🤍 BAB 45 (M)

15.5K 370 1
                                        

Warning: Mature Content


Selesai sahaja Aryssa mandi, langkah kaki diatur menuju ke dapur untuk membuat air teh chamomile buat Ku Adlee. Setiap hari dia akan buatkan air kegemaran suaminya itu sebelum masuk tidur. Selepas Kamilah menceritakan tentang masalah tidur Ku Adlee, baru lah Aryssa faham, kenapa teh chamomile menjadi pilihan Ku Adlee sebelum tidur.

Tok tok!

Tersembul kepala Aryssa di muka pintu bilik kerja. Kelihatan Ku Adlee yang sedang khusyuk menatap skrin Macbooknya mengalih pandangan ke arah Aryssa di muka pintu.

"Baby!" Tersenyum panjang Ku Adlee melihat Aryssa yang sudah menuju ke arahnya dan meletakkan air teh di atas meja.

"Banyak kerja lagi ke abang? Bila nak tidur?" soal Aryssa mencebik. Dilabuhkan punggungnya di atas meja kerja Ku Adlee. Kaki yang tergantung digoyang-goyangkan. Almaklumlah, budak pendek.

"Sorry sayang. Ada kerja sikit nak settle–" terhenti kata-kata Ku Adlee. Baru dia teringat tentang outstationnya di Sarawak. Keluhan berat dilepaskan. Dia menolak kerusi ke arah Aryssa.

Terangkat kening Aryssa melihat wajah muram Ku Adlee yang sedang menongkat dagu di pehanya.

"Kenapa monyok ni?" tanya Aryssa sambil mengelus lembut rambut Ku Adlee.

"Lagi 3 hari abang kena fly ke Sarawak. Ada meeting and site visit," terang Ku Adlee bersama keluhan. Digenggam jemari halus Aryssa. Mata tidak lepas menatap wajah cantik isterinya.

"Oh yeke, lama ke abang?"

"Tiga hari..."

"Oh, nasib baik tak lama! Kalau tak, mesti Aara boring nanti abang tak ada," jawab Aryssa selamba.

"Aara! Lamalah tiga hari tu!" bidas Ku Adlee.

"Aara ingat seminggu ke, sebulan ke– Yang tu baru lah lama," Aryssa menjawab.

"Pada abang tiga hari tu lama. Macam mana abang nak tidur? Aara tak ada dekat sebelah abang nanti..." bertambah muram wajah Ku Adlee. Disembam mukanya ke peha Aryssa mula merajuk.

Alala, manja kali ya suami aku ni. Diusap-usap rambut Ku Adlee memujuk.

"Aara tak sedih ke abang tak ada tiga hari?" Ku Adlee kembali mendongak mencari mata coklat isterinya.

"Sedih sikit. Kalau lama lagi, baru sedih banyak."

Mengecil mata Ku Adlee melihat isterinya yang serupa tiada perasaan. Aku je ke yang tak boleh jauh dengan bini?

"Esok kita balik mansion tau baby. Mama kata nak buat makan-makan sikit sempena Rai balik dari Sydney, habis belajar," ujar Ku Adlee dan mula bangun untuk mengemas mejanya yang bersepah dengan helaian kertas kerja.

"Oh, Rai balik esok? Alamak, Aara nervous nak jumpa dia," berkerut dahi Aryssa memikirkan hal yang masih tidak selesai di antara dia dan Raifa.

"Aik, budak gangster tak kan takut dengan adik ipar sendiri?" sindir Ku Adlee sambil tersengih.

Mengecil mata Aryssa memandang wajah suaminya yang sudah tersengih-sengih kambing itu.

"Abang jangan macam-macam eh..." memuncung mulut Aryssa sambil berpeluk tubuh. Tergelak kecil Ku Adlee melihat isterinya yang mula nak merajuk. Ku Adlee menghampiri Aryssa dan menunduk di hadapan Aryssa. Menahan kedua-dua tangan di atas meja di kiri dan kanan Aryssa lalu merenung dalam anak mata bercahaya itu.

"Nanti abang outstation, Aara duduk dengan mama dekat mansion boleh? Abang tak nak Aara duduk sorang dekat rumah ni," pinta Ku Adlee. Dicium puncak hidung Aryssa lembut.

"Nanti Aara nak pergi kerja, Aara pakai je Range Rover abang dekat rumah mama tu," pesan Ku Adlee lagi. Disembam wajahnya ke leher putih Aryssa. Menggeliat kegelian Aryssa sambil tangan menahan dada Ku Adlee yang mula merapat ke tubuhnya.

"O– okay abang," tersekat-sekat suaranya membalas menahan rasa apabila bibir Ku Adlee mula menjalar ke bahunya yang terdedah.

"I will miss you Aara baby..." bisik Ku Adlee di telinga Aryssa. Digigit lembut telinga Aryssa sebelum bibirnya meragut bibir mungil isterinya itu. Lama.

Mula tangan Ku Adlee merayap ke seluruh tubuh Aryssa lembut, dicium leher Aryssa lagi.

"Abang... emm... Aara period," perlahan Aryssa memberitahu. Sebelum suaminya pergi lebih jauh lagi, baik dia beritahu awal-awal. Karang frust menonggeng mamat ni nanti.

Terhenti ciuman Ku Adlee di leher Aryssa. Lama Ku Adlee merenung ke dalam mata Aryssa.

Tersipu-sipu Aryssa menggigit bibir. Serba salah dibuatnya. Dahi Ku Adlee dijatuhkan ke bahu Aryssa. Berat keluhan dilepaskan.

"Sorry abang..." pujuk Aryssa. Dielus lembut rambut suaminya.

"It's okay sayang, abang baru je nak tuntut bekal sebelum fly nanti. Makin rindu la abang dengan Aara." Betul-betul muram wajah Ku Adlee ketika ini.

"Nanti abang balik, Aara bagi bekal banyak-banyak dekat abang. Okay?" pujuk Aryssa sambil menepuk-nepuk perlahan bahu suaminya. Bukan main kau berjanji manis ye Aryssa. Hahaha.

Tak apa, lambat lagi.

Tergelak kecil Ku Adlee mendengar janji manis Aryssa.

"Eleh, janji bukan main lagi. Nanti bila abang tuntut, pandai lari," jeling Ku Adlee. Dicium bibir Aryssa sekilas sebelum mengambil air teh chamomile di meja dan mula minum sehingga habis.

"Jom tidur sayang. Aara masuk bilik dulu, abang nak hantar cawan ke dapur."

"Yeay, tidur!" jerit kecil Aryssa. Laju dia turun dari meja dan terus masuk ke dalam bilik tidur dan berbaring menanti suaminya.

Tersengih-sengih Ku Adlee melihat isterinya yang sedang terkebil-kebil menunggunya.

T-shirt dan seluar ditanggal dan tinggallah boxer sahaja di tubuh Ku Adlee lalu berbaring di sebelah Aryssa dan menarik wanita itu ke dalam pelukannya.

"Aara memang tunggu abang ke baru nak tidur?"

"Hmm," jawab Aryssa sambil memejam mata. Ditepuk-tepuk dada bidang suaminya. Tindakan Aryssa itu lah yang membuat Ku Adlee senang untuk tidur.

"You know what Aara, I used to be an insomniac," ujar Ku Adlee perlahan. Mendongak Aryssa memandang suaminya.

"Sejak kita kahwin, abang baru sedar sleep pattern abang dah back to normal. Abang senang tidur bila Aara ada dekat sebelah," ujar Ku Adlee lagi. Mata dipejamkan.

Aryssa sedia maklum sejak ibu mertuanya menceritakan hal itu. Tetapi dia tidak pernah bertanya pada Ku Adlee. Biar Ku Adlee menceritakan masalahnya itu sendiri.

"Abang rasa, kenapa abang jadi macam tu?" tanya Aryssa.

"I don't know..."

"Aara rasa sebab banyak sangat benda dalam kepala abang tu. Macam-macam abang kena fikir. Kan?" duga Aryssa.

"Maybe... tapi bila Aara ada dekat sebelah, abang rasa kepala abang ringan," jawab Ku Adlee. Direnung wajah cantik isterinya.

"Kiranya Aara ni macam healer abang lah kan?"

"Of course! Sebab tu abang kata tiga hari outstation tu lama," cebik Ku Adlee.

"Aara rasa tidur abang dah okay lah. Nanti cuba tidur tak ada Aara okay? Kalau tak boleh tidur, video call Aara."

Lembut tangan Aryssa mengusap wajah suaminya.

"Okay!" Dipeluk kuat tubuh Aryssa. Bertalu-talu wajah Aryssa menerima ciuman dari Ku Adlee.

"Abang!" terkekek-kekek Aryssa ketawa kegelian.

"Geram lah abang dengan Aara ni. Suka buat muka comel!" ujar Ku Adlee lalu menyambung menggomol isterinya.

LEE'S: HIS SAVIOUR | C | ✔️ (REVAMP SOON 2026)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang