BAB 7 🤍🤍

52 1 0
                                    

Bab 7

"MACAM mana?" soal Hairi kepada Zayden yang datang kepadanya

Muka Zayden penuh lebam akibat dibelasah. Dia tidak mampu melawan seramai 50 orang kerana dia hanya seorang

Zayden menggelengkan kepalanya tanda tidak. Hairi mengeluh, tetapi dia tidak boleh marahkan Zayden. Zayden pun tidak lah sekuat yang dijangka kalau dah satu lawan lima puluh

"Tak apa. Kau duduk sini jaga Amirah, biar aku uruskan" Zayden menggangguk faham.

"Eh... Amirah?" Zayden masih belum tahu tentang Amirah yang diselamatkan oleh Hairi.

"Ya. Aku selamatkan dia sebelum dia jatuh di tangan dia orang" jelas Hairi dengan penuh berkarisma

"T...terima kasih?" Zayden takut takut ingin mengucapkan perkataan itu. Dia tiba-tiba jadi bingung seketika

"Sama-sama" jawab Hairi

"Zayden kan?" Farah datang dari belakang

"Y...ya"

"Masuk lah. Amirah ada di dalam" Zayden memandang Hairi. Hairi menggangguk tanda lampu hijau. Zayden melangkah masuk ke dalam rumah itu sebaik sandalnya dibuka. Hairi juga kembali masuk sambil menunggu seseorang yang dia hubungi untuk membantunya.

Dari jauh lagi Zayden dapat melihat Amirah yang sedang mengulang kaji dek kerana SPM akan berlangsung beberapa minggu sahaja lagi. Hairi menyuruh Amirah mengulang kaji

"Amirah! Ada tetamu" kata Hairi dari jauh

Amirah menoleh melihat Hairi bersama seorang lelaki yang pernah menjadi pasangan cintanya sebelum diketahui Amir dan Amirul

"Z...Zayden?" jelas wajah Amirah nampak kebingungan melihat Zayden di hadapan matanya.

"M...Mirah" Amirah memandang Hairi dengan riak wajah yang pelik.

"Amir yang kenalkan Zayden dekat pakcik" seperti tahu apa di dalam fikiran Amirah, Hairi menjelaskan apa yang sedang berlaku

"Ooo" Amirah menggangguk faham

Zayden datang duduk bersila di hadapan Amirah yang sedang mengulang kaji pelajaran sains

"Kalau tak faham boleh tanya saya. I'm your tutor right?" Amirah teringat ketika kali pertama Zayden menjadi cikgu tuisyen di sekolahnya beberapa bulan yang lepas.

Ramai orang kata dia kacak. Terutama sekali rakan sekelasnya. Jadi memang dia tidak tipu yang Zayden memang kacak. Dengan gaya rambutnya yang disisir rapi ke belakang, berkilat di bawah cahaya, menampakkan setiap helai yang tersusun sempurna. Gaya slick back itu memberi aura elegan dan yakin terhadap pemakai. Jadi tidak hairan lah kalau ramai gadis tergilakan si Zayden ini.

Termasuk Amirah sendiri.

Hairi hanya melihat dua orang itu berborak dan sambil itu ada juga soalan yang Amirah tanya kepada Zayden kalau dah alang-alang dia di sini.

Jam di tangan ditenung seketika. Susuk yang ditunggu masih belum muncul di hadapan rumah ataupun perlukah dia yang pergi kepadanya?

Rasanya dia perlu

"Hm mommy, Hairi nak pergi dulu la. Lambat pula tunggu si Dani ni" Farah tahu Hairi risaukan Dani sebenarnya. Mana tak nya. Dani itu adik perempuannya. Mesti lah dia risau. Ke mana sekarang pun dia tak tahu. Dia perlukan Dani sekarang kerana Dani ialah seorang penggodam handal di negara ini

Jadi dia perlukan adiknya itu untuk menggunakan kepakaran seorang otak komputer yang mampu menggodam segala apa yang diperlukan.

Termasuklah keberadaan telefon bimbit ahli keluarganya itu.













Zayden's © [ OG ]Where stories live. Discover now