Bab 5
AMIR memegang dadanya.
Sakit betul.
Amir bangun untuk ke tandas. Seketika itu dia rebah dan terjatuh di hadapan bilik air.
"ADUH" Amir membuka matanya dan terlihat Alicia sedang memerah kain yang diletak atas kepala Amir
"Abang!" Alicia menghentikan kerjanya apabila Amir bangun
"Abang okay?" Alicia membantu Amir untuk bangun
"Sakitnya Ya Allah" Amir memegang kepala dan dadanya serentak.
Matanya melirik ke arah ruang biliknya itu. Dia masih di rumah Amirul.
"Papa mana?" soal Amir. Mencari Amirul
"Papa ada ja. Papa tak tahu pun yang abang pengsan. Alicia tak beritahu. Alicia cuma kata yang abang tidur sebab penat ja. Tak nak lah bagi papa risau. Kesian dekat papa. Papa kan sakit?" Amir menggangguk faham. Dia mengurut dadanya perlahan. Sakit.
Amir tidak tahu kenapa dia boleh terjatuh. Rasa sakit di kepalanya seperti ada ribuan jarum yang menusuk dari dalam, membuatkan setiap pergerakan terasa menyeksakan.
Amir bangun dari katil walaupun sudah diberi amaran dari Alicia supaya jangan bangun kerana tubuhnya yang masih lemah dek pengsan pada pagi tadi masih belum gah untuk berjalan.
Alicia hanya membiarkan suaminya itu. Kalau dilarang pun tiada guna. Amir seorang yang keras kepala jadi larangan yang diberi tidak ada kesan apa pun baginya.
Jam menunjukkan pukul 9 pagi, Amir menarik nafas dalam, dan menapak ke arah pintu bilik. Dia dapat mendengar suara Asif dan anak-anaknya di ruang tamu, tawa mereka sesekali bergema, mengusik rasa ingin tahu dalam dirinya. Dengan hati-hati, dia memulas tombol pintu, bersedia untuk melangkah keluar dan melihat apa yang mereka sedang lakukan
Alicia yang berada di atas katil langsung tidak dia endahkan. Dia hanya ingin tahu apa yang ahli keluarganya yang lain sedang lakukan. Mesti perkara yang seronok.
Dengan perlahan Amir berjalan turun ke bawah. Besi tangga dipegang erat apabila Amir rasa ingin jatuh tersembam sekali lagi. Kepalanya masih rasa cucukan jarum yang banyak itu. Dia pun hairan kenapa dirinya boleh menjadi begini
"Ha Amir! Bangun dah" kata Amirul sambil menyusun pinggan di atas meja makan. Dia kini menyediakan sarapan walaupun sedikit lambat oleh kerana barang dapur yang dia sendiri tidak perasan sudah habis
"Papa..." Amir perlahan lahan turun dibantu dengan besi tangga.
"Daddy!!!!!" Amar berlari ke arah Amir kerana dia rindukan ayahnya itu.
Alah. Rindu manja. Biasalah budak.
Amir hanya mampu tersenyum. Dia cuba mendukung Amar meskipun kepalanya masih pening
"Abang!" Alicia melulu ke arah Amir yang mendukung Amar sambil berjalan bergantung dengan besi tangga
"Abang! Abang pening lagi kan? Jangan angkat Amar. Nanti jatuh dua dua tak pasal dua dua masuk hospital" laju Alicia mengambil Amar dari dakapan Amir
Alicia membantu Amir turun ke bawah. Mirza yang perasan akan tindakan Alicia terhadap Amir itu bertanya
"Kenapa ni?" Amirul juga turut melihat ke arah Amir dan Alicia
"Tak ada apa ibu. Pening sikit ja" jawab Amir.
Sebaik tiba di ruang tamu. Amir duduk di atas sofa, memegang kepalanya yang berdenyut
"Kau okay tak ni?" soal Asif yang sedang mendukung Fateh yang mendukung Arrian
"Pening sikit" Amir mengurut kepalanya.
YOU ARE READING
Zayden's © [ OG ]
Fanfic[ KARYA KETIGA ] [ SEKUEL AMIRUL HAZEER : REVENGE MISSION ] DATELINE START : 22/7/2024 END :