Raqib menoleh ke tepi. Melihat Encik Nizam yang tersenyum kepadanya. Raqib mengeluh perlahan.
Raqib yang sedang bercekak pinggang melihat pelajar-pelajar pasukan bola sepak. Dia mengeluh perlahan, macam mana nak menang ni.
"Hanip sini jap." Raqib menggamit seorang pelajar yang berusia dua belas tahun untuk datang ke arahnya. Tubuhnya yang agak gempal menyukarkan kan dia untuk berlari dengan laju.
"Iya coach." Kanak-kanak itu berlari ke arah jurulatihnya.
"Ok macam ni, setiap kali awak nampak bola datang dekat awak, awak hanya perlu fokus pada bola. Jangan tengok benda lain faham? Hanya.Pada.Bola." tekan Raqib satu persatu.
"Faham coach!" Kanak-kanak itu melakukan tabik hormat.
"Okey good, sekarang pergi sambung." Raqib menepuk belakang badan kanak-kanak yang bernama hanif itu.
Encik Nizam tersenyum melihat para pelajar yang sedang bertungkus lumus berlatih.
"Assalamualaikum Encik Raqib. Macam mana? Ada apa-apa masalah ke?"
"Eh Encik Nizam, setakat ni takde." Raqib senyum segaris. Itupun satu saat sahaja.
"Saya ada benda nak bercakap dengan Encik sebenarnya. Boleh kita?" Encik Nizam menyuarakan hajatnya.
"Nak cakap apa, cakaplah cepat." Tak nampak ke orang tengah busy sekarang.
"Apa sebenarnya hubungan Encik dengan cikgu Zara ya. Boleh saya tahu?"
Raqib memandang wajah Encik Nizam dengan pandangan mengejek. Raqib hanya diam.
"Takpelah kalau macam tu, tidak kesah apa pun hubungan awak berdua. Tapi saya minta sangat, jangan buat benda yang tak baik di dalam sekolah. Saya minta diri dulu." Encik Nizam bangkit lalu meninggalkan Raqib.
Acah-acah betul orang tua ni.
"Hey what's up bro Nizam. Ada benda lagi ke yang kau tak puas hati?" Raqib jungkit kening.
"Bukan macam tu maksud saya.."
"Dah tu? Nak tegur tentang perangai aku? Tak silap aku haritu kau kata dalam sekolah je, ni luar sekolah bukannya dalam sekolah. Suka hati aku nak buat apa pun kan?" Raqib berjalan ke arah Zara yang sedang menyusun kerusi.
"Zara jom." Raqib menarik lengan Zara dengan sedikit kasar. Matanya tajam memandang Encik Nizam.
Zara yang terpinga-pinga hanya mampu mengikut. Raqib memakaikan helmet dengan cermat di atas kepala Zara.
"Raqib apa awak buat ni. Kerja saya belum habis."
"Kisah pulak." Raqib hanya membuat muka cemberut.
Mereka berdua keluar dari kawasan pertandingan dengan di saksikan oleh guru-guru yang masih berada di situ.
Eh tu cikgu dari sekolah mana?
Entahlah
Tu cikgu Zara tu, dari sekolah SRITI kl.
Suami dia kut tu.
Eh taklah. Cikgu tu mana kahwin lagi, boyfriend dia lah tu.
Eh takkanlah!
YOU ARE READING
Berhenti Mencintai
Romance"Mengapa kamu tidak percaya akan kebesaran Allah? Padahal Dia sesungguhnya telah menciptakan kamu dalam beberapa tingkatan kejadian. Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah menciptakan tujuh langit bertingkat-tingkat? Dan Allah menciptakan pa...