HHAD 15

38 2 0
                                    

Kaki Afnan mula melangkah masuk ke dalam pasar pagi bersama ibunya.

"Adik , adik pergi beli ikan bawal ibu nak singgah dekat beli sayur dekat Makcik Hajar" tak sempat Afnan ingin berkata-kata kepada ibunya , ibunya langsung meninggalkannya seorang diri di bahagian hadapan penjual ikan yang segar .

"Kenapa la aku juga yang kena beli ikan bawal ? kalau ajak kakak boleh la juga tolong carikan . Ni kalau salah pilih aku juga yang kena marah . Hm nasib aku la nasib tak kahwin lagi kalau kahwin memang kena dengan marah dengan bini la !" ujar Afnan hampir 5 minit dia berjalan dan berhimpit dengan orang ramai dia terjumpa penjual ikan yang mempunyai banyak jenis ikan .

Mata Afnan meliar ke arah penjual ikan yang segar ibunya suruh Afnan membeli ikan bawal , si Afnan pula pening nak beli yang mana sebab semua nampak sama . Aish ni la orang yang tak pernah nak masuk dapur disuruh beli ikan bawal pun tak tau nak pilih yang mana .

"Aduh kenapa la ibu suruh aku yang beli ikan ni aku mana pandai bab-bab nak membeli , yang ni nampak macam tak fresh je . Tapi yang mana satu ikan bawal ?" persoalan Afnan kini berada di dalam fikirannya namun dia tetap ingin mencari tahu yang mana satu ikan bawal .

"Ha adik cari apa ni ?" soal penjual ikan itu , namun balasan Afnan sangat singkat tanpa membuang masa dia berterus terang dengan penjual ikan itu .

"Saya tengah cari daging dinasour ada tak pakcik ?" jawab Afnan , ha ini yang membuatkan ibunya selalu marah ! tak pernah nak serius langsung , kalau bercakap dengan author dia kemain serius .

"Krik..krik...krik.." tiba-tiba penjual yang lain termasuklah Pakcik dihadapannya melihat Afnan dengan sangat pelik dan agak keliru apa yang baru sahaja diucapkan oleh Afnan tadi .

"Saya gurau je la , jangan serius sangat ni pakcik saya cari ikan bawal ada ?" soal Afnan kepada penjual ikan yang berada dihadapannya .

"HAHAHA.. pakcik ingat kamu betul-betul nak daging dinasour tadi , adik nak ikan bawal ? ada-ada" jawab Pakcik itu , lalu dia meletakkan ikan di dalam plastic yang sudah disediakan di atas mejanya . Pakcik itu meletakkan di atas penimbang . Tup 1kg terus pakcik ni letak agaknya nak cepat habis .

"Berapa pakcik ?"

"RM 30 ringgit je dik , harga murah-murah dah ni " ujar pakcik itu , lalu Afnan menghulurkan RM50 ringgit . Pakcik itu mengeluarkan duit untuk bagi baki duit Afnan .

"Baki tu pakcik simpan je saya sedekah , saya mintak pakcik doakan saya cepat dapat jodoh , panjang umur dan murah rezeki ye ." ujar Afnan , amboi doa minta jodoh awal ke tu ?

"Masyaallah , Alhamdulillah terima kasih dik ! kalau macam tu pakcik bagi adik sayur je la !" Lalu plastik di atas meja diambil oleh pakcik itu dan benar sahaja pakcik itu meletakkan kubis , sawi dan cili padi . Pakcik langsung menghulurkan plastik itu kearah Afnan .

"Pakcik sudah la tu banyak dah ni , susah-susah aje la bagi sayur lagi" ujar Afnan . Lalu dia mencapai plastik yang berisikan sayur yang diletakkan oleh pakcik itu .

"Ala ambil je ni ikhlas pakcik bagi , lain kali datang la sini lagi ye ! terima kasih dik , pakcik jual ye"

"Sama-sama pakcik , InshaAllah kalau ada rezeki kita jumpa lagi" ucap Afnan . Dia langsung meninggalkan tempat penjualan ikan-ikan yang segar lalu dia mula mencari ibunya di kawasan sayur-sayuran . Namun malangnya dia terjatuh akibat lantai yang dipijak olehnya itu sangat licin ! Aduh buat malu je nasib sempat pegang bahu ibunya .

"MAKCIK KAU TERBANG !" Afnan terus memaut bahu ibunya yang sedang berbual dengan Makcik Hajar .

"Astaghfirullah lain kali jalan tu elok-elok la sikit ini tidak ! asyik apa tu yang kamu selalu sebut tu ? delala ? apa kenama benda tu ibu tak tau" ujar Puan Nazirah .

HER HUSBAND   -AFNAN DANIEL-   {HIATUS} Where stories live. Discover now