Kini suasana di rumah Puan Maisarah agak meriah kerana Ryan , Lysa dan juga anak - anaknya bermalam dirumah bonda Malik . Pada mulanya Malik tak beri keizinan untuk Ryan bermalam dirumah bondanya. Tetapi Puan Maisarah beri keizinan pada Ryan . Lagi pun tak salah Ryan bermalam dirumahnya . Jadi , bolehlah Puan Maisarah bermain dengan anak - anak Ryan . Nak paksa anak sendiri khawin boleh jadi perang dunia.
Zan , Ali dan Ghaffran . Mereka turut bermain dengan anak - anak Ryan yang berada di ruang tamu . Diaorang tak boleh jumpa budak kecil . Kalau jumpa budak kecil. Memang habis budak tu kena buli . Nak lagi dengan anak - anak Ryan tu . Memang budak - budak tu kena bedal dengan diaorang .
Malik pula dari tadi termenung. Entah apa yang dia termenung pun tak tahu . Muka nampak tak bermaya tapi bernyawa . Nak kata putus cinta ?...bercinta pun tak ada . Macam mana nak putus cinta . Kalau masalah company...hmm tak juga sebab dia pandai handle company .
Ryan yang dari tadi bermanja dengan bini kesayangannya turut perasan Malik termenung .
Bahu Malik kena sondol sikit dengan Ryan . " Oii kau termenung apa ? Jauh betul termenung " Malik tersentak sebab Ryan sondol bahu dia tadi .
" Kau rasalahkan . Patut ke aku ikut cakap bonda " Ryan kerut dahi bila Malik bagi ayat kiasan dekat dia .
" Kalau kau nak bahagiakan bonda . Ikutlah cakap bonda. Kau kena tahu , syurga anak di bawah tapak kaki ibu nya . Kalau takde ibu dalam dunia ni . Kita takkan wujud dekat bumi ni . Dan doa seorang ibu boleh tembus 7 langit . Aku rasa...kalau aku tak bagitau pun kau boleh tahu bro " bahu Malik ditepuk perlahan oleh Ryan.
Malik mengusap muka kasar . Dia tak tahu sama ada betul ke tak keputusan yang dia buat sekarang. Kalau dia khawin...mampu ke dia bahagiakan anak orang ? . Apakah perempuan itu mampu bertahan dengan perangai dia ? Dia layak ke bimbing perempuan itu ke syurga ? . Bermacam - macam soalan berlegar difikirannya .
" Terima jelah perempuan tu " Ryan tiba - tiba berkata sebegitu .
Malik pandang kawannya bersama kerutan dahi . " Apa maksud kau terima je . Cuba kau bayangkan..." Ryan mencelah.
" Bayangkan bonda happy sebab kau khawin dengan wanita pilihan orang tua. Kau bayangkan betapa gembira hati seorang ibu bila anaknya terima dengan wanita pilihannya. Cukup kau bayangkan itu je " diam tanpa bicara Malik kerana Ryan .
Malik tunduk . Dia tak pernah stress macam ni .
" Ak..aku tak tau Ryan . Otak aku buntu . Setiap kali aku fikir khawin . Aku takut perempuan itu macam ex fiance aku dho " tersedu - sedu Malik kerana menangis . Bahu Ryan jadi basah kerana air mata jantan Malik turun.
Kepala Malik di usap manja . " Percaya cakap aku . Kalau terima dia dalam hidup kau. Kau akan bahagia Malik . Kau nak bahagia , kau terima orang baru dalam hidup kau . Kalau tak , Insya-Allah Dia akan temukan kau dengan perempuan lebih baik " mulut tidak membalas melainkan kepala diangguk .
" Ingat Malik , Allah tak tidur . Dia tau apa yang kau nak . Kau buat macam - macam untuk gembirakan orang tua dalam masa sama kau nak bahagia . Tapi kau kena tahu juga , rancangan Allah lebih baik daripada rancangan kau " hanya diam menghiasi suasana di meja makan .
" Kenapa ibu terima pinangan orang tu ? Ibu tau tak Zayla masih muda lagi . Belajar pun tak habis ni tiba - tiba ibu suruh Zayla tunang pula . Apa yang tak cukup lagi ibu " suara dia naik sedikit sebab geram dengan ibunya .
" Zayla..." Encik Idham pandang anak perempuannya .
"...tak baik naikkan suara macam tu dekat ibu " mata dijuling ke atas bila ayah dia menegurnya.
Ye memang apa yang dia buat semua tak baik. Ikut cakap orang tua bagus sangat ke ? .
" Habis tu apa yang baik ? Ikut telunjuk ibu baru baik ? Macam tu ke " bidas dia pada ayahnya.
" Ibu buat semua ni..."
" untuk kebaikan kamu " dia ajuk kata - kata ibunya . Dia cukup masak dengan perangai dan setiap ayat yang keluar dari mulut ibunya .
" Kebaikan apanya ibu . Zayla belajar pun belum habis. Kenapa ibu selalu atur hidup Zayla " Puan Malia pandang Zayla bersama muka bengis.
" Kamu ni . Kenapa susah sangat kamu nak ikut cakap ibu . Bukannya ibu suruh kamu rompak rumah atau jual badan . Ibu cuma nak kamu khawin je . Itu pun susah ke ? " muka di usap kasar bila Puan Malia tengking dia . Haihh ni yang malas ni .
Encik Idham geleng kepala kalau Puan Malia tunjuk perangai dia .
" Cuba kamu jadi macam angah tu . Ikut cakap ibu . Kalau ibu suruh buat ni , dia buat . Kalau ibu suruh itu , dia buat itu . Dia ikut apa yang ibu nak dan apa yang ibu inginkan . Ini tak , kamu..." Zayla bangkit dari sofa kemudian panjang ibunya bersama air mata yang sudah jatuh di pipi .
" Ye , memang angah yang terbaik pada mata ibu . Memang angah anak dari syurga . Semua angah . Ini angah itu angah sana angah sini angah semua hanya angah yang terbaik dalam hidup ibu . Tapi ...ada ibu fikir apa perasaan Kayla bila ibu asyik - asyik mention angah ? Ada ibu fikir...? Takde . Ibu tak pernah fikir apa yang Kayla rasa sebab ibu pilih kasih dan hanya pandang anak ibu itu Zaylia Mikeylia . Ibu selalu banding - bandingkan kami berdua . Kalau Lia ibu bangga dengan apa yang dia buat event dia selalu guna cara salah . Tapi Kayla ? No one ibu , no one . Im like nothing in this family . Kayla macam orang asing dalam keluarga ni " Zayla menangis , teriak kecewa dengan keluarga dia sendiri . Kalau putus cinta sakit tapi ni lebih sakit bila keluarga abaikan kau .
Encik Idham bangkit dari kerusi kemudian jalan pada anaknya dan memeluk anak perempuannya . Belakang badan Zayla di usap perlahan . Kepala yang ditutupi tudung shawl di usap juga .
" Dah..." sedu - sedu Zayla dalam pelukan ayahnya .
Puan Malia tak mampu cakap apa - apa selepas dengar pengakuan dari anak perempuannya.
Dia ingin maju menghampiri Zayla tapi si suami halang . " Jangan mendekat . Awak masuk bilik . Kejap lagi saya naik atas "kata suami tegas.
" Tapi Zayla..." sayu suara Puan Malia bila tengok anak perempuannya masih nangis dalam pelukan si suami .
" I said go to room . Now ! " tekan Encik Idham pada isterinya.
Tanpa bantah , Puan Malia berjalan meninggalkan kedua beranak itu . Setelah sampai tingkat atas , Puan Malia tengok dari atas .
' Ya Allah , ibu jenis apa aku ni sampai anak aku sakit sebab perbuatan aku ' batin sayu Puan Malia .
YOU ARE READING
Bidadari Milik Tengku Hendy Malik |SLW PUB
RomanceFirst Story : 𝕴𝖙'𝖘 𝖒𝖎𝖓𝖊 𝑻𝒆𝒏𝒈𝒌𝒖 𝑯𝒆𝒏𝒅𝒚 𝑴𝒂𝒍𝒊𝒌 ୨ৎ 𝒁𝒂𝒚𝒍𝒂 𝑴𝒊𝒌𝒂𝒚𝒍𝒂 ───୨ৎ────────────୨ৎ──── Tengku Hendy Malik Bin Dato' Khan Hamdan Malik adalah lela...