Baekhyun hanya memandang nasi dan telur dadarnya. Habis dah kalau masin , basi, dia nak makan apa ?
Nak suap student 7 ketul ni lagi.
Dia pula jenis tak reti masak.
Aih serabut kepala dia fikir. Dia menyerabutkan rambutnya.
Jun yang sedang memikirkan nasib hidupnya tiba -tiba mendapat idea.
"Okay , korang. Apa kata aku belanja korang wagyu nak?" Ajak Jun. Dia mengeluarkan telefon pintarnya dari poket.
"Weh , wagyu yang daging termahal kat dunia tu?" Soal Soonyoung sambil matanya terkelip - kelip tidak percaya.
Mereka yang lain turut kaget.
Jun menganggukkan kepalanya. "Kenapa ? Kau tak nak ke , kalau tak aku cancel kita makan lontong kuah je." Ujarnya cuba menyeluk poketnya untuk mengambil iphonenya.
Soonyoung tersengih. "Eh , kitaorang nak je. Cuma terkejut, kaget AHAH." Dia menahan lengan Jun dari menyeluk poket.
Jun menatap Soonyoung. "Emm , boleh lepaskan lengan aku tak ? Aku nak call orang ni." Pintanya.
Soonyoung pantas sahaja melepaskan tangannya.
Jun kemudian membuat panggilan lalu melekapkan telefonnya ke telinga. " Assalamualaikum, Sunghoon. Boleh awak order 9 wagyu? Dekat h restaurant lah tapinya. Ha , 45 minutes from now." Ujarnya sebelum menekan butang merah.
"WEH KO MEMANG LIFESAVER AKU SIA." Soonyoung dan Jisoo memeluk jejaka cina itu.
Jun yang kaget dengan pelukan dari Jisoo dan Soonyoung tersenyum.
Bestnya ada kawan camni..
"Hyung , kau tepuk muka aku." Pinta Seungkwan cuba ingin memastikan perkara yang baru sahaja berlaku tadi ialah realiti.
Seungcheol pantas melempang pipi Seungkwan.
"HYUNG , BAPAK SAKIT !" Marah Seungkwan. Dia menggosok pipinya yang sudah mula merah itu.
Sedang mereka bergembira , Mingyu memakan ayam gorengnya sambil curi memerhati group lagi satu.
"Kau dah kenapa curi pandang ?" Soal Jeonghan. Dia mengemaskan tempat makannya sebelum mengambil tisu. Dilap mulutnya bersih lalu dibuang.
"Takdelah , cuma pandang je." Mingyu mencebik. Ish , kita pun nak wagyu , hm.
Seokmin yang turut mengemaskan tempat makannya seraya menoleh ke arah Jeonghan.
"Hyung , kau pernah makan wagyu?" Soalnya. Dia rasa dia dapat mengagak jawapan Jeonghan memandangkan dari pakaian Jeonghan dia sudah tahu yang jejaka itu kaya.
"Ha ? Selalu jugaklah. Dalam once a month. Nanti mak aku marah we. Sama dengan Jisoo. Nanti kena piat telinga dia HAHA." Jeonghan tergelak mengenangkan nasib Jisoo yang pernah kena piat telinga sebab kantoi makan wagyu.
Ingat murah ke ?
Seokmin ternganga. No wonderlah...
"Weh , tak nak belanja aku wagyu ke ?" Mingyu mengedipkan matanya. Membuat muka simpati agar Jeonghan simpati dengannya.
"Banyak cantik engkau ? Nak bayar tu dah berapa ribu.. bukan kau kaya jugak ke ?" Jeonghan mencekak pinggang melihat kerenah Mingyu yang mula mencebik.
Ingat comel lah tu , tapi memang comel pun. haha.
"Mak aku tak kasi. Katanya mahal hm. Last pun minggu lepas." Balas Mingyu. Jeonghan yang melihatnya mahu aja membantai dia tapi demi maruahnya , dia membatalkan niat itu.
YOU ARE READING
𝗕𝗶𝘁𝘁𝗲𝗿𝘀𝘄𝗲𝗲𝘁
Humorseventeen - persahabatan yang terjalin oleh 13 sahabat yang masih berada di alam persekolahan. Melalui perkhemahan inilah , mereka mula mengerti erti persahabatan yang sebenar. "Janji pada aku walaupun kita sudah berpisah di hari terakhir kem ini...