"okay semua , kami bagi masa 2 jam untuk kau rehat. Jangan lupa solat zohor , sape tak solat aku bagi dia jadi makanan buaya." Arah Sir Myungsoo.
Dia dan sir yang lain lantas meninggalkan mereka. Heh , takde kuasa mereka nak hadap dorang. Buat sakit kepala adalah.
Jisoo menghulurkan satu plastik berisi karipap kentang kepada Seokmin. "Nah untuk kau."
Seokmin terus memeluk bahu Jisoo. "Maceh hyung huhehueue."
"Untuk kitaorang takde?" Soal Chan. Dia memuncungkan mulutnya.
"Eleh , mestilah tak ada." Ujar Jisoo sebelum memberikan plastik lain kepada mereka.
"Hyung , lepas ni kita buat apa ?" Soal Hansol kepada Jeonghan.
Jeonghan kemudian membuka gumpalan kertas dari poketnya sebelum membaca. "Okay ,pukul 2.30 nanti , kita akan ada presentation. Tak tahulah presentation fasal apa."
"THE HECK? PRESENTATION?" Buntang mata mereka mendengar kata - kata Jeonghan.
Seriouslah pergi camp pun kena presentation?
Minghao sudah mengurut dahi , Seungcheol sudah pasrah , manakala yang lain sudah ternganga.
Tolong katakan ini mimpi plis.
"Dari mana kau dapat ni , Jeonghan?" Soal Jisoo.
"Dari poket cikgu Myungsoo. Tercicir." Jeonghan mengenyit mata.
Sempat lagi budak ni ambik.
"Sekejap , presentation? Ya Allah , sudah aku nak solat. Ingatkan masuk camp , boleh lupa fasal pelajaran." Ujar Chan sambil mengajak Seungkwan.
"Papai!" Seungkwan melambai.
.
Chan yang sedang mengangkat doa terkejut dengan kehadiran Seokmin di belakang.
"Astaghfirullah bang , terkejut aku." Chan mengurut dadanya yang sudah berdegup kencang.
"Aku dah ada sejak rakaat pertama tau. Macam mana kau boleh tak perasan?" Soal Seokmin seakan tertanya.
Seungkwan menjeling ke arah mereka berdua sambil jari telunjuk diletakkan pada bibir. Senyap , orang nak berdoa!
Mereka tersengih.
"Jisoo Hyung dengan Jeonghan Hyung mana?" Tanya Seungkwan apabila usai membaca doa.
"Shhhh. Tengah doa ni kan!" Tegur Seokmin sambil matanya dibesarkan.
Seungkwan menggulingkan matanya.
Usai Seokmin dan Chan habis berdoa , Seungkwan lantas menjawab. "Aku tak tahu dorang."
"Jap , aku pergi check." Ujar Jun yang terdengar perbualan mereka.
"Hyung , kau dah solat belum!" Teriak jun dari pintu surau.
Jeonghan dan Joshua yang sedang sedap melepak itu membalas. "Lima minit lagi , aku nak settlekan game ni jap."
"Aku piyed ah." Jisoo memuncungkan mulut.
"HOTAK KAU PIYED , AKU CEPUK KAU JAP LAGI." Seungkwan yang sudah hilang sabar mahu sahaja cepuk mereka dengan senduk.
Nasib tak ada senduk.
Jeonghan dan Joshua menghiraukan leteran Seungkwan. Mereka fokus bermain permainan dalam talian.
"Weh aku ada benda nak buat jap." Seungkwan ketawa mengekek sambil berpaling ke arah chan , Seokmin dan Jun.
YOU ARE READING
𝗕𝗶𝘁𝘁𝗲𝗿𝘀𝘄𝗲𝗲𝘁
Humorseventeen - persahabatan yang terjalin oleh 13 sahabat yang masih berada di alam persekolahan. Melalui perkhemahan inilah , mereka mula mengerti erti persahabatan yang sebenar. "Janji pada aku walaupun kita sudah berpisah di hari terakhir kem ini...