B.M.T.H.M / 11

280 8 0
                                    

Kaki mengigil . Penumbuk digenggam erat . Nafas laju macam baru habis bergaduh . Gigi geraham di ketap erat . Wajahnya jangan dicakap . Memang bengis dari tadi sampai dah masuk offices pengetua . Manakala muka Eric di pandang tak puas hati . Dia rasa belum cukup hancur muka tu dibuat . Kalau boleh memang dia nak pijak - pijak muka yang acah - acah bagus tu . Tak guna punya jantan! Kau guna muka innocent kau lepastu fitnah akuu . Puih! Perangai macam sial .

Nasib baik tadi cikgu dan kawan - kawan dia tahan dia . Kalau tak , memang mati dia buat dekat budak tu .

Encik Nazmi aka Pengetua pandang Zayla dan Eric serentak . Kepala di geleng . Haihh apa nak jadi dengan dia orang ni .

" Zayla , saya nak tahu kenapa awak tiba - tiba pukul Eric seteruk ini . Kenapa Zayla ? " Zayla jeling Eric dekat sebelah .

" Mamat ni cari pasal dengan saya . Ni nasib baik sir halang saya . Kalau tak memang pecah lagi muka dia " balas Zayla masih emosi.

Kini Eric pula di pandang .

" Eric , awak ada buat salah dengan Zayla ke sampai dia buat macam tu " luka dekat pipi disentuh.

" Saya buat salah apa ! Perempuan gila ni tiba - tiba tumbuk saya . Oii perempuan apa masalah kau ehh " suara Eric makin meninggi .

Zayla bangkit tiba - tiba dan meluru ke Eric . Kolar Eric ditarik kasar .

" Apa masalah aku ?! Sepatutnya aku yang tanya soalan sial tu dekat kau anjing ! Kau tabur fitnah dekat aku sampai satu kolej cakap buruk pasal aku . Itu kau cakap aku buat masalah . Sekarang ni siapa yang buat masalah dulu ! " kemarahan Zayla sudah tidak dapat dibendung lagi . Dari luar pejabat suara dia paling tinggi.

Sekarang ni dalam fikiran Zayla hanya satu . Dia nak pijak , tumbuk mamat tu sampai hati dia puas .

Eric terkejut dengan perubahan gadis itu . Belum pernah dia tengok Zayla semarah ini . Gerunn

Encik Nazmi berdiri kemudian menenangkan emosi Zayla .

" Zayla , awak perempuan . Tak elok buat macam tu dekat lelaki " .

Nasihat Encik Nazmi buatkan gadis itu melepaskan kolar Eric .

" Macam ini lah , apa kata saya call parents awak berdua . Kita settle elok - elok . Okey ? " takde jawapan maksudnya okey lah tu .

Encik Nazmi duduk di tempat dia semula . Kemudian menelefon orang tua mereka . Tak lama kemudian pintu di ketuk .

" Come in " orang tua Eric masuk ke dalam . Muka mereka nampak risau kerana anak dipukul .

Zayla duduk dekat kerusi itu tak nampak langsung bayang or kelibat orang tua dia . Huh , dah agak dah . Memang orang tua aku tak kisah langsung pasal aku . Kalau aku kena buang pun . Bukan dia orang kisahkan ! .

Puan Erica masuk bilik itu . Dia terus cek muka anak dia yang handsome tu !

" Oh my god my son . What happen to you , boy . You handsome face . Gosh " Zayla buat muka geli . Masuk terus buat drama queen . Kenal sangat .

Puan Erica memandang pengetua . " Siapa yang tumbuk anak i ? Berani betul dia tumbuk pewaris EL Group . Cakap dekat i siapa tumbuk anak i ? " Zayla angkat tangan bila Puan Erica tanya .

" Saya tumbuk sebab dia buat hal " kata Zayla jujur dengan muka tenang .

Pengetua sudah tepuk dahi . Pahal budak ni berani sangattt .

Muka gadis itu dipandang tak suka . Beg tangan di genggam erat . Puan Erica maju satu tapak dan

PANG !!

Bidadari Milik Tengku Hendy Malik |SLW PUBWhere stories live. Discover now