🌼 BAB 2

10.2K 349 20
                                    

Usai solat Subuh, Aryssa melipat sejadah dan telekungnya lalu diletakkan di dalam locker khas.

"Ryss, homework Kimia kau dah siap ke?" tanya Faizah yang juga sedang melipat telekung.

"Homework? Ada ke? Ya Allah, aku lupa!" terkejut Aryssa menutup mulutnya yang melopong itu.

"Seriously Ryss?? Patut lah aku tengok kau macam rilek je waktu prep malam tadi."

"Thanks ingatkan aku! Aku tak breakfast dekat dewan makan tau kejap lagi. Aku pergi koperasi and terus masuk kelas siapkan homework tu."

"Wokei Ryss, good luck!"


Tepat 7.00 pagi Aryssa laju melangkah ke arah koperasi sekolah untuk membeli air ribena kegemarannya. Tidak sah sehari tak minum air anggur bergula tinggi itu.

Sampai sahaja di kelas, Aryssa membuka lampu dan kipas memandangkan dia orang pertama yang tiba di kelas hari itu.

Air ribena diletakkan di atas meja lalu duduk menyiapkan homework kimianya.

Setelah beberapa minit, Aryssa baru tersedar yang dia bukan keseorangan di dalam kelas. Dia menoleh ke arah pintu kelas. Terkedu Aryssa melihat Ku Adlee yang sedang membaca buku nota di tempat duduknya.

Eh, sekejap.

Buku nota tu...

'Tu bukan ke buku nota aku?'

Aryssa yakin buku yang dibaca Ku Adlee itu adalah buku nota miliknya yang sudah hilang beberapa hari. Dia pasti kerana dia ada menampal glitter sticker berbentuk hati di penjuru kulit buku tersebut.

Tetapi lidah Aryssa terasa kelu untuk bertanya pada Ku Adlee. Sudahnya dibiarkan sahaja dahulu.

Sejak hari itu, Aryssa dan Ku Adlee sering dilihat datang ke kelas awal dari biasa. Sama ada Ku Adlee sampai dahulu, atau Aryssa. Rutin yang sama setiap hari. Aryssa dengan air ribenanya setiap pagi. Ku Adlee dengan buku nota milik Aryssa, dibawa dan dibaca setiap pagi.


*****


Tangan Aryssa mencapai tudung bawalnya yang berwarna dusty pink lalu disarungkan ke kepalanya. Padan dengan baju kurung cotton miliknya yang berwarna merah bercorak bunga kecil berwarna dusty pink.

Setelah berpuas hati dengan penampilannya, dia turun ke dewan makan bersama Haifa.

"Mana Faizah dengan Ainna?" tanya Aryssa.

"Macam biasa lah, turun lewat. Makan dengan budak dorm diorang lah tu," jawab Haifa.

"Ooo. Lauk apa ek hari ni? Harap-harap nasi ayam," bersinar mata Aryssa mengharapkan menu hari itu adalah nasi ayam. Dapat nasi tomato pun syok juga.

Malangnya...

"Lauk ikan jaket masak kicap lah Ryss..." sedih nada suara Haifa.

"Ya Allah, tak apa lah. Aku bersyukur akan nikmatmu Ya Allah," ucap Aryssa separa redha.

Sedang mereka beratur ingin mengambil nasi dan lauk, Haifa menyiku lengan Aryssa di sebelah.

"Ryss, tu Ku Ad tengah beratur ambil nasi. Haih, handsome betul ek dia tu. Pakai pulak baju melayu hitam. Fuh tersembul wajah kejantanan dia," tidak berkelip mata Haifa mengusyar Ku Adlee dari jauh.

Sempat juga Aryssa memandang ke arah Ku Adlee. Tidak semena-mena mata mereka berdua bertembung.

Terasa seperti direnjat elektrik. Laju Aryssa mengalihkan pandangan ke arah ikan diselimuti jaket di hadapannya itu.

LEE'S: HIS SAVIOUR | C | ✔️Where stories live. Discover now