Pada jam 12 tengahari Afnan baharu sahaja tiba di hadapan rumah kawannya untuk pergi ke book festival yang diadakan di Selangor , dia memang pantang ada book festival terus pergi .
"Assalamualaikum wahai manusia indahnya cuaca harini" ucap Azri kepada Afnan
"Waalaikumussalam , ha tak payah nak buat-buat tukar topik kau lambat 5 minit tau tak !"
"Amboi kau ni kalau aku tak bagitau kau ada book festival semalam mesti kau tak tau kan ? haa , untung la aku bagitau kau tu dah la peminat novel haih" keluh Azri sememangnya Afnan tidak tahu book festival yang akan diadakan hari ini , nasib baik ada kawan yang memahami bahawa si Afnan ni sangat meminati buku especially novel .
Keadaan amat sunyi mata mereka hanya tertumpu kepada jalan raya , lalu Azri ingin mengucapkan sesuatu kepada Afnan tetapi dia gagap untuk mengucapkannya .
"Afnan.. er... ak.. aku nak bagitau something ni"
"Hm , cakap je la kau ni apahal gagap pulak dengan aku" ucap Afnan lalu memandang muka Azri dengan keaadan rasa risau.
"Aku sebenarnya..."
"Aku sebenarnya apa kau ni cakap je la terus terang"
"AKU DAH NAK TUNANG MINGGU DEPAN !" ucap Azri , Afnan terus memperlahan keretanya lalu memandang Azri dengan muka yang terkejut .
"Wey , kau jangan main-main ! ke kau tipu aku ? okay , ni tak lawak kau cakap betul-betul ! "
"Betul la , kau nampak tak muka aku ni ada ke muka macam aku ni orang yang suka menipu ? hah ?" sambil menunjuk jarinya telunjuknya ke arah mukanya
"Ya Allah kawanku yang perangai macam setan pun ada orang nak eh , tahniah dho Azri btw cantik tak tunang kau ? kalau tunang kau cantik mustahil kawan dia tak cantik kan ? " Amboi menyempat eh si Afnan ni dia ingat ni sesi cari jodoh ke ?
"Woy tarik balik apa yang kau cakap kat aku tadi , hensem apa aku dah la baik suka budak pulak tu menyempat eh kau nak try kawan si tunang aku tu !" ucap Azri
"Eh okay la , aku kan single lagi lagipun aku ni dah tua kau tu muda lagi orang sebaya dengan aku ni dah kahwin dah anak 3&4 kau tau tak" Afnan dua tahun daripada Azri tapi tarikh birthday diorang sama je .
"Yelaa nanti giliran kau pulak la tu , dah jom la turun , nanti lama pulak nak kena beratur nak sign author kau tu"
"Yela jom" pasrah Afnan sambil mengambil Iphone 12 miliknya lalu dikeluarkan untuk membuat live untuk update dalam Instagram maklumlah dia ni PS ada je order masuk .
Afnan dan Azri mula melangkah keluar dari perut kereta lalu mereka melangkah ke arah mall yang dituju itu. Lalu mereka mula menaiki eskalator yang berada di hadapan mereka , mereka menaiki tingkat 2 untuk ke book festival yang diadakan.
![](https://img.wattpad.com/cover/356352429-288-k55794.jpg)
YOU ARE READING
HER HUSBAND -AFNAN DANIEL- {HIATUS}
Romancekarya pertama by @Nnyleaa_ Afnan Daniel X Alisha Dania Aku jumpa dia dengan cara yang tak sengaja eh tersayang dekat author kesayangan pulak! Afnan seorang ulat buku terutama nya dia amat meminati novel , manakala Alisha pulak sudah bertunang denga...