Bab 6

52 14 2
                                    

Kring!!

"Aliyah jom rehat?" Zara memanggil .

"Korang pergi ajelah, aku malas."

"Lah kenapa pulak? takde takde, jom jom." Zatie menarik kasar lengan aliyah.

"Ish kau ni Zatie! aku cakap tak nak tu tak nak lah, suka paksa paksa orang tau." sesampai di kantin aliyah merentap lengannya dari pegangan Zatie.

"Awak ada masalah ke aliyah? Kenapa saya tengok macam murung aje?" Soal Zara, risau.

Pelik melihat tingkah aliyah pada hari ini, kebiasaannya gadis itu merupakan manusia yang paling periang antara mereka bertiga.

"Raqib hiks dia mintak putus dengan aku pagi tadi eee hiks" tiba-tiba Aliyah menangis.

"Lah aku ingatkan korang pasangan couple yang paling bahagia! tak sangka putus juga akhirnya." Zatie ketawa puas

Itulah, bercinta bukan main lagi, padahal baru tingkatan satu.

Bila dah putus, menangis bagaikan kucing mati anak pula.

"Lah kenapa putus?" Zara menyoal.

"Manalah aku tahu! Sebab aku tak tahulah aku sedih, tak guna punya jantan, apa yang tak cukup ha!? Setiap pagi aku bagi dia duit seringgit tau! Itu pun kena tinggal lagi" aliyah menghentak-hentakkan kakinya.

"Kitorang ni dah berbuih mulut bagitahu kau, yang raqib tu bukan lelaki yang baik-baik. Tapi kau tulikan telinga, ha sekarang merasalah kau"

"Eh Zatie! Kau tu sahabat aku tau, sepatutnya kau tenangkan aku, bukannya perli-perli aku macam ni."

"Eh korang sudah lah tu. Tak habis-habis bergaduh, jahatnya lelaki tu! siapa nama dia? Raziq? Rahim?"

"Raqiblah" aliyah dan watie jawab serentak.

"Ha raqib, takpe nanti lepas rehat biar saya jumpa dia. Nanti saya tanya kenapa dia minta putus ok?

  Selepas membeli barang di koperasi. Ketiga-tiga gadis tadi berjalan menuju ke kelas, memandangkan waktu rehat sudah hampir tamat.

"Aliyah, yang pasal duit seringgit tu. Lelaki tu yang minta atau awak sendiri yang nak bagi?" Zara bertanya.

"Aku sendiri yang nak bagi."

Zara hanya meng oh kan sahaja

"Rara tu ha raqib. Pergilah, kau kata nak jumpa dia" Zatie menepuk-nepuk bahu Zara.

"Yang mana satu? ramai lelaki dekat situ." Zara melihat ke arah yang ditunjuk oleh Zatie.

Kelihatan sekumpulan lelaki yang sedang berjalan menuju ke tangga.

mungkin ingin masuk ke kelas masing-masing.

"Itu yang paling depan tu, cepat Zara!" Tidak semena-mena, aliyah menolak tubuh Zara.

Dengan langkah yang yakin Zara mendekati sekumpulan lelaki itu. Meskipun hatinya merasa sedikit gementar, tapi dia abaikan sahaja.

"Raqib!" Zara memanggil, menghalang langkah mereka.

Semenjak lelaki itu masuk, agak kecoh sekolah mereka tentang jejaka itu. Tapi tidak bagi Zara, bagi dia itu bukanlah hal yang penting untuk dia ambil tahu dan ambil kesah.

Zara berjalan berhadapan dengan mereka.

Berhenti betul-betul di hadapan jejaka yang bernama raqib.

Zara mendongakkan pandangan, tanpa sengaja mata mereka bertembung.

Coklat cair.

Ya itu yang Zara dapat lihat. mata bewarna coklat cair yang mampu mencairkan hatinya.

Zara terpaku seketika. Ayat yang disusun tadi, berterbangan hilang begitu saja.

 Berhenti MencintaiWhere stories live. Discover now