BAB 11 🤍🤍

85 3 0
                                    

Bab 11

"AHHHH" suara Amirul kedengaran dari atas. Hairi berlari ke arah dan melihat Amirul terbaring di hadapan pintu dan tubuh Amirul dipenuh darah pada perutnya

Hairi berlari ke arah Amirul dan menyelak sedikit baju Amirul.

Luka yang dijahit terbuka. Darah mengalir keluar dari perut Amirul. Patutlah dia asyik sakit dari tadi.

"Abang. Bangun abang" Hairi membantu Amirul untuk bangun.

Amirul mengerang kesakitan dan menggenggam bahu Hairi kuat.

Hairi juga menahan rasa sakit kerana Amirul menggenggamnya dengan sangat kuat.

Hairi membantu Amirul untuk bangun dan membawa Amirul masuk ke dalam biliknya.

Mujurlah Mirza tidak ada di rumah. Dia ada program di sekolah hari ini.

Yang lain ada yang keluar berjalan dan sebagainya. Hanya tinggal Hairi dan pembantu rumah sahaja.

Alicia dan Amar mengikut Asif dan Lucia keluar berjalan bersama sama.


Hairi membaringkan Amirul di atas tilam. Amirul masih menahan kesakitan itu.

Hairi menggosok kepala Amirul dan menahan darah dari keluar lagi. Dia tidak tahu ingin lakukan apa.

"Abang tahan sekejap ya. Hairi nak call ambulans" Hairi ingin turun ke bawah mengambil telefonnya tetapi tiba-tiba tangan kiri Hairi dipegang Amirul

Amirul menggeleng tanda jangan. Dia tidak mahu masuk hospital lagi. Dia tidak mahu orang lain risaukannya

"Tapi abang..." Hairi tidak tahan melihat wajah Amirul yang menahan kesakitan. Dia perlu bertindak dengan cepat.

Amirul menggeleng lagi. Dia bersungguh sungguh tidak mahu.

"Abang... Kita pergi nah? Tak boleh macam ni. Nanti lagi teruk" Hairi memujuk Amirul. Amirul hanya diam membisu. Dia tidak mahu tetapi Hairi tetap memujuknya berkali Kali.

Akhirnya Amirul menggangguk. Hairi berlari mengambil telefon bimbitnya untuk menghubungi ambulans.








"ASSALAMUALAIKUM papa! Mirah dah balik" Amirah berlari masuk ke dalam rumah untuk mencari papanya.

Amir menyimpan kunci kereta di tempatnya.

"Abang! Papa tak dak?"

"Memang lah. Papa kan keluar. Kan papa dah cakap tadi?" Amir mengingatkan Amirah tentang hal itu. Tetapi hati Amir rasa tidak sedap hati kerana dia tahu.

Amirul tidak ada apa-apa pun sebenarnya.

Kalau jumpa Aiden. Dia tiada di Shah Alam. Kalau nak jumpa Nicko. Dia di itali. Kalau Haziq pula. Dia di Sabah. Fikri pula di sekolah sama dengan Mirza. Hazim pula offshore. Stephane pula ada di rumahnya di Perancis.

Jadi Amirul jumpa siapa?

Zayden?

Amir tahu yang Zayden tidak akan berjumpa dengan Amirul kerana Zayden ada urusan kerja di Indonesia.

Zayden's © [ OG ]Where stories live. Discover now