1st HIS Series
Ku Adlee Raiz x Aara Aryssa
'Hope to see you again' - KAR
Nota yang ditinggalkan menjadi seribu tanda tanya buat Aara Aryssa. Kelakuan dan prihatin lelaki beku itu membuatnya keliru. Adakah mereka berkongsi perasaan yang sama?
10 tahu...
Mengaum kedengaran bunyi superbike milik Eleanor diparkir di luar pagar rumah Aryssa. Manis gadis tinggi lampai itu memakai baju kurung. Disebalik kain kurungnya tersarung juga seluar kulit hitam. Naik motor kan. Karang bonceng motor, mahu terselak kain sampai ke peha. Belum murah lagi hatinya mahu belanja peha putih gebu ke seluruh rakyat Malaysia.
Usai Eleanor memberi salam, Sofiyah menyambutnya di pintu lalu disalam dan dicium tangan Sofiyah.
"Lea ya? First time kan datang rumah ni? Sesat tak?" tegur Sofiyah mesra sambil menjemput Eleanor masuk ke dalam rumah.
"Ha'ah makcik, kalau Ryss tak bertunang, sampai ke sudah dia tak jemput datang rumah ni," balas Eleanor. Tergelak Sofiyah.
"Panggil umi je Lea. Dah pergi masuk. Aara dalam bilik tu baru nak bersiap," jemput Sofiyah lagi.
"Baik umi. Lea masuk dulu."
Tersenyum Sofiyah melihat gaya Eleanor. Cantik wajah campuran Perancis-Malaysia milik Eleanor. Rambut ikal panjang paras pinggang dilepaskan. Nampak ayu sekali.
Begitu cantik Aryssa mengenakan busana kebaya berwarna smoke blue yang ditempah khas oleh Kamilah buat Aryssa.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Semuanya disediakan oleh Kamilah. Aryssa tidak dibenarkan mengeluarkan sesen pun untuk pertunangan ini. Dia hanya menurut sahaja. Jimat juga duitnya.
Bertunang secara mengejut, mana sempat dia mahu mengumpul wang untuk membuat persiapan.
Wajahnya disolek tipis sahaja oleh Eleanor. Haifa juga turut hadir menemani sambil mengusik.
Sumber inspirasi sudah naik level ke bakal suami pula katanya. Mendapat jelingan maut dari Aryssa geram.
"Dah siap ke Aara sayang? Dah boleh ke depan sarung cincin," ujar Sofiyah. Terjengul kepala wanita itu di pintu.
"Umi, takutnya Aara..." laju langkah Aryssa ke arah Sofiyah dan mengenggam tangan uminya itu.
"Jangan risau, umi ada, Lea ada, Haifa pun ada ni boleh teman Aara. Dah jom jom," ajak Sofiyah.
Perlahan Aryssa melabuhkan punggung ke pelamin mini di ruang tamu rumahnya itu.
Tersenyum lebar Kamilah melihat Aryssa duduk sopan di kerusi pelamin lalu mendekati Aryssa dan duduk di sebelahnya.
Selamat cincin emas bertatah berlian disarungkan ke jari halus milik Aryssa. Aryssa menunduk untuk bersalam dengan bakal ibu mertuanya itu lalu dipeluk oleh Kamilah.
"Cantik sangat bakal menantu mama ni," puji Kamilah sambil tangannya memegang kedua belah pipi Aryssa.
"Mama pun cantik hari ni," tersenyum Aryssa membalas.
Majlis pertunangan diadakan secara kecil-kecilan. Hanya keluarga dan rakan terdekat sahaja dijemput. Rombongan dari belah Ku Adlee cukup semua hadir termasuk keluarga Mak Long dan Mak Ngah Ku Adlee kecuali Ku Aira Raifa yang tidak dapat turut serta kerana sudah kembali ke Sydney menyambung semester akhirnya.
Bising juga Raifa kerana buat majlis ketika ketiadaannya di Malaysia.
Terjenguk-jenguk Aryssa dari dapur mencari kelibat seseorang.
"Intai siapa Aara sayang?" sergah Aihan apabila melihat kakaknya seperti tercari-cari seseorang di ruang tamu. Tetamu yang lain sudah beransur pulang.
Sibuk tadi Aryssa bersalam dan berbual mesra bersama Mak Ngah Ku Adlee sebelum mereka pamit untuk pulang. Tinggallah keluarga Aryssa dan keluarga Ku Adlee di ruang tamu.
"Han, terkejut aku. Tak ada cari sesiapa pun. Sibuk je," jeling Aryssa.
"Eleh, cari tunang la tu! Adik-adik kembar dia kata, dia ada dalam kereta. Tunggu majlis habis baru dia masuk." Aryssa mencebik.
"Tak tanya pun!" balas Aryssa. Tergelak kecil Aihan.
'Malu tapi mahu. Haih lah kakakku ni, nak jadi isteri orang dah,' getus hati Aihan. Melirik pada bayang kakaknya yang sudah berlalu ke ruang tamu untuk duduk bersama umi dan Kamilah sekeluarga yang sedang berbual.
"Eh, siapa kau? Tak payah cuci pinggan tu. Nanti aku cuci. Pergi depan pergi depan," halau Aihan.
Tidak sedar pula dengan kehadiran gadis itu di dapur. Kelihatan Eleanor sudah menyinsing lengan baju kurungnya untuk mencuci pinggan makan yang telah digunakan.
"Saya Lea. Kawan kakak awak," jawab Eleanor tidak memandang Aihan. Tangan sudah mengambil span dan sabun untuk mencuci.
"Oh, kau kawan Aara yang bawa superbike tu eh? Sorry tak perasan. Eh, dah dah! Tak payah cuci. Pergi depan!" halau Aihan lagi.
"Tak apa lah awak. Saya boleh cuci. Sikit je ni. Dah makan kena lah cuci," jawab Eleanor selamba.
"Kau tetamu, tak payah cuci. Baju lawa-lawa tak kerlasss lah kena cuci pinggan dekat rumah orang," bidas Aihan.
"Awak jangan degil, biar saya je yang cuci. Awak pergi depan sana!"
"Eh kau, halau aku pulak. Rumah aku ni tau tak? Dah dah pergi depan." Ditarik lengan baju kurung Eleanor supaya mengikutnya ke ruang tamu.
"Eh eh awak, awak..."
"Awak, awak.. panggil Han je," jeling Aihan. Mencebik Eleanor.
"Umi, ada anak dara orang degil nak cuci pinggan dekat dapur. Nah ambil balik kawan siapa ni," ujar Aihan setibanya mereka di ruang tamu.
Memuncung mulut Eleanor dihalau begitu seraya duduk di sebelah Aryssa yang sudah tergelak-gelak di sebelah uminya.
"Alolo shian dia kena halau dengan anak umi. Lea duduk je lah sini, tak payah cuci pinggan dekat dapur tu. Tu tugas hakiki Arif Aihan dari dulu lagi," usik Sofiyah.
Naik segan Eleanor apabila semua yang berada di situ tertawa kerananya.
Mujur kawan Aryssa si Haifa tu dah balik. Kalau tidak, confirm lagi kuat kena bahan. Baru berkenalan tadi pun sudah macam-macam dirinya dibuli dek Haifa.
"Assalamualaikum," kedengaran suara garau Ku Adlee memberi salam di muka pintu.
"Hah, baru nampak muka tunang si Aara ni. Meh masuk, kenapa tercegat dekat situ? Dah makan dah?" bertalu-talu Sofiyah menyoal Ku Adlee.
"Sekejap lagi Lee makan umi, tapi nak Aara teman makan sekali. Rasanya dia tak makan lagi tu kan umi?" pandang Ku Adlee ke arah Aryssa yang sedang duduk di sofa bersebelahan umi.
"Ha'ah, tak ada selera dia kata. Kejap lagi makan sekali dengan Lee tau," gesa umi pada Aryssa.
"Tapi sebelum tu, Lee ada bawa someone. Come ayah..." panggil Ku Adlee ke arah luar rumah.
Perlahan Arian melangkah masuk ke pintu rumah keluarga Aryssa.
Terbangun Sofiyah dari duduknya apabila melihat gerangan yang baru melangkah masuk ke dalam rumah.
"Abang..." bergetar bibir Sofiyah saat menyeru suaminya.
Laju Arian meluru ke arah Sofiyah dan melutut di kaki isterinya. Menangis semahunya di kaki isteri yang sudah ditinggalkan bertahun-tahun.
Terus menunduk Sofiyah ke arah suaminya. Memeluk lelaki itu erat. Teresak-esak di bahu suaminya yang dirindui tiap saat itu.
"Ya Allah abang, kenapa tinggalkan Sofi..." rintih Sofiyah.
"Abang minta ampun Sofi. Ampunkan abang..." rayu Arian teresak-esak.
Terkaku kaki Aryssa dan Aihan di tempat mereka. Berdiri tidak berkutik melihat ibu bapa mereka berpelukan.
Perlahan Ku Adlee datang mendekati Aryssa yang sedang menahan emosi. Kelihatan Aryssa mengenggam jemarinya kuat. Air mata turun laju ke pipinya. Perlahan tangan Aryssa menanggalkan veil di kepala. Tiba-tiba terasa berat kepalanya ketika itu.