Menongkat dagu Aryssa di meja menatap laptopnya sambil membaca dokumen tender yang baru sahaja diterimanya pagi itu.
Berat rasa matanya ingin terlelap. Dikerling jam baru sahaja pukul 10 pagi. Air ribena disedut lagi buat hilangkan lesu.
Sebulan ini, kerap Aryssa berasa letih dan mengantuk yang luar biasa. Setiap malam selepas Isyak, pasti dia akan terlena terlebih dahulu sebelum Ku Adlee. Pagi pula terasa berat badannya mahu bangun. Malas terlampau!
Sejak dia terfikir-fikir ingin meletakkan jawatan di TESB, semakin malas dia mahu bekerja. Perangai apa lah ni Aryssa oi!
Kalau dia beritahu pada Ku Adlee tentang niatnya ingin berhenti kerja di TESB, pasti bersorak pom pom suaminya itu. Setiap tahun Ku Adlee akan menawarkannya jawatan di KR Builders, dan setiap kali itulah Aryssa menolak.
Cuma kali ini, terasa kuat nalurinya ingin berhenti. Tambah-tambah dirinya asyik diganggu dengan kehadiran Taqiuddin. Tidak jemu lelaki itu ulang alik dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur. Entah atas urusan apa, dia pun tidak pasti. Hampir setiap minggu lelaki itu mengajaknya makan tengahari bersama.
"Ryss, petang ni minta wakilkan saya ke site visit tender di Setapak boleh? Saya ada meeting lain dekat Putrajaya. Takut tak sempat lari ke Setapak. Tolong cover saya ya," arah Tarmizi sambil berlalu untuk keluar dari pejabat.
Terkebil-kebil Aryssa mendengar arahan yang datang sekilas itu. Berat keluhan dilepaskan. Haih malasnya!
Petang itu, sampai sahaja di parkir lot tapak projek, pantas Aryssa menyarungkan safety vest, safety shoes dan safety helmet lalu berjalan masuk ke dalam tapak pembinaan tersebut.
"Aryssa! Wait!" Terhenti langkah Aryssa dan segera menoleh kebelakang melihat gerangan yang memanggil.
"Damn..." keluh Aryssa.
"Sorry lambat sampai. Last minute Encik Mizi minta saya teman Aryssa ke site visit ni," ujar Taqiuddin.
"Tak payah teman pun tak apa. Saya dah biasa sorang. Kalau busy, awak balik lah," balas Aryssa sambil mula berjalan.
"Tak mungkin saya balik. Saya nak teman Aryssa. Bukan selalu dapat peluang macam ni," ujar Taqiuddin sambil mengenyit sebelah matanya.
"Behave Taqi. I'm someone's wife," jeling Aryssa. Terlepas tawa Taqiuddin melihat wajah merah Aryssa.
*****
Khusyuk Ku Adlee berpeluk tubuh di kerusi di dalam bilik mesyuarat, mendengar pembentangan dari pekerjanya. Terasa getaran di poket seluarnya menandakan ada panggilan masuk.
"Sorry, take five please," ujar Ku Adlee dan terus berlalu keluar dari bilik mesyuarat untuk menyambut panggilan.
"Yes baby?"
"Abang, kereta Aara rosak lagi. Tak boleh start..." rengek Aryssa di hujung talian.
"Alamak, Aara dekat mana ni?"
"Aara dekat Setapak. Ada site visit. Abang, dekat sini hujan. Boleh ke Aara tumpang Taqi ni naik kereta dia balik office? Tapi Aara duduk belakang. Aara tak duduk sebelah dia."
Lama Ku Adlee diam tidak bersuara.
"Abang? Kalau tak boleh, Aara tak naik. Aara tunggu abang dekat sini," berdebar hati Aryssa dengan diam suaminya.
"Ada tempat teduh tak dekat situ?" soal Ku Adlee.
"Err tak ada. Aara duduk dalam kereta je ni."
"Aara percaya Taqi tak akan buat benda bukan-bukan dekat Aara?" tanya Ku Adlee lagi.
ANDA SEDANG MEMBACA
LEE'S: HIS SAVIOUR | C | ✔️ (REVAMP SOON 2026)
Romance1st HIS Series Ku Adlee Raiz x Aara Aryssa 'Hope to see you again' - KAR Nota yang ditinggalkan menjadi seribu tanda tanya buat Aara Aryssa. Kelakuan dan prihatin lelaki beku itu membuatnya keliru. Adakah mereka berkongsi perasaan yang sama? 10 tahu...
