Bab 9
SEMINGGU berlalu, Amirul sudah sembuh dan dibenarkan untuk keluar dari hospital.
Lukanya masih berjahit tetapi sudah tidak ada masalah yang lain jadi doktor membenarkan Amirul untuk pulang. Lagi pun, cucunya di rumah sudah rindu dengan makanan yang dimasak oleh atuk mereka.
"Papa okay?" soal Amir ketika mereka dalam perjalanan pulang.
Amir mengambil Amirul untuk pulang ke rumah dari hospital
"Hm? Papa okay ja" jawab Amirul tenang
"Papa nak singgah mana mana?" tanya Amir lagi
"Tak kut" jawab Amirul
Amir menggangguk faham. Dia tidak mahu tanya lagi.
"Urm..." Amirul seperti ingin bertanyakan sesuatu.
Amir menunggu Amirul mengeluarkan kata.
Tiba-tiba Amirul tersenyum dengan sendiri, Amir mengerutkan dahinya. Dia rasa seram pula bila Amirul ketawa begitu walaupun ketawa Amirul hanya perlahan sahaja.
"K...kenapa papa?" tanya Amir, dia takut kalau Amirul terkena apa-apa ka sampai ketawa.
"Hm? Tak ada apa pun, papa cuma teringat waktu kali pertama papa tengok kamu. Papa rasa lucu sebab papa tak kenal anak papa sendiri" Amir cuba menghadam apa yang Amirul ceritakan
"Y...yang mana?" Amir kurang ingat, kalau waktu dia bayi mesti dia tak ingat
"Alah... Yang waktu kamu kata 'Amir pun anak papa. Papa lupa Amir eh...' sambil mulut muncung. Rasanya kamu tujuh tahun waktu tu" Amir masih berfikir . Cuba untuk mengingatnya semula
"Oh!! Yang dekat hospital tu ka?" Amir baru ingat. Amirul menggangguk tanda ya. Amir tersengih apabila melihat wajah Amirul yang memandangnya dengan penuh kasih sayang itu
"Hm. Amir"
"Ya papa?"
"Papa tam ingat apa yang berlaku sepanjang tujuh tahun kamu dibesarkan. Kamu ada ingat sikit sikit? Boleh tak cerita dekat papa. Papa nak tahu" suara Amirul jelas kedengaran sangat mahu tahu tentang perkara tersebut.
"Hm Amir tak berapa ingat la pa. Papa kena tanya ibu. Tapi yang Amir ingat, kita pernah pergi zoo. Amir nak pegang ular lepastu ibu paksa papa juga untuk pegang ular. Penjaga ular tu letak ular dekat keliling tengkuk papa. Papa takut sampai papa tak bergerak langsung" Amirul kusyuk mendengar Amir bercerita. Sesekali dia ketawa mendengarnya
"Ya ka? Papa memang takut ular sebenarnya. Penakut." Amirul ketawa sebaik dia menuturkan perkataan terakhir
"Lepas ibu paksa papa, papa paksa ibu pula. Papa kata mana aci kalah ibu paksa papa ja" kali ini dua dua ketawa bersama
Amirul yang paling seronok sekali mendengarnya. Rasa puas hati kut
"Macam mana agaknya papa kenal dengan ibu ya? Ada la ibu cerita tapi papa tak ingat" Amirul menggaru kepalanya sendiri
"Entahlah pa. Kalau papa tanya Amir, mana lah Amir tahu" Amirul ketawa kecil. Memang lah. Macam mana nak dapat Amir kalau Mirza tak ada.
"Nanti papa tanya ibu" ujar Amirul
"ATUK!!!!" sebaik kaki Amirul melangkah masuk ke dalam rumah. Amar dan Fateh berlari ke arah Amirul lalu memeluknya
"Amboi! Rindu betul dia orang dekat atuk dia" kata Amir lalu memberikan barang Amirul kepada pembantu rumah.
"Atuk! Atuk dah sihat?" tanya Fateh. Tangannya masih memeluk pinggang Amirul
"Alhamdulillah sayang" Amirul mengusap kepala Amar dan Fateh
![](https://img.wattpad.com/cover/354287903-288-k319551.jpg)
YOU ARE READING
Zayden's © [ OG ]
Fanfic[ KARYA KETIGA ] [ SEKUEL AMIRUL HAZEER : REVENGE MISSION ] DATELINE START : 22/7/2024 END :