B.M.T.H.M / 10

313 9 2
                                    

" Bonda , Malik akan masuk meminang  gadis pilihan bonda " activite Puan Maisarah terhenti apabila Malik berkata begitu padanya .

Puan Maisarah memandang anak tunggalnya dengan muka gembira .

" Betul ke apa yang bonda dengar ? Malik akan pinang gadis tu ? " Puan Maisarah tanya semula untuk kepastian .

Malik pandang bondanya dengan senyuman tampannya . " Iya bonda . Malik akan meminang dia " .

Puan Maisarah bangkit dari kerusi kemudian memeluk anak tunggalnya.  Ini adalah berita gembira untuk dirinya dan besannya.

Akhirnya Allah telah melembutkan hati anak lelakinya yang keras . Puan Maisarah amat bersyukur . Kalau boleh dia rasa sekarang juga dia ingin buat majlis kesyukuran . Tetapi dia harus bersabar .

" Terima kasih Mal . Bonda gembira sangat sangat . Bonda akan pastikan kamu tak menyesal untuk perkhawinan kali ni . Kamu jangan risau " Malik senyum di sebalik pelukan itu .

Dia tak mahu cakap banyak . Dan dia juga berharap keputusan dia kali ni tidak buat dia menderita . Cukuplah dulu dia menderita kerana pilihan yang salah . Tapi dia percaya dengan pilihan bondanya. Bondanya mahu yang terbaik untuk dirinya.

PINTU KANTIN di tolak dari luar oleh Zayla . Dia masuk bersama Sarah dan Alia . Semasa dia masuk , dia perasan semua orang pandang dia atas bawah seolah olah pandang jijik ataupun tidak suka . Tetapi dia malas layan . Apa yang dia tahu . Dia nak isi perut dia dengan nasi goreng ayam . Ayam bahagian peha bersama air bandung.

Aku nak makan!!

" Sarah , Ayla kauorang nak makan apa ? Biar aku order untuk kauorang " Zayla senyum kambing.

" Aku nak nasi goreng ayam . Ayam bahagia peha dengan air bandung kaw! . Lepastu tambah karipap makcik jilah 4 ringgit dah tu je " Alia geleng kepala . Sarah ketawa bila dengar order Zayla .

" Awak makan ke apa ? Macam seminggu je tak makan " bibir sumbing ketepi . Nak makan banyak pun salah ke ? . Bukannya  selalu makan macam ni.

" Dia tu sejenis manusia yang kuat melantak . Sebab tu tak cukup kalau makan. Kalau boleh semua yang susun atas tu dia nak bedal . Kan sayang ? " Alia perli dia atau tu memang kebenarannya .

Tapi riak muka Zayla tak puas hati. Jadi memang betul Alia perli dia.

" Dahla kau . Baik kau pergi order sebelum ramai yang datang lagi . Shuhh sana " tangan kecil itu halau Alia.

" Alia , saya pergi order air. Awak order makanan " Alia angguk kepala .

Sekarang tinggal Zayla keseorang di meja sambil menunggu kedua dua rakannya.  Dia bersenandung sambil melihat awan luar kantin .

Dia termenung memikir nasibnya . Dia belum habis belajar dan masih berdarah remaja . Berfikiran budak budak tetapi tidak lama lagi harus belajar tentang dunia perkhawinan .  Nak kata bantah ? Hmm memang dalam hidup dia tiada kamus bantah jikalau berkaitan dengan orang tuanya . Lagi lagi ibunya tu . Dia menangis macam orang gila sekalipun. Ibunya  tetap memaksa dia khawin .

Haih....nasib badan. Nak lari ? Dia pun belum bekerja . Duit belanja pun ayah dia bagi . Kalau mood along dia tu hokey sikit dia  bagi dekat adik dia yang cantik lagi menawan. Tapi jangan haraplah along dia nak bagi .

Semasa dia dengan dunia . Tiba tiba ada orang tendang meja . Riak muka Zayla berubah time itu juga .

Gadis itu memandang manusia yang menendang meja dia . Haih dia dahla malas gaduh. Tapi ini manusia memang meminta.

" Kau nak apa jenazah ? " dia bertanya sambil peluk tubuh badanya .

Janne pandang jijik pada dia . Bubble gum dalam mulut dikunyah .

Bidadari Milik Tengku Hendy Malik |SLW PUBWhere stories live. Discover now