Kelihatan dua beradik sedang menjamu selera di dalam sebuah kafe berdekatan dengan pejabat KR Builders. Kafe kegemaran Ku Adlee dan Aryssa sewaktu sebelum mereka berkahwin.
"Abang Lee okay? Abang nampak lain lately ni," soal Raifa lalu menyedut fresh orangenya di atas meja.
Ku Adlee yang baru sahaja selesai makan, mula menolak pinggan licinnya ke tepi meja. Disedut air kosong di atas meja bagi membasahkan tekak selepas makan.
Lama dia merenung Raifa sebelum memulakan bicara. Terkulat-kulat Raifa melihat abangnya yang sudah berubah riak wajah.
"Dah berapa lama Rai bercinta dengan Naim?" soal Ku Adlee tanpa berselindung. Tersedak Raifa yang baru sahaja ingin menelan airnya tadi.
"Err, ba–baru je lagi abang..."
"Rai betul dah kenal Naim tu macam mana?" soal Ku Adlee lagi.
"Rai dah lama rapat dengan dia. Since dia rajin ke rumah kita dulu. Cuma baru-baru ni je baru kitorang bercinta..."
"Abang malas nak masuk campur hal korang. Satu je lah abang nak pesan, make sure sebelum bercinta, Rai betul-betul kenal dulu orang dia macam mana. Abang tak nak Rai kecewa bila tahu perangai sebenar dia lepas ni," mendatar suara Ku Adlee menasihati.
"Abang kan rapat dengan Naim? Abang mesti kenal dia kan?" Ku Adlee hanya menjongketkan bahunya. Berkerut dahi Raifa. Kenapa abangnya seperti ada menyimpan sesuatu berkenaan Naim?
Diperhati sahaja tangan abangnya yang sudah mencapai telefon bimbit di atas meja. Ku Adlee menghulurkan telefon bimbitnya ke arah Raifa.
"Tengok dulu, baru explain dekat abang," ujar Ku Adlee ringkas.
Lama Raifa melihat skrin telefon Ku Adlee yang jelas menayangkan dua klip rakaman CCTV di rumah agam keluarga mereka. Situasi di mana dirinya berkata kasar pada Aryssa.
Terdiam Raifa tidak berkutik. Tangannya mula sejuk. Tidak berani memanggung kepala menghadap wajah abangnya di hadapan.
"Kenapa Rai buat macam tu dekat isteri abang?" soal Ku Adlee sambil mengambil semula telefon bimbitnya.
"Rai– Rai tak boleh te– terima kak Aara lagi..." perlahan suara Raifa di gegendang telinga Ku Adlee.
"Tak semestinya Rai boleh cakap sesuka hati dekat dia. Kak Aara pun ada perasaan Rai. Cuba Rai letak diri Rai dekat tempat dia. Dihukum atas kesalahan orang lain. Rai rasa Rai boleh terima tak?' lembut tetapi terselit tegas nada suara Ku Adlee.
Diam Raifa tidak menjawab. Sungguh dia berasa gerun dengan Ku Adlee.
"Isteri abang selalu kata dia okay. Siap pesan dekat abang jangan marah Rai. Nanti Rai sedih. Dia fikir lagi perasaan Rai walaupun Rai dah cakap macam-macam dekat dia. Tapi kenapa Rai tak boleh bertimbang rasa dengan dia?"
"Rai takut dia tak boleh bahagiakan abang... Rai takut dia macam Ariq. Rai takut dia khianat kebaikan keluarga kita macam Ariq buat dulu," jawab Raifa. Berkaca matanya menahan sebak. Kuat keluhan Ku Adlee lepaskan.
"Abang bahagia dengan Kak Aara. Dia lah ubat segala sakit abang sebelum ni Rai. Kalau Rai sakitkan dia, abang lagi sakit Rai..." terkelu lidah Raifa mendengar ayat yang keluar dari mulut abangnya.
"Abang tahu, kita semua marah sangat dengan Ariq. Abang depressed, insomnia semua gara-gara kes arwah Ariq. Tapi sampai bila? Takkan selama kita hidup, kita nak biar hati kita berdendam pada orang yang dah tak ada." ujar Ku Adlee perlahan.
"Rai tahu, dia dah dihukum seadilnya. Tapi kenapa hati Rai tetap rasa marah dekat dia abang?" soal Raifa. Kedengaran getar dihujung suaranya.
"Sebab kita manusia biasa Rai. Syaitan always here to ruin us, human. They will haunt you with anger. So, kita sebagai manusia yang ada pegangan agama ni, back to Al Quran. Cuba belajar redha. Clean your heart. Look at the bright side, then you will find peace," jelas Ku Adlee.
ANDA SEDANG MEMBACA
LEE'S: HIS SAVIOUR | C | ✔️ (REVAMP SOON 2026)
Romance1st HIS Series Ku Adlee Raiz x Aara Aryssa 'Hope to see you again' - KAR Nota yang ditinggalkan menjadi seribu tanda tanya buat Aara Aryssa. Kelakuan dan prihatin lelaki beku itu membuatnya keliru. Adakah mereka berkongsi perasaan yang sama? 10 tahu...
