Bunyi cengkerik menendang gegendang telinganya. Lama dia bersujud, dengan perlahan kepalanya diangkat, melihat sekeliling yang dipenuhi dengan pokok - pokok besar dan akar - akar yang menjalar.
Aku dimana?
Zara melihat ke kirinya untuk mencari makhluk tadi, tiada! Ke manakah dia pergi?
Beberapa saat, Zara berusaha untuk menghadam dengan situasi yang baru sahaja dia alami, telinganya di sapa dengan bunyi daun dan anak ranting dipijak oleh sesuatu.
Zara menoleh..
"Apa yang kamu lakukan disini, wahai wanita?" Seseorang yang menutupi seluruh tubuhnya dengan kain putih yang menawan, pagai kan gaun pengantin. Meskipun hanya dua biji matanya sahaja yang dapat dia lihat.
Wanita itu sungguh menawan di mata Zara, apatah lagi melihatnya memegang seekor kuda putih yang sangat tegap tubuhnya.
Perlahan-lahan Zara berdiri dan berdepan dengan wanita itu.
"Sa.. Saya tak tahu saya dimana, cik boleh bantu saya?" Zara berkata sopan.
"Untuk apa aku membantu kau, sedangkan kau adalah hamba yang terlaknat?" Kelihatan mata cantik wanita itu dijegil ke arahnya.
Zara menunduk, kedua tangannya digenggam sesama sendiri, "Saya ingin bertaubat, tolong bantu saya cik." Kata Zara separa merayu.
"Setelah kau nikmati maksiat, baru kau hendak menyesal?" Wanita itu berlalu sambil menarik kuda ya bersama.
Zara mengikuti wanita itu perlahan.
"Tolonglah cik, saya merayu.. Saya tak nak masuk neraka." Dengan mendadak langkah wanita itu terpaku, dia menoleh memandang Zara dengan pandangan yang tajam.
"Jadi kau ingin bertaubat hanya kerana kau takut akan neraka!? Bukan kerana takutnya kau kepada pencipta Mu!? Sungguh kau! Tidak layak untuk mu mendapatkan keampunan dariNya." Wanita itu kembali melangkah.
Zara tersentak.
Apabila tersedar yang Zara tidak lagi mengikutinya, pantas dia menoleh.
" Marilah, ikut ku. " Wajah Zara yang tadi muram kini sedikit menyinar apabila mendengar pelawaan wanita itu.
Hampir 20 minit mereka berjalan akhirnya mereka sampai juga di rumah wanita tadi.
Zara yang melihat sebuah rumah yang dindingnya diperbuat dari buluh dan atapnya ditutup oleh daun pelepah, sangatlah naif namun masih terlihat menawan, seperti tuan rumahnya. "ini rumah cik ke?"
Wanita itu menoleh."Masuklah." Jawab wanita itu sepatah.
Zara menjejakkan kakinya kedalam, dekorasi didalamnya sungguh mengagumkan.
"Jika mahu berehat, tidurlah di sini." Wanita tadi menunjuk satu alas tikar mengkuang yang bersaiz single bed yang berada di tepi dinding rumah.
Zara hanya tersenyum, matanya masih meliar memerhatikan segenap hiasan di dalam rumah itu.
"Jika mahu makan, pergilah ke dusun aku, di situ terdapat pelbagai pokok buahan yang ranum." Wanita itu keluar semula dari rumah untuk memberi makan kudanya.
"Ermm boleh saya tahu nama cik?" Zara menggosok-gosok telapak tangannya.
"Rabiah." Jawab wanita itu dingin.
Zara menangguk, "Nama saya Zara, Idalya Az-Zahra." Wajah Zara tersenyum manis.
"Az-Zahra bermaksud putih bersih, tapi tidak dengan hatimu, hitam pekat." Wanita itu menjeling lalu berlalu pergi.
Zara menunduk, melihat kedua kakinya, kesan Lumpur dan luka bekas ranting tajam, baru dia sedar, sedari tadi dia berjalan tanpa berlapik kan alas di kakinya.
YOU ARE READING
Berhenti Mencintai
Romance"Mengapa kamu tidak percaya akan kebesaran Allah? Padahal Dia sesungguhnya telah menciptakan kamu dalam beberapa tingkatan kejadian. Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah menciptakan tujuh langit bertingkat-tingkat? Dan Allah menciptakan pa...