BAB 17 🤍🤍

53 2 0
                                    

Bab 17

"ANAK papa sihat?" Amirul datang menziarahi anaknya.

"Alhamdulillah pa... Sorry pa. Amirah buat papa risau" Amirah rasa bersalah

"Tak apa Amirah. Yang penting. Anak papa sihat" Amirah menarik tangan Amirul lalu menciumnya

Lama.

Sangat lama.

"Amirah..." Amirul ingin menghalang Amirah tetapi anaknya itu sangat kuat menahannya.

"Amirah minta maaf pa... Maaf sangat sangat" kekura tangan Amirul terasa basah.

Amirul menolak dengan perlahan bahu Amirah.

Air mata Amirah membasahi pipinya. Banyak.

"Amirah..." Mirza datang duduk di sebelah anaknya itu manakala Amirul mengusap perlahan belakang tubuh anaknya

"Amirah... Meh sini" Mirza menarik tubuh anaknya itu lalu memeluknya dengan erat. Amirul hanya menjadi pemerhati.

"Shh... Anak ibu ni mana boleh menangis. Papa tak marah pun kan? Abang Asif pun tak marah kan? Kenapa ni? Abang Asif marah ka?" Asif yang berada di pintu hanya melihat Amirah dengan tenang.

Kali ini dia tak marah. Dia sudah bersikap sebagai seorang abang yang baik dah. Jangan fitnah dia!

Amirah memandang Asif dengan wajah yang sedikit manja. Asif hanya tersenyum.

"T...tak pun" jawab Amirah. Memaksa dirinya untuk senyum.

"Alah. Abang tak marah dah haih. Abang tahu adik abang ni manja sikit" Asif perlahankan sedikit suaranya pada perkataan yang hujung

Amirah memuncungkan bibirnya. Dia mengecilkan tubuhnya pada Mirza. Anak mak juga ni! Manja semua!

"Dah tu Mirah. Kamu dah besar kan? 17 tahun dah kan?" Amirul membulatkan sedikit matanya lalu menggeletek Amirah

Amirah ketawa gembira. Nampak seperti orang tidak sakit kan? Biasalah tu...

"Kiranya... Waktu kamu jawab sejarah kelmarin. Boleh ke tidak?" soal Amirul. Dia belum tanya hal itu.

"Hm. Mirah tak tahu la pa... Amirah cuba tak nak tinggal soalan. Amirah jawab ja cuma Amirah takut kalau Amirah tak dapat apa yang Amirah target"

"Kamu target berapa?"

"Mirah target C ja pa... Sebab trial haritu f...fail" perlahan sahaja suara Amirah.

"Tak apa... Yang penting. Kamu dah berusaha ya?" Amirul tidak kisah kalau anaknya itu tidak dapat apa yang di capai. Janji dia sudah berusaha sehabis baik untuk itu.

"Amirah nak sambung mengaji mana nanti?" Mirza menyoal

"Urm... Amirah ingat nak ambil STAM ibu... Boleh pergi mesir. Hehehe" Amirah tersengih. Amirul dan Mirza saling berpandangan.

"Nak belajar mesir ka?" soal Amirul

"Nak! Amirah teringin nak belajar luar negara. Boleh la pa..." Amirah membuat memek muka. Harap ayahnya itu termakan umpannya

Zayden's © [ OG ]Where stories live. Discover now