Bab 10
"KAU tak rasa soalan Zayden tadi meragukan ka?" soal Asif kepada Amir
"Ragu? Maksud kau?" Amir tidak faham
"Kenapa dia tanya pasal pembunuh bawah umur? Dalam banyak banyak soalan, kenapa 'bunuh'?" Asif masih menyoal
"Mana lah aku tahu, kau tanya lah dia sendiri"
"Hm"
Amir mengangkat kaki dan beredar dari bilik kerja Asif itu
Asif pula masih berfikir tentang soalan yang Zayden tanyakan kepada Amirul.
"Kenapa dia tanya soalan tu?"
"KALAU dia dah baligh, dosa dalam tanggungannya dan dia perlu laksanakan solat sunat taubat nasuha" apa yang dikata Amirul masih terngiang ngiang di dalam kepala Zayden
"Solat sunat taubat nasuha?"
"Abang?" Zuhayra datang ke arah abangnya
"Huh? Kenapa"
"Tak ada apa. Abang buat apa ni?" Zuhayra datang duduk di atas katil Zayden
"Tak ada apa pun"
Zuhayra menjenguk sedikit telefon bimbit Zayden
"Cara solat sunat taubat nasuha?" Zuhayra membaca carian Zayden di google.
Zayden cepat cepat menutup telefon bimbitnya itu dan membuat muka seperti tidak ada apa-apa
"Ouh... Faham" Zuhayra tidak tanya banyak, dia mengangkat kaki dan beredar dari bilik tidur Zayden
Zayden menarik nafas lega sebaik Zuhayra keluar.
Nasib tak kantoi.
"CARA nak solat sunat taubat nasuha?" Zayden tidak tahu mahu minta tolong siapa lagi selain Amir.
"Urm... Boleh tak abang? Abang ajarkan" Amir memandang Zayden atas sehingga bawah
"Boleh ja... Tapi, kenapa kau nak aku ajar?"
"Sebab..."
"Sebab Zayden tahu abang boleh dipercayai. Jadi abang 'tahu' la kan?" Zayden menaikkan kedua jarinya tanda hanya Amir yang tahu
"Oh... Hmm"
"Jom, aku ajar kau" Amir menarik tangan Zayden dan mengajarnya 'Cara Solat Sunat Taubat Nasuha'
WAJAH Amirah ditenung Amirul sangat lama. Lambat lambat, dia tersenyum melihat wajah tersebut. Wajah yang lembut dan mempunyai seribu kisah di sebaliknya
"Abang?" Mirza datang duduk di sebelah Amirul
"Sayang" Amirul membalas dengan senyuman
"Abang okay tak ni? Kenapa macam tengah fikir sesuatu?" soal Mirza prihatin
"Tak ada apa lah, cuma bila tengok muka Amirah, abang tiba-tiba teringat kan ibu" Amirul kembali memandang Amirah yang sedang mencuci pinggan di dapur
"Abang..." Mirza sangat lemah bila Amirul sebut tentang 'ibu'
"Ya, ya, abang tahu. Tapi, abang rindu sangat dengan ibu" Amirul menarik tangan Mirza dan menggenggamnya
Mirza menggenggam tangan Amirul kembali.
"Dah berapa lama abang tak ziarah ibu?" soal Mirza.
Amirul berfikir. Dia sudah lama tidak menziarahi ibunya
YOU ARE READING
Zayden's © [ OG ]
Fanfiction[ KARYA KETIGA ] [ SEKUEL AMIRUL HAZEER : REVENGE MISSION ] DATELINE START : 22/7/2024 END :