamu tu pun dah boleh dipanggil pakcik atau atuk. Tapi bezanya kamu tu belum khawin ataupun belum ada anak . Jadi kamu dah dimamah usia ni . Kamu tak nak khawin ke? . Kamu tak nak rasa kasih sayang dari seorang isteri? Ye , umi tahu kamu masih trauma dengan apa yang pernah terjadi pada kamu. Tapi sampai bila , Mal ? . Sampai bila kamu nak membujang macam ni..." Malik senyun nipis . Dia sudah tahu Puan Maisarah pasti bertanya tentang khawin.

Dia senyum pada Puan Maisarah . Kemudian bangkit dari sofa . " Malik nak keluar sekejap . Umi jangan duduk luar lama sangat. Tak elok untuk kesihatan umi " belum sempat Puan Maisarah membalas. Malik mencium kekura tangan Puan Maisarah . " Malik keluar dulu Umi . Assalamualaikum " .

Bidadari Milik Tengku Hendy Malik |SLW PUBWhere stories live. Discover now