Soonyoung menolak Seungkwan ke sebelah. Eh eh dia pun nak bercakap jugak. Asyik mamat tu je.
"Demi nak menghentikan orang sebelah ni merepek meraban , saya cuma nak cakap yang cinta tu boleh buat orang tu sangat menyayangi partner dia sampai satu tahap dia sanggup lakukan apa saja demi partner dia , sampai kadang - kadang diri sendiri pun terabai."
"Korang pun secara tak langsung nafikan kenyataan yang partner korang tu ada sifat , sikap , personaliti dan karakter yang orang lain anggap kekurangan. Contoh , korang anggap jealous tapi sebenarnya obses." Ujar Soonyoung sebelum dia berkalih ke tepi. Dihalakan tangan ke arah Seokmin dan Mingyu yang mengorak langkah menuju ke pentas.
"Kami juga sertakan sebuah melodrama pendek. Dipersilakan."
Seokmin membetulkan suaranya sebentar sebelum dia bingkas membuat posisinya iaitu posisi mencekik leher Mingyu. Mingyu di sebelah menundukkan badannya supaya tingginya disamakan dengan tinggi Seokmin.
"Kau... Asal kau jumpa laki tu!?" Iris mata Seokmin memandang tajam pada Mingyu.
"Awak... Saya tak jumpa lah dengan laki tu! Awak kata awak cintakan saya!" Ujar Mingyu dengan suara perempuan serta mimik mukanya yang seakan tidak percaya menyebabkan Minghao tersembur air liurnya.
Bayangkan lelaki tinggi galah tu tiba - tiba memegang watak sebagai perempuan.
Tak ke lawak.
"Tch- nah ini hukumannya kerana kau tidak patuh dengan arahan aku!" Seokmin menyeluk poket lantas menggores badan Mingyu dengan pisau mainan.
"Arghhh awak!!" Teriak Mingyu lantas memejam matanya menghayati watak.
Seungkwan yang sudah tergelak itu lantas menuju ke pentas. "Sekian itu sahaja daripada kami, terima kasih!" Ujarnya menunduk lantas menarik tubuh Seokmin.
Wonwoo menyeringai sambil merakam detik itu dengan telefon pintarnya. " Mingyu , hehehe habislah kau , gambar kau ada je dekat tangan aku. Dengan video kau ajuk suara perempuan lagi hehe." Dia tersenyum puas tatkala Mingyu memberikan jelingan tajam sambil membuat mimik mulut yang mengatakan 'kalau-kau-post-aku-bagitahu-girlfriend-kau-kau-curang;'
Wonwoo menjelir lidah. Tahu Mingyu tak akan berbuat begitu , lagipun dia tidak berniat langsung untuk menyebarkan gambar tersebut. Nasib kawan.
.
"Ehem , ewah . Tak sangka kumpulan penyapu sertakan sekali melodrama pendek yang semestinya buat emcee mengakak sampai dah nak jatuh terlongkang. Tanpa buang masa , dijemput kumpulan Dora dengan tajuknya kenapa orang tak minat kepada sejarah dan matematik?!" Ujar Woozi selaku emcee.
Jeonghan sebagai ketua kumpulan Dora seraya meletakkan rambut di belakang telinganya. Walaupun dia menjawat jawatan sebagai ketua MPP yang kebiasannya selalu membentangkan idea - idea , namun dia masih ada perasaan gemuruh dalam diri.
Iyelah , mereka baru kenal dalam masa sehari.
"Hi korang ! korang nak tahu tak kenapa students mostly tak suka sejarah dan matematik?" Jeonghan memulakan pembuka bicara dengan nada ceria. Dia sehabis baik tidak ingin menyepak punggung Seungkwan tatkala dia melihat jejaka itu ketawa mengekek dari jauh.
"TAK NAK TAHU!!!!!" Mereka sahut beramai - ramai.
"Haa.. ni disebabkan yang pertama ! tolong catat , kalau tak catat aku rotan sorang - sorang satgi. Yang pertama , sejarah ! Dia ada banyak fakta. Orang kita ni kan jenis pemalas nak baca buku sejarah. Dia kata banyak sangat perkataan. Tapi bila suruh buat math , tak dapat pulak. Tak faham aku. Yang kedua , kbat sejarah memerlukan students untuk berfikir. Contoh macam Apakah cara yang perlu rakyat lakukan bagi menentang pihak komunis. HA , 8 markah. Hambik kau , 20 minit fikir isi dan huraian." Terang Minghao tanpa mempedulikan sahutan tadi.
Sir Baekhyun hanya mengangguk mengiyakan. Sudah terang lagikan fakta itu benar.
"Selepas tu , subjek yang mostly students tak suka pulak , jeng jeng jeng ialah matematik!!!!! Ha.... math ni sebenarnya senang je tau KALAU KORANG FAHAM BASIC. Math ni guys kena banyak buat latihan , kalau boleh setiap hari 30 minit pun jadilah. Ni tak , tengok je soalan math dalam bentuk ayat mulalah malas nak baca. Itu belum masuk subjek addmath. Menderita korang nanti." Terang Jisoo pula.
"Ish takutlah pulak aku nak amik addmath tahun depan." Bisik Seokmin pada Seungcheol.
"Tak payah takut sebab aku tahu kau takkan amik." Balas Seungcheol selamba.
Seokmin kemudian memberikan flying kick kepada Seungcheol tanpa rasa bersalah.
"WOI , HAMBOI HAMBOI MAIN FLYING KICK KAT SINI KAU EH." Sir Baekhyun mencekak pinggang menoleh ke arah para penonton.
"Ish ish ish tak sangka si dokyeom ikut ajaran aku." Soonyoung terasa bangga kerana dulu , dia pernah memberikan flying kick pada Seungcheol disebabkan lelaki itu memberi balasan sarkastik padanya.
"Dan dijemput power of history kita , Jeng Jeng Jeng our Jeonghan!" Teriak Jisoo kuat. Almaklumlah , tak ada mic sebab dah kena rembat dengan si Minghao.
"Guys , dah dengar kan tadi dorang cakap pasal apa? Okay , sekarang aku nak share tips sejarah! Yang pertama , please sangat - sangat jangan tidur dalam kelas. Ini SANGAT PENTING. Kalau kau dah tido , macam mana kau nak faham? Yang kedua , kebanyakan mesti korang stuck dekat kbat. Actually, kbat senang je. Kau tinggal hafal pes ! P tu politik , e tu ekonomi dan s tu sosial."
"Belajar sejarah ni bukan hafal tau , sebaliknya kita fahamkan. Ala , macam korang tengok , baca novel kan. Kan korang syok sampai terlupa nak berak lah itulah. Ha applykan jugak dalam sejarah ni. Kau cuba kaitkan fakta ni dengan fakta tu semungkin yang boleh. Aku ada pakai 2 teknik yang popular untuk sejarah. Namanya Feynman technique ! Some of you might already know it , some of you maybe tak tau. Sebenarnya teknik ni , dia cerita kat orang lain. As if orang tu memang tak tahu langsung pasal sejarah. You got it , guys ? Okay , chan turn kau pulak." Jeonghan menyerahkan baton padanya.
Chan gugup. Tangannya mula menggeletar. "Hai korang , sebenarnya aku tak ada tips pun untuk math. Korang sebenarnya kena start fall in love dulu. Try kuatkan basic lower form. As if chan lah jugak sebab chan form 2 kan. Kalau boleh setiap hari lah , buat latihan. Tak 30 minit , 15 minit pun jadilah. Hehe. Tu je." Chan tersengih malu.
"Thus , this is the end of our presentation of group Dora. Thank you everyone!" Jisoo dan lain membongkokkan tubuh sedikit tanda hormat.
SHSHHSHSHSHS YOUNGJAE HENSEM
-choi youngjae of tws-
YOU ARE READING
𝗕𝗶𝘁𝘁𝗲𝗿𝘀𝘄𝗲𝗲𝘁
Humorseventeen - persahabatan yang terjalin oleh 13 sahabat yang masih berada di alam persekolahan. Melalui perkhemahan inilah , mereka mula mengenal erti persahabatan yang sebenar. "Janji pada aku walaupun kita sudah berpisah di hari terakhir kem ini...