Bab 8
"PAPA!!" laju sahaja Amirah membuka langkah berlari ke arah Amirul
Amirul gembira melihat wajah Amirah di hadapannya
Oh! Dia sangat rindukan anak gadisnya ini
"Papa... Papa okay? Papa kena teruk ka?" Hairi dimarahi Amirah dek kerana telah menipunya tentang keadaan Amirul. Amirul ditikam! Amirah rasa terkilan apabila Hairi menipunya.
Amirah menangis ketika memeluk tubuh Amirul. Amirul juga memeluk erat tubuh anak gadisnya itu.
"Papa..." Amirah rasa ingin tercabut jantungnya melihat keadaan Amirul sekarang
"Papa okay sayang. Jangan risau" dengan perlahan jari Amirul naik menyeka air mata Amirah yang jatuh membasahi pipinya yang gebu dan kemerahan itu
"Macam mana Amirah tak risau kalau pakcik kata papa kena tikam" Amirah menangis teresak esak. Amirul mengusap belakang Amirah dengan lembut.
"Shh... I'm here right now, don't cry okay? My little girl" Amirul mengusap pula kepala Amirah lalu mengucup dahinya
"Papa..." Amirah memeluk Amirul lagi. Kali ini agak lama berbanding tadi. Dia sangat sangat risaukan keadaan papanya.
"Amirah nak teman papa boleh?" minta Amirah bersama wajahnya yang comel
"Boleh sayang. Duduk dengan papa lah. Papa rasa tenang bila kamu ada depan mata" Amirul perlahan lahan meleraikan tangan Amirah yang erat memeluknya tadi
Hairi yang duduk agak jauh dari mereka hanya mampu mengukir senyuman melihat betapa rapatnya Amirah dengan Amirul meskipun Amirah 'hidup' dengan Amirul baru 11 tahun. Bukan 17 tahun. Mirza lagi lama hidup dengan Amirah tetapi Amirah lebih memilih Amirul.
Amirah rasa gembira apabila dapat melihat papanya hari ini. Dia rasa dia tidak perlu risau tentang papanya. Tapi dia juga risau tentang ahli keluarganya yang lain. Dia risaukan juga ibunya yang telah melahirkannya tanpa suami di sisi pada ketika itu. Adik kembar lelakinya yang banyak akal itu juga dia rindu. Dia rindu ingin membebel.
Biasalah kakak.
"Papa... Macam mana dengan ibu?" soal Amirah tentang itu
"Pakcik Hairi kamu tengah uruskan. Kita tunggu ja sampai semuanya selesai" kata Amirul. Kalau dia tidak ditikam sudah lama dia pergi mencari. Tapi kalau keadaannya begini pun boleh sahaja untuk dia pergi tetapi tidak akan berlaku hal tersebut apabila di luar wadnya itu dikawal oleh ahli polis yang diminta untuk menjaga keselamatan Amirul sehingga dia keluar dari hospital itu.
"Hmm" Amirah tidak tahu mahu membalas apa.
Amirul menarik tubuh Amirah supaya dekat dengannya. Dia memegang bahu Amirah. Erat. Tidak mahu berenggang dengan anaknya
"ABAH, Fateh lapar" tangan kiri Fateh memegang tangan Asif manakala tangan kanannya memegang perut yang sudah tiga hari tidak mengisi sebarang makanan
"Woy!" jerit Amir, memanggil si pengawal yang mengawal bilik kurungan itu.
"Apa?" dia datang ke arah sel tersebut
"Kau kalau nak culik orang. Lain kali berperikemanusiaan sikit boleh? Kau tak nampak ka budak budak ni kelaparan. Ka kau memang nak kami semua mati kebulur?" suara Amir sedikit lantang. Dia sangat geram dengan penculiknya yang satu ini
Rasa nak tumbuk aje muka tu.
Meluat!
"Nak makan?" jelas sekali lelaki itu menyindir
![](https://img.wattpad.com/cover/354287903-288-k319551.jpg)
YOU ARE READING
Zayden's © [ OG ]
Fanfic[ KARYA KETIGA ] [ SEKUEL AMIRUL HAZEER : REVENGE MISSION ] DATELINE START : 22/7/2024 END :