Selesai check in di kaunter resort, Ku Adlee dan Aryssa berpimpin tangan berjalan ke arah villa mewah mereka betul-betul berhadapan dengan pantai.
"Cantiknya! Aara tak pernah datang sini. Thank you Ad bawa Aara jalan sini." Berseri wajah isteri di sebelah gembira.
"Sorry Aara, aku sempat bawa ke sini je. Hujung tahun aku bawa pergi Swiss tau." Ku Adlee mencium tangan lembut Aryssa.
"Sampai sini pun Aara dah happy dah!" Tergelak kecil Ku Adlee melihat telatah Aryssa berlari-lari anak menarik tangannya menuju ke arah pantai.
"Kita jalan sini dulu boleh?" tanya Aryssa dengan mata bersinarnya.
"Boleh baby..." senyum Ku Adlee.
Aryssa betul-betul menikmati angin sepoi-sepoi di pinggir pantai sambil berkaki ayam. Sandalnya di pegang oleh Ku Adlee.
"Aara, ingat tak waktu kita ada aktiviti Sihat Rohani Jasmani–? something like that." Ku Adlee bersuara.
Mereka sudah duduk di atas pasir sambil memeluk lutut masing-masing menghadap ombak laut memukul pesisir pantai.
Berkerut dahi Aryssa cuba mengingat memori 10 tahun lepas.
"Oh, ingat. Kenapa Ad?"
"Waktu tu, aku rasa aku betul-betul dah jatuh cinta dekat sorang perempuan ni. Aku tengok dia waktu tu, hati aku rasa tenang."
Aryssa menoleh pada Ku Adlee. Siapa pulak perempuan tu? Terasa sakit pulak hati membayangkan Ku Adlee menyimpan perasaan terhadap perempuan lain.
"Waktu tu, aku tengah stress sebab kena take over jadi leader program tu. Asalnya Ikhman. Tapi dia ada emergency, kena balik kampung. So, aku kena ganti dia. Tengah-tengah aku stress tu, aku nak pergi surau, aku nampak ada sorang perempuan ni, duduk dekat gazebo tepi surau. Dengan masih bertelekungnya, dia duduk menghadap matahari yang baru nak terbit. Cantik gila dia waktu tu. Muka kena sipi-sipi cahaya matahari tu, sampai sekarang aku teringat-ingat. Stress aku terus hilang. Aku rasa tenang bila nampak dia," terhenti kata-kata Ku Adlee lalu menoleh pada Aryssa yang sedang khusyuk merenung wajahnya.
"Tak sangka, sekarang perempuan tu ada dekat sebelah aku sekarang. I still can't believe that you are mine now," senyum Ku Adlee terserlah lesung pipit kirinya. Lalu dicium dahi Aryssa lama.
Terpana Aryssa seketika.
"So, orang yang siapa nama budak tu? Fiq? Taufiq? Ha, Taufiq. So, orang yang Taufiq maksudkan tu Ad ke? Yang kata Aara cantik tu."
"Yes, that's me. Hahaha" terlepas tawa Ku Adlee mengenangkan perangai kebudak-budakan ketika itu.
"Waktu tu, Ad suka Aara ke?" bersinar-sinar mata Aryssa menatap mata Ku Adlee. Gembira betul rasa dulu dia tidak bertepuk sebelah tangan.
"Suka. I love your character. Cool, independent, pandai jaga diri, sopan tapi kadang-kadang garang. I like it," tersenyum manis Aryssa mendengar komen tentang dirinya dari mulut crush zaman sekolah yang sekarang sudah menjadi suaminya itu.
"Thank you! Aara pulak suka Ad sebab..." puas Aryssa fikir apa sebab dia suka pada Ku Adlee ketika sekolah dahulu.
"Lamanya fikir..." cebik Ku Adlee.
"Sebab Ad encem," tersengih Aryssa malu.
"Aik, sebab tu je? Mana aci!"
"Habis tu, dulu kita mana pernah kenal rapat pun. Yang Aara tahu, Ad sombong, tak banyak cakap, suka perhati orang je," jawab Aryssa.
Tersenyum Ku Adlee. Dicapai tangan lembut Aryssa dan dicium lama.
"But now, I think... my love for you grows deeper everyday," ujar Aryssa lagi.
"I will make you love me harder baby. Trust me," bicara romantis Ku Adlee.
Tersenyum Aryssa melihat Ku Adlee yang sudah lena selepas berbaring sekejap di pehanya tadi. Baru usap kepala sikit dah tidur. Pasti keletihan memandu lebih 4 jam untuk sampai ke negeri ini.
Aryssa memakai telekung untuk solat Maghrib. Kejap lagi lah kejut suaminya untuk mandi dan solat.
Terjaga Ku Adlee dari tidurnya. Terkebil-kebil matanya melihat Aryssa yang baru selesai solat sedang melipat kain telekung dan sejadah.
"Eh, bangun dah? Pergi lah mandi, solat", arah Aryssa dengan lembut.
"Okay," bingkas Ku Adlee bangun dari katil dan mengambil tualanya. Sempat lagi dipeluk cium Aryssa sebelum meloloskan diri ke dalam bilik air.
Aryssa berlalu ke meja solek dan mula menyapu lotion ke seluruh tubuhnya. Rambut tebalnya disikat dan dibiarkan lepas. Diperhati figura di cermin hadapannya yang cantik mengenakan dress robe yang dihadiahkan oleh Kamilah sempena honeymoon mereka ini.
Setelah berpuas hati, kakinya melangkah ke arah sofa di ruang tamu villa dan melabuhkan punggungnya di situ. Leka Aryssa melihat gambar sunset yang ditangkapnya petang tadi sambil membiarkan TV terpasang bagi memecah kesunyian.
Terasa tangan kekar milik Ku Adlee memeluk lehernya lembut lalu dilabuhkan ciuman ke kepalanya. Aryssa mendongak memandang suaminya dan mengajak duduk di sebelah. Ku Adlee melabuhkan punggung rapat bersentuhan dengan Aryssa.
"Punya lah luas sofa ni, nak juga berhimpit dengan kita," jeling Aryssa.
"Nak himpit siapa lagi, bini ada kita himpit lah," selamba Ku Adlee menjawab lantas berbaring di peha Aryssa. Tangan halus Aryssa diambil dan dicium lembut.
"Aara dah habis period ke?" soal Ku Adlee.
Erk! Nak tipu, tapi dia nampak aku solat tadi kan?
"Hmm, kenapa?" Aryssa cuba berlagak tenang.
"Saja tanya sayang. Nampak Aara solat tadi."
"Ooo, okay. Ingatkan–"
"Ingat aku pervert lah tu? Ingat aku asyik fikir ke situ je ke?"
"Ha'ah, Ad kan asyik kena sampuk jin gatal, mana tahu, jin tu ikut sampai sini," perli Aryssa.
"I will not touch you until you ready baby. Don't worry," senyum Ku Adlee sambil mencium lagi tangan mulus Aryssa.
"Ad tak kisah? Sorry, Aara tak ready bukan sebab tak sayang Ad. Aara cuma takut. Semua ni macam terlalu cepat untuk Aara. Kita take time ya Ad," pujuk Aryssa.
Diusap rambut Ku Adlee perlahan.
"Of course, baby," jawab Ku Adlee memejam matanya. Terasa tenang dengan belaian Aryssa.
Sungguh dia berasa mengantuk apabila Aryssa membelainya begitu. Hilang segala penat.
"Ad..." seru Aryssa lembut.
"Ya Aara baby."
"Kenapa Ad berkau aku lagi dengan Aara?"
Terbuka mata Ku Adlee mendengar pertanyaan Aryssa yang tiba-tiba itu.
"Sorry, Aara tak suka ke? Dah terbiasa sayang. Okay okay, kita tukar."
"Ad nak tukar jadi apa?"
"Panggil aku abang."
"Abang? Tapi kita sebaya. Tak nak lah. Geli," bantah Aryssa.
"Aku lahir 9 Januari. Aara lahir 31 Disember. Kita beza nak dekat setahun Aara."
Betul juga tu.
"Hmm, okay," Aryssa bersetuju.
"Aara lapar? Ada nak makan apa-apa tak? Abang orderkan," Ku Adlee bersuara.
Tersengih Aryssa mendengar panggilan Ku Adlee yang sudah berubah.
"Apa sengih-sengih?" soal Ku Adlee. Dikecilkan mata memandang isterinya itu.
'Tak ada apa-apa, rasa kelakar. Hahaha!'' tersembur juga tawa Aryssa. Tak tahu apa yang menggelikan hatinya. Yang pasti, panggilan abang tu betul-betul buat diri dia meremang dan geli.
"Aara!" Digigit tangan Aryssa perlahan. Geram dengan usikan isterinya itu.
ANDA SEDANG MEMBACA
LEE'S: HIS SAVIOUR | C | ✔️ (REVAMP SOON 2026)
Romance1st HIS Series Ku Adlee Raiz x Aara Aryssa 'Hope to see you again' - KAR Nota yang ditinggalkan menjadi seribu tanda tanya buat Aara Aryssa. Kelakuan dan prihatin lelaki beku itu membuatnya keliru. Adakah mereka berkongsi perasaan yang sama? 10 tahu...
