BAB 12 🤍🤍

42 2 0
                                    

Bab 12

"JAGA ibu selagi dia masih ada..." kata-kata Amirul terngiang di dalam kepala Amir.

Dia menoleh ke kiri. Melihat wajah Amirul yang sedang nyenyak tidur. Baru sahaja dia menghubungi Mirza dan memberitahu hal ini. Atas permintaan Amirul sendiri.

Amir menjelaskannya dengan bahasa yang mampu untuk Mirza terima dan tidak perlu risau tentang keadaan Amirul.

Mendengar suara Mirza dari hujung talian tadi. Amir teringat dengan kata-kata Amirul.

Dia rasa sebak pula mendengar suara Mirza tadi.

Suara seorang ibu.

Amir kembali menoleh melihat Amirul.

Dia tersenyum sendiri melihat wajah itu.

Suci.

Tenang.

Innocent.

Dia tahu papanya seorang yang bagaimana.

"Papa... In Syaa Allah, nanti kita satu keluarga boleh sama-sama jumpa nenek dekat sana. Cuma Allah nak bagi kita hidup lagi sebab Allah nak dengar suara kita beribadat kepada-Nya" kata Amir sambil mengusap kepala Amirul perlahan lahan.

Amirul pernah berbuat begini kepadanya dahulu dan kini biar dia pula yang melakukannya kepada Amirul.

"Amir sayang papa, dunia dan akhirat"





"ANAK ibu..." suara lembut itu memanggilnya

"Anak ibu..."

"Amirul..." suara itu.

Amirul menoleh ke belakang melihat dari manakan suara itu datang.

"Ibu..." Amirul berlari ke arah insan tersebut dan memeluknya erat

"Ibu... Amirul rindu ibu..." Amirul mengeratkan lagi pelukannya. Sungguh dia rindu

"Anak ibu sihat?" kepala Amirul diusap lembut

"Amirul sihat bu..."

"Anak ibu macam mana sekarang? Hidup anak ibu dah baik ka?" suara itu lembut bertanya

"Ibu... Amirul dah ada isteri. Anak dan cucu. Nama anak perempuan Amirul, Amirah. Nama ibu. Macam yang Amirul pernah beritahu ibu dahulu. Amirul nak namakan anak perempuan Amirul dengan nama ibu" Amirul teruja menceritakan hal tersebut kepada ibunya

"Amirul..."

"Ya bu?"

"Sakit tak?" Amirah menyentuh perut Amirul itu

"Sakit... Tapi demi ahli keluarga. Amirul tak kisah pun semua tu" balas Amirul bersama senyuman

"Anak ibu ni kuat orangnya" Amirah mengusap kepala Amirul lembut

"Ibu sayang kamu..."













"PAPA! PAPA! BANGUN PAPA!" Amir menggoncangkan tubuh Amirul yang menangis ketika tidur

Kini jam menunjukkan pukul tiga pagi.

Amirul membuka matanya dan dia melihat Amir di hadapannya kini.

"Papa? Papa okay?" Amir mengusap kepala Amirul dengan lembut

Amirul menarik nafas dalam dalam dan menghembusnya. Dia rasa mimpi tadi seperti realiti

"Papa?" Amir memandang tepat pada mata Amirul

Ayahnya itu menangis

"Papa... Shh" Amir memeluk Amirul dan mengusap belakangnya

Zayden's © [ OG ]Where stories live. Discover now