B.M.T.H.M / 05

256 10 0
                                    

ZAYLA MIKAYLIA , duduk di kerui berdekatan dengan library.  Pasti pelik kerana dia seorang diri.  Sebenarnya dia sedang menunggu dua orang sahabatnya.

Semasa dia sedang menunggu. Tiba - tiba ada suara menegur dia .
" Hai Zayla , what are you doing here ? "gadis itu pusing belakang. Riak muka Zayla berubah . Tak lain tak bukan mesti Eric yang menegur dia .

Agaknya  dia memang tak boleh duduk dengan aman. Dekat mana dia berada . Pasti Eric berada di situ .

Zayla menoleh tempat lain. Tidak gemar dia dengan Eric. " Tak buat apa - apa.  Saya sedang menunggu kawan - kawan saya " .

Eric ketawa kecil . " Saya fikir awak tengah tunggu saya.." dia memandang Zayla . " Rupanya tunggu kawan awak " sambung Eric lagi  .

Gadis itu mengangguk kepala bersama senyuman nipis. Dia berharap sangat kawan - kawan dia cepat sampai . Suasana sungguh awkward . Dia tidak selesa tambah lagi dengan pandang Eric pada dia.

" Ohh yeah , btw you nak kita bincang pasal project and assigment dekat mana?? " Tersentak Zayla apabila jejaka itu bertanya tentang assingment .

Kepala otak Zayla sedang memikir bermacam - macam alasan . Dia tidak mahu jejaka itu buat assigment di rumahnya .

Cepat Zayla fikirr!! . Kasi otakk berjalan jangan lembab sangatt! .

" Hmm apa kata kita buat dekat " tidak sempat Eric habiskan ayat . Gadis itu sudah potong. " Kita buat dekat cafe berdekatan rumah saya ! " muka Eric terkejut dengan jerkahan Zayla .

Eric mengangguk kepala . " Alright , kita buat dekat cafe . But ada ke cafe berdekatan rumah you ?? " gadis itu mengangguk kepala bermaksud ' ada ' .

" But Zayla , you tak nak buat assigment dekat rumah i ? . Kalau buat dekat rumah.. , maybe..tak keluarkan duit kalau nak minum air . Am i right ? " terbeliak mata Zayla apabila Eric berkata begitu. 

Eric perasaan Zayla terkejut dengan apa yang dia ujar tadi ." Kenapa Zayla. You..tak suka ke ? " suara Eric agak kecewa.

Zayla terus berubah air muka. Dia senyum pada Eric. " Bukan tak suka , cuma tak manis anak dara duduk berdua - duaan lelaki yang bukan mahram . Dan kalau duduk berduaan  takut wujudnya orang ketiga " tutur Zayla dengan suara sopan . Tidak tahu nak ketawa atau bangga dengan jawapan itu.

Jejaka itu mengerut dahi. Tidak faham maksud Zayla . " Orang ketiga ? Siapa itu ? " tanya Eric pada gadis itu.

" Setan " terdiam Eric apabila dengar jawapan pedas dari gadis itu.

Eric buat mulut ' o ' . Dia mengeruk leher yang tidak gatal.  Tak tahu nak cakap apa selepas mendapat jawapan dari Zayla.

" Hmm okeylah you . I nak pergi class " gadis itu balas dengan lambaian .

                               ~🌷~

TENGKU HENDY MALIK , memasuki ruang tamu . Berkerut dahi dia apabila melihat bondanya senyum. Pelik? Ye memang pelik.  Tanpa berfikir banyak . Malik berjalan ke arah bondanya dan duduk bersebelahan dengan bondanya .

Malik menegur bondanya . " Bonda , kenapa bonda senyum daripada tadi ? " ujar jejaka itu dengan tanda tanya .

Puan Maisarah senyum pada anak lelakinya . " Mal , kamu nak tahu tak ? " Malik senyum bersama anggukan kepala . " Tahu apa bonda ? " soalan dibalas soalan.

" Tadi bonda teman Suri beli barang. Semasa bonda nak pilih barang. Bonda terserempak dengan kawan lama bonda " Malik menjadi pendengar setia. " Selepas itu bonda bual apa dengan kawan bonda ? " tanya Malik lagi.

" Alah biasalah tanya khabar semua tu. Dan kamu nak tahu tak ? " Puan Maisarah sentuh jari Malik  . " Kawan bonda ada anak perempuan. Anak dia cantik sangat . Memang sesuai dengan kamu tahu " jejaka itu  ketawa kecil.

" Bonda jumpa anak perempuan kawan bonda ke ? " Puan Maisarah geleng kepala. " Belum lagi tapi kawan bonda tunjuk gambar. Muka cantik , nama pun sedap macam tuan badan . Mal tak nak kenal dengan anak kawan bonda ? " Puan  Maisarah mengambil kesempatan dalan cerita .

" Tak apalah bonda. Malik sibuk. Malik nak jumpa abah . Assalamualaikum bonda " Malik salam dan mencium tangan Puan Maisarah.

Air muka Puan Maisarah sedikit kecewa apabila dengar balasan dari Malik . " Hmm waalaikumsalam. Hati -hati " Malik senyum pada Puan Maisarah .

Haih bertuah punya budak. Asal buka bab khawin. Macam macam alasan diberi.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Bidadari Milik Tengku Hendy Malik |SLW PUBWhere stories live. Discover now