"Tuan!" Sapa Ilman pada Ku Adlee yang muncul di parkir lot untuk bertemu dengannya.
"Thanks chad. Kau rehat lah. Aku bagi cuti," ujar Ku Adlee sambil menepuk bahu Ilman perlahan dan terus berlari anak ke lif untuk naik ke unit kondonya.
Tersentuh juga hati Ilman. Tidak tahu sudah berapa terima kasih dia terima dari Ku Adlee dan Aryssa. Selama dia bekerja separuh masa sebagai bodyguard di bawah syarikat pak ciknya, jarang sekali dia bertemu dengan Client yang berbudi bahasa. Selalunya yang dia jumpa pasti angkuh. Layannya seperti orang bawahan yang terpaling bawah kaki mereka.
Dia mula selesa bekerja dengan Ku Adlee dan Aryssa. Berharap juga contractnya disambung lama lagi oleh Ku Adlee.
"Mama..." tegur Ku Adlee pada Kamilah yang sedang sibuk memasak di dapur rumahnya.
"Lee pergilah tengok Aara. Dari tadi dia merengek cari Lee," ujar Kamilah. Jelas raut wajah Kamilah risau akan Aryssa.
Pantas Ku Adlee melangkah ke bilik tidur mereka. Disorong bagasinya dan diletakkan di dalam bilik wardrobe.
Perlahan Ku Adlee melabuhkan punggung di ruang kosong sebelah Aryssa. Tegang wajahnya apabila melihat plaster yang ditampal di sebelah kiri dahi isterinya. Lembut jejari kasar Ku Adlee mengelus rambut isterinya dan dicium dahi Aryssa dengan penuh perasaan.
"Abang..." rengek Aryssa perlahan. Setiap kali dia menyeru suaminya, setiap kali itulah air matanya laju menuruni pipi.
"Baby, abang dah balik. Abang ada dekat sini," bisik Ku Adlee memujuk.
Terbuka mata Aryssa mencari suara itu. Suara yang dirindui. Lama direnung mata hitam suaminya.
"Abang..." laju Aryssa memaut leher Ku Adlee dan dipeluk erat. Menangis Aryssa semahunya di leher Ku Adlee.
"Sshh sshh... It's okay. Cry baby... Cry..." pujuk Ku Adlee lembut. Dipeluk erat isterinya sambil mengelus rambut lebat Aryssa.
Apabila Aryssa sudah tenang, dilepaskan pelukan di leher suaminya dan memegang kedua-dua pipi Ku Adlee.
"I miss you..." Aryssa mencebik.
"I miss you too baby," jawab Ku Adlee sambil mengelap air mata Aryssa.
"I love you abang," bertakung lagi air mata Aryssa apabila menuturkan ayat kalimat itu.
Terpempan Ku Adlee.
Pertama kali wanita ini meluahkan perasaan terhadapnya. Mimpi ke ni? Bini aku ke ni?
Direnung mata berkaca Aryssa sedalam-dalamnya, ingin mencari kebenaran.
"I love you more baby. More than you ever know," balas Ku Adlee dan memeluk Aryssa kembali. Dielus-elus belakang tubuh isterinya yang masih hangat dek demam itu.
"Assalamualaikum love bird, mama nak masuk ni," Kamilah mengintai di balik pintu sebelum melangkahkan kaki ke dalam bilik tersebut.
Aryssa melepaskan pelukannya pada Ku Adlee apabila Kamilah mendekati mereka.
"Aara okay dah sayang? Mama buat bubur ni untuk Aara. Makan dulu, lepastu makan ubat. Perut kosong tu dah muntah banyak tadi," pesan Kamilah.
"Meh mama, Lee suapkan Aara. Thank you so much mama. Sorry susahkan mama," ujar Ku Adlee.
"Tak susah langsung Lee. Aara anak mama jugak, tanggungjawab mama jaga Aara kalau Lee tak ada," balas Kamilah tersenyum.
"Aara minta maaf susahkan abang dengan mama," mencebik Aryssa ingin menangis.
ANDA SEDANG MEMBACA
LEE'S: HIS SAVIOUR | C | ✔️ (REVAMP SOON 2026)
Romance1st HIS Series Ku Adlee Raiz x Aara Aryssa 'Hope to see you again' - KAR Nota yang ditinggalkan menjadi seribu tanda tanya buat Aara Aryssa. Kelakuan dan prihatin lelaki beku itu membuatnya keliru. Adakah mereka berkongsi perasaan yang sama? 10 tahu...
