🌼 BAB 5

14.5K 523 19
                                        

Sibuk Aryssa memeriksa dormnya supaya berada di dalam keadaan bersih dan kemas. Rutinnya setiap hari sebagai seorang ketua dorm Tulip ialah memastikan ahli dorm sentiasa menjaga kebersihan, mengikut peraturan dan menepati masa.

"Farah, nanti tolong tegangkan lagi cadar katil Farah tu tau. Tak kemas lagi tu," tegur Aryssa lembut.

"Baik Kak Ryss. Kak Ryss turun sekolah ke harini?" tanya Farah. Bukan ke sepatutnya Kak Ryss masih MC hari ini?

"Ha'ah, rasa sihat dah ni. Baik masuk kelas. Duduk sini pun boring je," jawab Aryssa sambil mengambil beg sandangnya dan mula memakai stokin dan kasut.

"Siapa keluar last jangan lupa kunci pintu eh," pesan Aryssa sebelum melangkah ke tangga asrama.


"Woi Ryss!" jerit Haifa dari tingkat 3 asrama. Terhenti langkah Aryssa lalu mendongak memandang ke arah Haifa.

"Kau dah sihat ke nyah? Kau MC kan hari ni?" jerit Haifa lagi.

"Aku dah sihat! Aku pergi kelas dulu tau," balas Aryssa dari bawah.

"Makan lah dulu Ryss! Karang pengsan kena kendong lagi dengan putera raja!"

Membahang wajah Aryssa. Laju tangannya mengutip selipar tandas di tepi koridor lalu dilempar ke atas tepat ke dahi Haifa. Haa, hambik.

"Tak boleh kuat lagi ke suara tu? Nak bagi semua orang dengar ke? Nak aku ambil mikrofon tak?" pekik Aryssa dari bawah. Hampagas punya Haifa. Bertambah malu bila adik-adik junior yang kebetulan lalu disitu sudah tersenyum-senyum kambing memandangnya.

Laju kaki Aryssa menuruni tangga asrama dan menuju ke koperasi untuk membeli air ribena.


Terhenti langkah Aryssa di muka pintu memandang Ku Adlee yang sudah berada di dalam kelas sedang membaca buku sejarah.

Ku Adlee yang sedang khusyuk terasa kehadiran seseorang di pintu masuk kelas.

"Assalamualaikum," Aryssa memberi salam.

"Waalaikumussalam," jawab Ku Adlee perlahan.

'Aik, sihat dah ke minah ni?' getus hati Ku Adlee.

Perlahan langkah Aryssa menuju ke tempat duduknya. Berfikir-fikir sejenak. Lalu berhenti di tempat Ku Adlee.

"Err Ad, thank you tolong aku semalam. Sorry susahkan," membahang wajah Aryssa duk membayangkan Ku Adlee mendukungnya semalam.

"It's okay, sorry jugak aku tersentuh kau semalam. Darurat." jawab Ku Adlee mendatar.

"Err, tak apa. Thanks again," Aryssa berlalu untuk ke mejanya.

"Bukan patut kau MC hari ni?"

"Dah rasa sihat, aku masuk lah kelas."

"Kan aku dah kata semalam, jangan paksa diri untuk projek Add Math tu," tegur Ku Adlee.

"Tak boleh Ad. Tu libatkan markah kita berempat. Kalau markah aku sorang je, mungkin aku tak push diri macam tu," jawab Aryssa. Disedut lagi air ribena sehingga habis. Baru segar kepala otak untuk mula mengulang kaji sementara sebelum sesi persekolahan bermula.

Ku Adlee yang mendengar balasan Aryssa hanya mampu menggelengkan kepalanya. Degil!


*****


Usai sahaja solat Isyak berjemaah di surau, semua pelajar menuju ke kelas masing-masing bagi sesi prep malam.

Terasa berat hati Aryssa mahu melangkah ke kelas, mengenangkan kelasnya ada kelas tambahan bersama Cikgu Malik bagi subjek Matematik Tambahan.

Malam-malam ni tiada mood nak perah otak beriya-iya. Kalau aku ni pandai cerdik macam si Ku Adlee tu tak apa lah.

Aryssa mengambil tempat dan terus mengeluarkan buku matematik tambahannya. Ulang kaji sikit sebelum Cikgu Malik masuk. Dia tu dah lah suka buat kuiz mengejut.

"Ryss!" jerit Faiz yang sedang duduk bersebelahan Ku Adlee. Aryssa menoleh dan mengangkat keningnya.

"Korang ni memang berjanji ek? Hari-hari memang nak pakai baju sedondon ke macam mana?" pekik Faiz lagi.

Menunduk Aryssa melihat baju kurungnya dan baju melayu Ku Adlee. Warna Ungu. Sudah beribu kali Aryssa perasan akan warna pakaian mereka ketika di dalam kelas prep. Pasti sama sedondon bagai pinang dibelah dua. Lah! Tiber.

Selalu Aryssa perasan, ketika di dewan makan sebelum mereka turun ke surau dan prep malam, Ku Adlee memakai baju melayu warna lain dari baju Aryssa. Tapi bila jumpa waktu prep malam, pasti sedondon. Aneh. Banyak pula baju melayu mamat tu. Bermacam warna.

"Biarlah sama pun. Bukan aku pakai baju kau," balas Aryssa. Malas mahu melayan.

'Si Ku Adlee ni pun senyap je. Jawab lah balik. Hish.'

"Auch, garang," balas Faiz.

Sunyi apabila Cikgu Malik melangkah masuk ke dalam kelas. Marker di tangan laju membuat satu garisan di tengah-tengah papan putih untuk bahagi ruang papan kepada dua bahagian. Laju tangannya membuat satu soalan di sebelah kiri, lagi satu soalan di sebelah kanan papan putih.

"Alright, sebelum kita mula kelas, aku nak pilih dua orang yang bertuah untuk jawab soalan dekat depan ni," bicara Cikgu Malik sambil bersandar di meja guru di hadapan itu.

"Siapa nak volunteer? Kalau tak ada yang volunteer, aku pick siapa yang aku nak."

Sunyi. Ada yang menunduk, ada yang melarikan pandangan dari Cikgu Malik, ada yang pura-pura sibuk menulis.

"Tak ada yang nak volunteer? Okay. Aku pilih..." puas Cikgu Malik mengecilkan matanya ke seluruh kelas.

"Kita ambil pasangan merpati dua sejoli. Sedondon pulak diorang malam ni. Cantik helok. Come Ku Adlee and Aara Aryssa. Try solve these equation."

Bagai tercekik kapur Aryssa di tempatnya. Ah, sudah. Mampus.


Laju Ku Adlee menyelesaikan equation di belah kanan papan putih. Terkulat-kulat Aryssa cuba selesaikan soalannya di sebelah kiri. Tapi hanya mampu tulis separuh sahaja jalan kira.

"Err, Cikgu Malik, saya tak boleh selesaikan. Sorry," Aryssa menunduk ke lantai. Menggigil melihat wajah Cikgu Malik.

"Dah betul dah jalan kira kau tu, lagi sikit je tu. Cuba lagi," arah Cikgu Malik.

Ligat Aryssa memerah otaknya yang sedia kering itu. Aduh, bodoh sangat rasanya sekarang ni.

Tergeleng kepala Aryssa pada Cikgu Malik.

"Saya tak ingat dah next step dia cikgu," perlahan Aryssa berkata.

"Hmm, bercinta boleh? Ingat je Ku Adlee pakai baju warna apa hari ni. Itu pasal la sedondon korang dua kan?" sindir Cikgu Malik.

"Bila pulak saya bercinta Cikgu? Sumpah tak..." Aryssa melawan. Terkebil-kebil Ku Adlee memandang Aryssa yang berani menentang mata Cikgu bermulut puaka itu.

'Berani betul minah ni.'

"Eleh, iya lah tu," cebik Cikgu Malik.

"Ku Adlee boleh jawabkan untuk Aryssa? Kalau kau boleh tolong sambungkan jalan kerja dia, baru dia boleh duduk."

Terhenti langkah Ku Adlee yang baru sahaja ingin ke tempatnya.

"Boleh Cikgu," jawab Ku Adlee. Lalu berpatah balik ke hadapan dan menyambung jalan kira Aryssa sehingga habis.

"Good. Full mark for both equations. And full mark to Ku Adlee Raiz for being a gentleman. Okay boleh duduk," puji Cikgu Malik lalu membersihkan papan putih untuk memulakan kelas.

"Thanks Ad," bisik Aryssa pada Ku Adlee.

"My pleasure."

LEE'S: HIS SAVIOUR | C | ✔️ (REVAMP SOON 2026)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang