BAB 3 🤍🤍

75 3 0
                                    

Bab 3

HARI ini Amirul dan Amirah pergi ke Putrajaya, sesuai dengan permintaan mereka yang mengatakan bahawa Zayden nak jumpa.

Tapi Amirul tahu, yang mereka menipu, maka Amirul sendiri menghubungi Zayden supaya dia ingin mendapatkan kepastian yang sebenarnya.

Tiba sahaja di hadapan kawasan perumahan, Amirul menghentikan pemanduannya, dan menunggu 'mereka' itu datang.

Setelah 10 minit ada dua buah kereta datang dari hadapan juga belakang, Amirul dapat menggagak sesuatu.

Kemudian muncul lah Aathif bersama rakannya itu, turun dari kereta

"Uncle, tuan Zayden akan tiba dalam lima minit lagi jadi kita tunggu sini ya?" kata Aathif bersama senyuman manis manakala rakannya itu memandang Amirah yang sedang bermain telefon

Amirul perasan akan tindakan rakan Aathif tersebut, tetapi dia buat tak tahu sahaja

Amirul pun hanya mengikut, lima minit tiada yang tiba, tetapi ada satu mesej dari Zayden

' I'm here, just get out from there, and go to this place '

Itu yang di mesej oleh Zayden kepada Amirul

Amirul hanya mengikut mesej dari Zayden tadi dan tidak endahkan mereka semua, Amirah sedikit terkejut tetapi dia hanya diam, manakala dua buah kereta lagi juga turut terkejut melihat Amirul mula pergi.

Melihatnya Aathif mula keluar dari kereta tetapi Amirul tidak endahkan, dan bermulalah pecutan dari Amirul Hazeer

"Cis!! Dia dah tahu plan kita" kata rakan Aathif

"Tapi macam mana dia tahu?" tanya Aathif

"Mesti dia tanya Zayden ni, alamak, tak kena pula, tak apa kau tunggu" keras dari rakan Aathif







"KENAPA papa datang sini?" tanya Amirah hairan. Kemudian ada sebuah kereta di hadapan mereka dan apabila seseorang itu keluar Amirah agak terkejut

Dengan itu Amirul juga turun dari keretanya

"Uncle" Zayden menyalam Amirul, Amirah juga turun dari kereta

"Amirah..." panggil Zayden

"Kenapa awak dekat sini? Bukan dia orang tu kata dekat tempat tadi ka?" tanya Amirah

"Dia orang tu bukan orang saya, nasib baik papa awak tanya saya dulu, kalau tak saya rasa awak dan papa awak tak selamat, dia orang plan nak bunuh awak dan papa awak tahu?" Amirah terkejut selepas mendengar lepasan kata dari Zayden

"Nasib baik lagi, macam mana dia orang boleh tahu rumah oh, lupa... Daddy" Zayden menepuk dahinya

"Ni mesti daddy punya pasal" kata Zayden perlahan

"D...daddy awak n... nak suruh dia orang tu bunuh saya dan papa saya?" kata Amirah seakan tidak percaya, perasaan takut mula membara, tubuh Amirah mula bergetar, tetapi adanya Amirul, tubuh Amirah dipeluk kuat oleh Amirul

"Selagi papa masih ada, tiada sesiapa pun yang akan berani sentuh kita, ok?" kata Amirul tenang... Walaupun dia tahu yang nyawa dan juga keselamatan mereka berdua sekarang sudah lagi tidak selamat

"T...tapi kenapa?" tanya Amirah kepada Zayden

"Saya tak tahu... Tapi... Saya yakin semua ni mesti daddy yang rancang... Daddy tak suka kalau saya jumpa dan suka dekat musuh dia, jadi saya mula merancang untuk putuskan hubungan dengan awak tapi tak sangka even dah putus dia orang masih nak buru awak dan papa awak, jadi saya tiada pilihan lain selain terus berhubung dengan papa awak..." jelas Zayden

Zayden's © [ OG ]Where stories live. Discover now