Bab 26

61 6 21
                                    

WARNING❗UNTUK BAB KALI INI, SIAPA YANG TIDAK KUAT ATAU ADA MASALAH ANXIETY SILA SKIP..

Perlahan-lahan kornea mata bewarna hitam dibuka, haruman yang sangat tidak asing memenuhi nikmat bau pada hidungnya. Zara bangkit dari perbaringan dengan penuh kerutan diwajah. Cuba mengingati apa yang sedang berlaku.

Apabila tersedar, Zara pantas memegang seluruh badannya untuk memastikan adakah peristiwa itu benar-benar terjadi. Perlahan keluhan lega keluar dari bibir kecilnya, ingatnya itu cuma mainan tidur.

Keberadaannya didalam salah sebuah bilik di kediaman milik pakcik Mail, mengukuhkan lagi tekaannya bahawa apa yang berlaku semuanya hanya mimpi semata. Termasuklah peristiwa dimana dia dibuang oleh pakcik Mail dikeranakan ingin menjejaki sang suami di Kuala Lumpur.

Zara melabuhkan kakinya pada lantai kayu untuk turun dari katil bujangnya. Telinga dapat managkap bunyi riuh rendah yang datang dari halaman rumah pakcik Mail. Perlahan kepala dijegulkan ke arah tingkap.

kelihatan satu kumpulan makcik-makcik yang sedang riuh memasak secara besar-besaran di halaman rumah ayahnya.

"apa yang sedang mereka lakukan, ada apa-apa majlis kah?" sedang Zara bermonolog dengan diri sendiri, bicara Salah satu dari mereka memecahkan halwa telinga Zara.

"Tak sangkakan, perempuan solehah macam Rara tu boleh jadi pelacur." sedang galak tangan tua itu menggaul daging di dalam belanga, segalak itu mulutnya berceloteh membuka aib.

Zara menggenggam penumbuk bagi menahan amarah yang sedang menguasai diri, namun dalam masa yang sama kepelikan juga sedang menghantui dirinya. Bagaimana telinganya dapat mendengar bicara mereka dengan sangat jelas sedangkan keberadaannya dan makcik itu semua boleh dikira jauh. Kelihatan mereka juga bercakap secara berbisik.

Kurutan pada wajahnya mula timbul. Sedang Zara leka melayani perasaan, dia tersedar apabila tiada lagi bunyi-bunyi suara yang hebat membuka aib tentang dirinya seolah-olah mereka tiada dosa.

Badan mereka yang dari tadi bergerak membuat kerja sambil membelakangi dirinya, mula keras seperti batu, tanpa diduka, tubuh mereka perlahan-lahan berpusing menghadap ke arah Zara.

Mata Zara terbelalak, tangannya pantas menutupi mulutnya yang sudah terlopong. Lututnya bagaikan tertanggal skru, bila-bila masa sahaja boleh rebah. Inginnya dia menjerit namun suaranya seakan malu untuk keluar, tubuhnya juga bergetar hebat seakan tidak percaya dengan apa yang berada di dalam kornea matanya sekarang.

mu..muka mereka. Muka mereka tiada! mata, hidung dan mulut, dimanakah itu semua? Adakah mereka ini hantu?

Mereka mula melangkah mendekati Zara. Zara mengundur menuju ke arah pintu kayu biliknya lalu mengunci, dia kembali ke arah jendela untuk menutupinya, supaya tiada satu pun di antara mereka yang dapat mendekati dirinya.

Belum sempat jendelanya ditutup, matanya sempat menangkap sosok tinggi lampai berjubah hitam yang sedang membawa kapak yang tingginya lebih kurang dengan ketinggian makhluk itu. Zara yang sudah menangis ketakutan segera menutup tingkap dengan agak kasar.

Zara kembali memanjat katilnya, menyelubungkan diri dengan keadaan yang masih lagi bergetar hebat. Dia mendengar bunyi kapak yang diseret  perlahan menaiki tangga rumah pakcik Mail. Bunyi itu semakin lama semakin kuat, seolah-olah sedang menuju ke arah biliknya.

Zara turun dari katil lalu memasukkan dirinya ke bawah katil, dia meniarap sambil menekup mulutnya dengan kuat bagi tidak mengeluarkan sebarang bunyi. Bunyi serekan pada lantai kayu itu makin lama makin jelas dan kuat, Zara menekup mulutnya dengan mengitu kuat bagai menahan tangisan yang sedang menggila.

Bunyi serekan tadi tiba-tiba menghilang. Belum sempat Zara menarik nafas lega, bunyi itu diganti dengan suara bisikan yang tidak jelas namun nyaring terpekik di corong telinganya.

 Berhenti MencintaiWhere stories live. Discover now