Bab 23

48 6 28
                                    

Pintu bilik hotel dibuka oleh Raqib.  Wajah Qaisarah dan Ikram langsung menyapa pandangannya.

"Kau buat apa dalam bilik aku, Raqib?" soal Qaisarah sambil berpeluk tubuh.

Raqib hanya diam. Matanya memandang ke arah Ikram sambil tersenyum sinis.

Ikram memandang Raqib dengan riak hairan. Otak cuba memproses perkara yang ingin disampaikan oleh kawannya ketika itu. Seketika kemudian, matanya membulat besar.

"Kau jangan cakap!" Ikram merempuh kasar tubuh Raqib untuk memasuki bilik hotel tersebut.

"Zara! Apa kepala otak kau fikir ni?" jerkah Ikram sambil mencerlung merenung Zara.

Zara yang berada di sisi katil hanya mampu menunduk sambil bermain dengan jari-jemarinya. Dia tak tahu mahu sorok mukanya di mana sekarang.

"Zara! Mana maruah kau?!" Ikram menjerit di depan muka Zara.

Memang Raqib ada memberitahu Ikram tentang rancangan bodohnya ini. Namun Ikram hanya mengambil remeh tentang hal ini kerana dia yakin bahawa wanita seperti Zara tidak akan jatuh tersungkur kepada seorang lelaki.

Tapi apa yang berlaku di depan matanya kini telah merenggut tangkai hatinya. Ikram tidak tahu kenapa hatinya rasa begitu sakit. Tapi dia tidak sanggup melihat wanita senaif Zara berubah begini hanya kerana seorang Raqib.

Zara sedikit sebanyak mengingatkan Ikram kepada sosok wanita bernama Aini Syakira, cinta hatinya. Ketika pertama kali mereka berjumpa, Aini begitu polos di matanya.

Walaupun mereka berdua telah berpakaian lengkap, tapi Ikram yakin Raqib telah berjaya menjalankan rancangannya. Dan paling sial sekali, dia turut membantu memberikan idea kepada lelaki itu.

"Zara, aku tanya kau ni! Apa yang kau dah buat?! Senang macam tu je kau serahkan diri kau pada Raqib?!" Suara Ikram naik seoktaf, menahan rasa gelora di dada.

Raqib berjalan mendekati Ikram.

"Sudahlah, bro. Jangan over sangat."

Ikram memandang Raqib geram. Tangannya naik mencengkam kolar lelaki itu.

"Apa kau dah buat, setan?! Perempuan suci ni, bangang!"

"Aku akan kahwin dengan dialah. Kau tak payah nak tunjuk alim dekat sini." Raqib mengangkat tangan. Dia mahu Ikram agar melepaskan kolarnya.

"Aku dengan Zara akan balik ke Malaysia hari ni. Kau dengan Sarah staylah kalau nak. Kitaorang gerak dulu. Jom, sayang." Raqib menarik Zara untuk keluar dari bilik hotel itu. Zara menarik beg luggage bersamanya.

Raqib tidak membawa begnya. Biasalah orang kaya, bawa telefon bimbit dan dompet sahaja dah cukup.

Qaisarah yang sedari tadi memerhati perbalahan mereka hanya berpeluk tubuh di luar bilik hotel.

"Aku dah cakap, jangan disebabkan lelaki, kau gadaikan iman kau. Tapi tengok? Apa yang terjadi dekat kau? Kau kalah, Zara. Kau kalah." Qaisarah membisik apabila Zara melintasinya.

Zara hanya menjeling sekilas.

"Zara!! Kau keluar!" Pakcik Mail yang baru sahaja sampai di halaman rumahnya terus melaung kuat nama Zara.

Lamunan Zara mati apabila mendengarkan teriakan si ayah. Dia muncul di depan pintu rumah bersama Yaya.

Zara dapat melihat abahnya sedang memegang sebilah parang dan wajah orang tua itu bengis seperti sedang menahan amarah yang amat.

Perlahan-lahan kakinya menuruni tangga kayu. Tidak pernah dalam hidupnya, dia melihat abah berperilaku sebegini rupa.

"Abah? Lambat abah balik, dah nak maghrib dah. Kenapa ni?" Zara menanyakan soalan dengan suara yang lembut, tidak ubah seperti perempuan melayu terakhir.

 Berhenti MencintaiWhere stories live. Discover now