Jam di dinding dikerling Aryssa. Phew, nasib sempat sampai rumah sebelum Ku Adlee. Sempat juga dia menyinggah ke pasaraya membeli barang dapur selepas mengambil kereta di rumah keluarganya.
Selesai Aryssa mandi, terus langkahnya menuju ke dapur untuk masak makan malam buat Ku Adlee dan ibu mertuanya.
Mujur juga Kamilah menelefonnya terlebih dahulu memberitahu untuk datang menyinggah ke rumah mereka. Kalau diserbu, mahu makan biskut je ibu mertuanya itu.
Cukup dua hidangan selesai dimasak, Kamilah pun sampai. Laju wanita tua itu memeluk erat menantu kesayangan.
"Aara sayang, rindunya mama dekat Aara." Diusap lembut rambut lebat Aryssa yang dibiarkan lepas itu.
"Aara pun rindu mama. Sorry mama, weekend exam haritu, tak sempat Aara nak singgah jumpa mama dekat office," Aryssa mencium tangan Kamilah hormat.
"Tak apa, lagi berapa paper tinggal?"
"Satu paper je lagi ma," senyum Aryssa dan menarik tangan ibu mertuanya ke dapur.
"Sempat Aara masak? Tak penat ke balik kerja terus masak?" soal Kamilah terlopong melihat dua lauk di atas meja makan bersama puding truffle untuk dijadikan pemanis mulut.
"Tak penat pun mama. Lagipun Adlee suka makan dekat rumah. Mama duduk tau. Aara tinggal nak goreng sayur je ni," ujar Aryssa lalu menghulurkan air kosong segelas buat Kamilah. Sambil Aryssa menggoreng sayurnya, rancak mereka berbual dan bercerita hal masing-masing.
"Aara, mama nak tanya sikit."
"Iya mama. Tanya apa tu?" Aryssa mula duduk di kerusi bersebelahan Kamilah setelah selesai memasak.
"Dah dua minggu Aara kahwin dengan Lee, tidur Lee okay tak?" soal Kamilah.
"Tidur Lee? Maksud mama?'"berkerut dahi Aryssa.
"Maksud mama, dia tidur tak? Atau... dia selalu tidur lewat tak?"
"Emm, so far Adlee tidur okay je mama. Banyak tidur lagi adalah," jawab Aryssa diselangi ketawa kecil. Suaminya itu, pantang diusap kepala, terus hanyut.
Berapa kali dah mereka plan mahu menonton Netflix bersama, sudahnya Aryssa seorang yang tinggal. Ku Adlee awal-awal sudah lena tidur dengan kepala beralaskan pehanya.
"Lee banyak tidur?!" terbuntang biji mata Kamilah mendengarnya.
"Err, kenapa mama?" hairan Aryssa dibuatnya.
"Lee tu ada insomnia teruk. Kalau dekat mansion, mama selalu perasan Lee akan duduk dalam bilik kerja dia sampai dia terlelap sendiri dekat meja. Itu pun waktu dah nak subuh baru dia terlelap," terang Kamilah.
"Kadang-kadang sampai ke pagi bilik tidur dia terang benderang. Pukul 4 pagi kadang-kadang mama tengok dia ke dapur minum milo atau susu. Risau mama tengok sleep pattern dia. Masa bila dia rehat pun mama tak tahu," keluh Kamilah.
"Sejak bila Adlee macam tu mama?"
"Tak sure mama. Rasanya sejak dia take over company dia sekarang. Sejak arwah babah tak ada," Kamilah senyum kelat.
Berubah air muka Aryssa. Hati bagai rasa dihiris.
"Mama rasa dia risaukan mama dan adik-adik dia. Dia rasa bertanggungjawab sebab dia anak lelaki sulung. Satu-satunya anak lelaki dalam keluarga ni. Dia nak protect keluarga dia, sampaikan diri dia sendiri pun dia dah tak terjaga," menunduk Kamilah.
Jatuh air mata seorang ibu mengenangkan pengorbanan anak lelaki kesayangannya itu.
"Aara minta maaf mama. Kalau bukan sebab abang Aara, keluarga mama mesti tak jadi macam ni," perlahan suara Aryssa sedikit bergetar di hujung ayat. Diusap-usap jarinya sendiri untuk menenangkan dirinya yang serba salah.
"Aara, jangan rasa bersalah macam tu. Aara tak salah pun. Please Aara..." rayu Kamilah. Aryssa hanya tersenyum kelat.
"Sebab tu mama nak sangat Lee kahwin dengan Aara, mama tolong Lee sehabis baik untuk halalkan Aara untuk dia. Mama tahu, Aara je yang boleh bahagiakan Lee lepas ni. Dan mama pun yakin, Lee boleh bahagiakan Aara. Mama harap perkahwinan korang ni, boleh ubati luka di hati korang selama ni."
"Mama jangan risau, Aara bahagia sangat dengan Adlee. Dia pandai jaga Aara, dia lindung Aara. Aara pun akan buat benda yang sama untuk Adlee. Aara akan bahagiakan dia ya mama," balas Aryssa sambil menatap mata Kamilah.
"Terima kasih Aara. Mama yakin Aara je satu-satunya wanita yang boleh lengkapkan hidup Lee. Aara nak tahu, waktu Aara datang birthday party Lee mula-mula hari tu, itulah pertama kali mama nampak dia berminat dengan perempuan. Pandangan dia dekat Aara lain sangat. Kalau tak, ramai je perempuan lain suka kan dia, datang dekat dia, tapi sorang pun dia tak peduli. Mama sampai risau, dia garang sangat dekat perempuan-perempuan yang nak dekat dia tu. Takut mama. Tapi bila Aara ada dekat depan dia, terus macam kucing anak mama tu," ujar Kamilah dengan tawa kecilnya.
"Sebelum ni memang Adlee tak ada girlfriend ya mama?"
"Tak ada Aara. Hidup dia sibuk. Ada lah yang mengendeng dengan mama suruh adjust dengan Lee, tapi mama malas masuk campur. Lee tak berminat, mama pun tak berminat. Mama pun duk sibuk risaukan kesihatan dia. Struggle betul dia naikkan balik company babah sampai lah dia dapat insomnia tu..." balas Kamilah. Aryssa mengeluh perlahan. Lembut tangannya mengusap bahu Kamilah bagi menenangkan hati wanita itu.
"Aara rasa, tidur Adlee dah okay lah mama. Sepanjang Aara tidur dengan dia, memang lena dia tidur ma," bersungguh Aryssa meyakinkan ibu mertuanya.
"Aara buat apa sampai dia jadi senang tidur tu?" tersengih-sengih Kamilah memandang wajah menantunya yang sudah mula kemerahan.
"Err, tak ada buat apa pun ma. Dia pe... peluk Aara je. Aara pun te... tepuk-tepuk dia, tu je ma," sengih Aryssa malu.
"Agaknya kena ada Aara dekat sebelah dia kut baru dia nak tidur? Eee! Mengadanya anak mama sorang tu!" terjerit kecil Kamilah.
Terbahak-bahak Aryssa ketawa melihat wajah mencebik ibu mertuanya itu.
Sedang ketawa berdua, terdengar pintu rumah dibuka dan terjengul kepala Ku Adlee di sebalik pintu lalu masuk dan terus mencium tangan Kamilah.
"Sorry balik lambat ma. Jalan jem depan tu," ujar Ku Adlee. Dia sedia maklum akan kedatangan mamanya melalui Aryssa petang tadi.
"Lee sihat? Nampak berseri-seri balik dari honeymoon. Tahun depan agak-agak boleh dapat baby tak?" gurau Kamilah.
Ku Adlee hanya ketawa lalu berjalan menuju ke isterinya yang sedang duduk di kerusi bersebelahan Kamilah. Dipeluk dan dicium dahi dan hidung Aryssa. Terpana Aryssa dengan perbuatan Ku Adlee dihadapan ibu mertuanya.
"Hari-hari kitorang usahakan mama. Doakan tahun depan mama jadi nenek ya," balas Ku Adlee tidak peduli dengan pandangan singa Aryssa.
'Eee! Tak malunya dia ni sembang macam tu dengan mama!' Jerit hati Aryssa.
"Aamiin! Kalau boleh mama nak order dua ketul terus. Boleh?" Pinta Kamilah niat bergurau.
"Boleh ke sayang? Mama nak dua. Maknanya kena usaha lebih lagi ke macam mana yang?" tanya Ku Adlee sengaja mahu mengusik. Membahang wajah Aryssa. Tidak tahu mahu menyorokkan muka ni dekat mana.
YOU ARE READING
LEE'S: HIS SAVIOUR | C | ✔️
Romance1st HIS Series Ku Adlee Raiz x Aara Aryssa 'Hope to see you again' - KAR Nota yang ditinggalkan menjadi seribu tanda tanya buat Aara Aryssa. Kelakuan dan prihatin lelaki beku itu membuatnya keliru. Adakah mereka berkongsi perasaan yang sama? 10 tahu...