Bab 8

46 11 6
                                    

Raqib berlari ke arah ayahnya sambil menangis.

"Ayah, Raqib minta maaf! Raqib janji tak buat lagi. Tolonglah, ayah jangan buat Raqib macam ni." Raqib berlutut sambil memeluk kaki Tan Sri Rohaizat yang sedang berdiri di hadapan pintu villanya.

"Aku dah bagi beribu peluang pada kamu, Raqib tapi perangai kamu masih tak berubah-ubah. Kau masih tetap buat taik di muka aku!" Tan Sri Rohaizat merentap kakinya dari pelukan Raqib.

"Ayah! Jangan buat angah macam tu."

"Kamu diam, along. Apa yang kau drama sangat ni, Raqib?  Ayah bukan humban kau dekat penjara tapi ke rumah tok ki kamu sahaja."

"Tapi Raqib taknak! Tok ki buruk, pengamal ilmu sesat! Rumah tok ki penuh dengan setan!"

"Kamu jangan biadap Raqib! Itu ayah aku tu! Firash, kau tarik budak ni bawak dia berambus dari sini."

 
Raikal memandang langit yang agak suram pada malam ini.

Tipulah kalau dia tidak merindui bekas isterinya, tapi perangai dia sungguh membuatkan Raikal benci akan isterinya.

"Kenapa kau berubah, Aisha? Kau jahat!"

"Along? Ada apa kau suruh aku datang sini?" Raqib menepuk perlahan bahu abangnya yang sedang termenung menatap langit.

"Aku nak tanya kau, apa yang ayah buat pada kau dulu tak terkesan langsung ke, Raqib?" Raikal bersuara tanpa mengalihkan pandangannya pada Raqib.

"Apa yang kau maksudkan?" Raqib serba-serbi tak kena, dia paling tak suka jika mengenangkan kisah silam itu.

Raikal pusingkan badan menatap sang adik.

"Apa yang kau belajar di kampung tok ki dulu?"

"Nak belajar apa? Belajar bela setan?" Tanpa rasa bersalah Raqib berkata.

"Raqib! Kau jangan biadap. Walau apa pun yang tok ki buat, kau tiada hak untuk kurang ajar."

"Aku peliklah along. Benda tu salah kan? Syirik! Tapi keluarga kita seolah-olah tutup mata aje, tapi aku yang bermain dengan hati perempuan ni bukan main lagi korang marah."

"Sebab pemikiran kau tak sama dengan pemikiran kitaorang, Raqib"

"Apa yang tak sama? Aku nampaklah along! Aku nampak dengan mata kepala aku sendiri, yang tok ki tu sembah se..."

Pin! Pin!

"Raqib!" Belum sempat Raqib menghabiskan kata-katanya, seseorang bermotosikal besar memasuki kawasan villa milik Tan Sri Rohaizat.

"Jomlah. Dah lambat ni, along! Hai, lama tak nampak! Ikram pinjam Raqib ya?" Lelaki bernama ikram bersalaman dengan Raikal.

"Assalamualaikum," sahut along tanpa ekspresi muka.

"Hehe waalaikumusalam."

Tanpa berpamitan, Raqib langsung pergi mengambil helmet dan jaket yang diletak olehnya di atas meja lalu melangkah ke arah garaj untuk mengambil motorsikal berkuasa tingginya.

Niat ingin minum terbantut apabila terserempak dengan Aini di ruang tamu.

Zara melihat Aini. Pakaian yang dikenakan oleh gadis itu sangat tidak cukup kain.

"Aini, awak nak pergi ni?" Soal Zara

"Ha? Ermm nak pergi kerja hehe." Aini menggaru belakang telinga apabila melihat pandangan Zara yang terarah pada pakaiannya.

"Baju seragam kerja awak ke ni?"

"Haah ye eh. Saya pergi dululah. Dah lambat. Bye!"

"Eh Aini! Ada kedai bukak ke pukul 12 malam macam ni?" Haih pelik Zara melihat tingkah orang bandar ni

Ada ke eh kedai makan buka waktu ni? Ada lagi ke manusia makan pada waktu macam ni? Kalau aku makan waktu macam ni, memang kena lekuk dengan abahlah jawabnya.

Bunyi muzik yang bingit berkumandang dengan lantangnya. Sejuta umat manusia kelihatan sedang menari dengan sungguh asyik.

Mereka kelihatan sungguh leka dalam dunia masing-masing. Terus-menerus menari sambil meneguk air kencing syaitan dengan begitu nikmat sekali.

"Baby bucuk anje!" Raqib menjeling sahabatnya di sebelah.

Dah kenapa mamat ni?

Raqib melihat Ikram berjalan laju menuju ke arah perempuan seksi yang bergelar 'baby bucuk anje' uwekk!

Kelihatan mereka berpelukan kemudian bercumbu seperti hanya mereka sahaja yang berada di situ. Tiada langsung perasaan malu dalam diri.

Raqib menggeleng. Dia berjalan ke arah Ikram lalu menarik bahu Ikram sehingga terungkai cumbuannya bersama gadis itu.

"Kau ni! Kacau betullah, nak melepas rindu pun tak boleh." Ikram merengus apabila projeknya diganggu.

"Kalau iya pun nak melepas rindu, pergi booking biliklah, setan." Raqib menjeling gadis itu dari atas ke bawah.

Takdalah cantik mana.

"Hehe itu sekejap lagi. Aku kena minum dulu baru lagi nikmat. Oh, by the way kenalkan, my lovely girl Aini. Sayang, ini my bastard best buddy, Raqib." Ikram memperkenalkan mereka berdua.

Aini melihat wajah Raqib. Handsomenya! Lagi handsome dari kekasihnya.

"Ha you jangan macam-macam sayang. I lagi handsome dari mamat ni eh. Janganlah pandang Raqib macam tu." Ikram mencebirkan bibirnya sambil menutup mata Aini daripada terus melihat wajah Raqib.

"Ish, apa you ni? I cuma tengok sikit je. Asyik tengok muka you je boring juga hahaha."

"Sayang!" Rengek ikram

"Malas aku layan korang. Baik aku pergi minum." Raqib berjalan menuju ke arah meja untuk memesan minuman.

"Raqib, antara arak Malaysia dengan Scotland mana lagi sedap? Em em?" Ikram menjongket-jongketkan keningnya.

"Ermm sama aje dua-dua. Lagipun Malaysia punya arak kan banyak yang import so sama jelah."

"Ouh eh, eh by the way, kau cuti berapa bulan?"

"Ikutkan sebulan aje tapi aku dicutikan lagi selama 5 bulan."

"Eh apasal pula?"

"Kena gantung but it's okay. Aku pun buat masa sekarang malas nak menghadap mamat muka herot tu."

  Zara yang menelefon Aini yang masih tidak berjawab sejak tadi mula tidak senang duduk.

Ish, mana budak Aini ni? Kenapalah malam-malam macam ni nak muncul masalah ni?

Esh, Zara! Jangan merungut, Zara! Istighfar, istighfar, astaghfirullah.

"Dah dapat call belum?!" Lelaki berbadan besar menjerkah di hadapan pintu rumah.

"Er saya dah cuba call tapi tak dapat. Sabar ye encik?" Zara sudah tidak keruan.

"Cepat sikit! Jangan sampai engkau yang jadi galang ganti nanti," ugut lelaki itu.

'Kenapa awak hutang dengan alon,g Aini!'


Raqib yang baru sahaja ingin meneguk air syaitan terbantut apabila merasakan getaran di dalam poket seluarnya.

Manusia mana pulalah yang call aku malam-malam buta ni?

Niatnya mahu mengabaikan panggilan tu tetapi terbantut apabila melihatkan nama yang tertera.

"Uu my fav girl is calling lah." Raqib tersenyum sinis

"Hel.."

"Awak! Tolong saya!" Raqib terkejut mendengarkan jeritan Zara di sebalik talian.

"Kalau kau nak perempuan ni selamat, kau datang ke rumah dia sekarang."

"Rumah dia? Aku mana tahu rumah dia dekat mana."

"Aik? Takkan rumah girlfriend sendiri pun kau tak tahu?"

"Manalah aku tahu? Kitaorang baru je couple."

"Baik, kau datang ke alamat ni."

                   

 Berhenti MencintaiWhere stories live. Discover now