Aryssa menghenyak punggungnya ke tilam empuk bilik hotel yang telah ditempah oleh TESB bagi sesi kursus safety di sini.
Mengambil masa 2 jam perjalanan kapal terbang dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu.
Terasa letih tubuh Aryssa mengenangkan sebentar lagi mereka perlu turun ke dewan seminar bagi sesi pengenalan bersama staff TESB di cawangan Sabah.
Pantas jarinya menghubungi suami yang jauh di mata tetapi dekat di hati. Auch!
"Hello baby!" Kedengaran suara garau Ku Adlee menyambut panggilan.
"Hello abang sayang. Aara dah sampai hotel!"
"Alhamdulillah. Aara okay? Penat?"
"Hmm, penat sikit. Kejap lagi kena turun dewan dah. Aara takut tak sempat nak whatsapp abang. Tu Aara call ni. Nanti malam dah free, Aara video call abang dengan twins okay?"
"Okay baby... jangan lupa makan. Malam kalau rasa penat, tak payah call abang. Aara tidur je terus. Boleh?"
"Okay abang. Abang dengan anak-anak pun jangan lupa makan. Apa-apa bagitahu Aara okay?" pesan Aryssa.
"Okay baby, don't worry."
Keluh panjang Aryssa terbaring di tilam merenung siling bilik hotel selepas menamatkan panggilan. Rindunya dekat anak-anak. Dekat bapak anak lagi lah rindu.
Tudung di kepala perlahan dibuka Aryssa lalu dicium bau perfume Ku Adlee yang telah disemburnya pagi tadi.
"Kau dah kenapa Ryss?" tegur Wanaa yang baru sahaja keluar dari bilik air setelah membersihkan diri. Pelik melihat Aryssa mencium-cium tudungnya.
"Rindu laki aku! Huwaaa!" rengek Aryssa berguling-guling di tilam. Sudah lama dia tidak berjauhan dengan Ku Adlee. Sebelum ini, apabila Ku Adlee perlu outstation, akan diangkut Aryssa dan anak-anak sekali menemani.
"Allahu, susah nak kata lah kalau bab rindu laki ni. Tolong hormat orang single," jeling Wanaa.
"Malas nak hormat orang single yang memilih. Fakhri tu dah confess nak dekat kau, kau tak nak pulak. Berbulu je mata aku ni tengok korang," jawab Aryssa.
"Ish, tak nak lah aku. Punya lama kawan tiba-tiba nak kahwin dengan dia? Aneh pulak rasa," balas Wanaa.
Terjuih bibir Aryssa. Malas mahu layan. Diambil tuala lalu menuju ke bilik air untuk membersihkan diri sebelum bersiap untuk turun ke dewan.
Lenggang-lenggok Aryssa dan Wanaa menuju ke dewan seminar untuk mengikuti sesi pengenalan yang akan mengambil masa selama dua jam. Sempat Aryssa dan Wanaa berkenalan dengan staff TESB yang bekerja di tapak projek di Sabah ini.
Kedengaran bunyi mikrofon berdengung sebelum suara lelaki bersuara meminta semua staff untuk duduk di kerusi masing-masing sebelum sesi bermula.
"Assalamualaikum and good afternoon. Diminta untuk semua peserta duduk di tempat masing-masing ya. Okay, kenalkan saya Taqiuddin. Can call me Taqi. Saya akan in charge kursus kita selama 3 hari 2 malam di sini. Apa-apa boleh direct tanya saya berkenaan dengan kursus ini. Soalan tak berkaitan, saya tak akan layan," ujar Taqiuddin sambil matanya meliar memerhati 30 orang staff di hadapannya itu.
Tiba-tiba matanya tertancap pada seorang wanita berwajah putih mulus, berseluar jeans bersama jaket syarikat berwarna biru gelap.
Aryssa?
Selesai sahaja sesi orientasi dan pengenalan, berpusu semua staff ingin keluar dari dewan dan menuju ke bilik hotel masing-masing.
Aryssa yang baru sahaja ingin bangun dari kerusi didatangi Taqiuddin.
ANDA SEDANG MEMBACA
LEE'S: HIS SAVIOUR | C | ✔️ (REVAMP SOON 2026)
Romance1st HIS Series Ku Adlee Raiz x Aara Aryssa 'Hope to see you again' - KAR Nota yang ditinggalkan menjadi seribu tanda tanya buat Aara Aryssa. Kelakuan dan prihatin lelaki beku itu membuatnya keliru. Adakah mereka berkongsi perasaan yang sama? 10 tahu...
