"Zara! Kau dah siap belum?"
"Dah, kak." Zara menjinjit beg rodanya lalu meletakkannya pada anak tangga rumah.
"Perlu ke kau kerja jauh-jauh ni, Zara?" soal Zatie, sahabat karib Zara semenjak dalam kandungan lagi.
"Alo awak janganlah macam ni." Zara mencubit kedua belah pipi sahabatnya perlahan.
"Nanti setiap kali saya cuti sekolah saya baliklah eh?" Pujuk Zara lembut.
"Hengkau tak payah mengada Zatie, hengkau dengan muncung kau tu boleh pergi mammm..." Belum sempat Yaya menghabiskan kata-kata, mullutnya sudah ditutup dahulu oleh Zatie.
"Rilek ah, kak Ya. Hak alah emo siak. Zara, kau tengoklah akak kau ni. Kau dengan kak Ya dah macam langit dengan bumi perangai. Macam mana entah boleh jadi adik beradik." Zatie menjeling Yaya.
"Eh kau ni. Ni yang panas ni, aku akulah, Zara Zaralah. Kau siapa nak mempersoalkan takdir Allah? Dah memang kitorang ditakdirkan untuk menjadi adik beradik, kau apa cer?"
"Hee iyalah. Sorrylah, orang gurau je." Watie segera memeluk lengan Yaya sambil menggesel-geselkan wajahnya ke bahu Yaya.
Ketinggian Zatie hanyalah separa bahu Yaya sahaja. Walaupun mereka sering bergaduh, tetapi kasih sayang mereka tidak ubah seperti adik-beradik kandung.
"Sudahlah korang. Abah.. Zara pergi dulu ya? Doakan perjalanan Zara.." Zara tunduk menyalami Pakcik Mail.
"Iya, abah sentiasa mendoakan kamu Zara. Mulut abah ni tak pernah berhenti untuk berdoa buat anak-anak abah." Pakcik Mail mengusap lembut kepala anak bongsunya yang berlapik tudung labuh.
Sejuk hatinya melihat pakaian anaknya. Sungguh mengikut syari'at Islam yang sebenar.
"Ingat. Dekat Kuala Lumpur tu berbeza dengan tempat asal kamu. Jangan mudah terpengaruh, jaga diri baik-baik, selalu ingat Allah, jaga solat," pesan pakcik Mail.
Risau hati tuanya apabila mendapat tahu bahawa anak bongsunya dipanggil untuk bekerja di Kuala Lumpur.
Meskipun tidak selalu ke sana, tapi dia tahu betapa bahayanya Kuala Lumpur itu. Lagi-lagi untuk orang perempuan.
Jika pandai jaga diri, jaga maruah insyaAllah. Tetapi jika tersilap langkah memang buruk padahnya.
"Baik, abah." Zara menghadiahkan senyuman manis buat ayahanda tercinta.
"Zara, jaga maruah kau dekat sana," pesan Yaya apabila Zara datang menyalaminya.
"Iya, kak. Zara janji Zara akan jaga maruah. Akak tu jaga diri, jaga ayah." Yaya hanya mengangguk sambil tersenyum mendengar nasihat adiknya.
"Lepas ni dah takda dah perempuan idaman para jejaka dekat dalam felda ni." Zatie menggamit Zara ke dalam dakapannya.
"Takpe. Saya serahkan title tu pada awak pula, awak pun cantik. Lebih cantik dari saya," balas Zara sambil melepaskan pelukan.
"Tahu takpe." Angkat bakul sendiri itu perkara biasa bagi wanita bernama Zatie.
Yaya menjeling.
Zara melangkah ke arah kereta saga milik ayahnya lalu masuk ke dalamnya.
Mereka bertiga melambai ke arah kereta yang dipandu oleh Zara sehinggalah kereta itu hilang.
SEPERTI biasa, kedai buku dengan wanita yang bernama Nur Idalya Az-zahra memang tidak dapat dipisahkan.
Sesampainya di Kuala Lumpur, Zara tidak terus menuju ke rumah sewa. Sebaliknya, dia singgah dahulu di mall yang terletak di ibu negara Malaysia itu.
Apa namanya, Zara pun tidak tahu. Yang pasti tempat kegemarannya ada di dalam bangunan itu.
Zara ralit membaca sinopsis buku bertajuk 'Semusim Di Mahsyar'.
Buku yang terhasil dari karya Hadi Fayyadh sudah menjadi kemestian untuk dibeli oleh Zara. Hampir kesemua karya Hadi Fayyadh telahpun Zara miliki.
Setelah membeli beberapa buah buku, Zara singgah sebentar di cafe yang berdekatan untuk membasahkan tekaknya.
Sedang Zara leka memandang lautan manusia yang berada di luar cafe, matanya tertancap pada susuk tubuh seseorang yang tidak asing pada matanya.
Muhammad Raqib!
Iya tidak salah lagi, gerangan itu memang Raqib. Zara gelabah dengan sendirinya apabila melihat jejaka idamannya itu melangkah masuk ke dalam cafe yang sama.
Dengan tergesa-gesa Zara menyelongkar kembali plastik buku tadi dan menarik satu buku untuk menutup wajahnya.
"Kenapa awak tutup muka, Zara? Dia kenal ke? Aduh! Belum apa-apa, awak dah memalukan diri sendiri," gumam Zara perlahan.
Zara mengintai sedikit sekeliling cafe untuk melihat keberadaan Raqib.
Dia tersentak tatkala melihat sosok yang berada di hadapannya.
"Er maaf cik, I tumpang sini ya? Sebab takde tempat kosong. Hope you don't mind," ujar lelaki di hadapannya bersama senyuman yang amat manis.
Zara terdiam seribu bahasa. Seluruh tubuhnya seakan-akan terkena renjatan elektrik. Dia tidak mampu melakukan apa-apa kecuali hanya terkaku.
"Err boleh ke tak ni? Kalau cik tak selesa, it's okay. I boleh pindah ke tempat lain." Jejaka itu sudah berura-ura mahu mengangkat punggungnya namun terbantut apabila mendengar deheman Zara.
"Sa..saya okey je, cu..cuma terkejut sebab tiba-tiba ada orang dekat depan. Takpelah, encik duduk je. Saya tak keberatan sama sekali." Zara yang pada mulanya agak gementar cuba untuk tenangkan diri.
Tidak tahu kenapa, Zara telah pun menghadiahkan senyuman yang sangat manis kepada jejaka yang berada di hadapannya.
Sebelum ini menjadi kepantangan buat wanita itu untuk tersenyum manis pada mana-mana lelaki yang tidak halal baginya.
Kerana perbuatan itu akan membuka pintu-pintu maksiat. Kita tak tahu bagaimana pandangan seorang lelaki meskipun hanya sekadar pandangan.
Raqib terpempan untuk seketika apabila melihat senyuman wanita yang sedang berada dihadapannya.
"Ehem, by the way, first time I tengok perempuan secantik you baca buku terbalik."
YOU ARE READING
Berhenti Mencintai
Romance"Mengapa kamu tidak percaya akan kebesaran Allah? Padahal Dia sesungguhnya telah menciptakan kamu dalam beberapa tingkatan kejadian. Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah menciptakan tujuh langit bertingkat-tingkat? Dan Allah menciptakan pa...