Usai jam 5:40 pagi Afnan membuka matanya , dia tidak ingin membuang masa kerana apa ? kerana masa itu emas Afnan bergegas bangun dari katil lalu dia tangannya mencapai tuala mandi yang diletakkan di almari.. Afnan mengeringkan rambutnya menggunakan hair dryer selesai mengeringkan rambut Afnan melangkahkan kakinya keluar dari biliknya dia berjalan menuju ke bilik tamu yang diduduki oleh Azriel , dia mengetuk pintu bilik Azriel sambil dia memanggil nama Azriel.
"Azriel ! woy bangun dah nak subuh dah ni lepastu nak pergi pickup Izan dekat airport pulak nanti lambat aku tinggal kau !" jerit Afnan , haih Azriel ni pagi-pagi buta lagi dah buat hal taknak bangun ! Azriel tidak menjawab dia masih tidur dengan nyenyak agaknya.. ha kau tunggu Azriel !
Lalu Afnan mengetuk pintu lagi sekali dan pintu itu tidak dibuka oleh Azriel lalu tombol pintu dipulas oleh Afnan dan ternyata pintu bilik Azriel tidak dikunci ! ha ini lah masanya nak kejutkan si Azriel ni.. Afnan melangkah kaki masuk ke dalam bilik Azriel dan Afnan melihat Azriel masih lagi tertidur dengan nyenyak !
"Amboi kau aku kejut tak dengar eh ? tunggu kau !" ujar Afnan di dalam hati , lalu dia bergegas masuk di dalam tandas dan dia mengambil gayung yang berisikan air yang sangat sejuk ! waktu pagi-pagi macam ni memang sejuk . Dia langkahkan kakinya dengan perlahan dia takut Azriel tersedar daripada tidur nya itu , lalu dia mengambil sedikit air di dalam gayung lalu tangan ditadah dia langsung mencurahkan air itu ke atas muka Azriel .
"Apa benda dekat muka aku ni ? air ? aih atap bocor ke tak akan la rumah sebesar ni atap bocor !" ujar Azriel . Lalu dia membukakan matanya dan terkejut Afnan sedang di hadapannya .
"Ya Allah hantu mana pulak nak kacau aku ni ? dahla muka macam Afnan ! Aku tak kacau kau la wahai setan , kau jangan kacau aku !" ucapnya itu mengundang ketawa kepada Afnan lalu menyiramkan air yang tersisa di gayung itu ke atas kepala Azriel .
"Morning kawanku , bangun pun dari tadi aku kejut tak bangun kan ha ini makan dia !" ujar Afnan , dia tak ada rasa serba salah langsung dekat Azriel ! dahla air tu sejuk !
"WOY AFNAN ! KAU NI KAN TAKDE KERJA LAIN KE NAK DIBUAT ? BAPAK SEJUK AIR NI" ujar Azriel sambil menggigil kesejukan !
"Itulah nasib kau ! orang kejut dari tadi taknak bangun.. dah bangun dah nak subuh dah ni lepastu kita nak pickup Izan pulak" ucap Afnan dia menunjukkan jam tangannya sekarang sudah hampir masuk waktu solat subuh !
"Hm , ye aku bangun dah ni"
"Ha kalau dah bangun jangan tidur lagi , kita solat sekali lepas ni.. kau pergi mandi dulu" ujar Afnan lalu dia keluar dari bilik tersebut dan dia menuju ke ruang solat untuk membaca Al-Quran sementara tunggu Azriel untuk solat berjemaah , selesai membaca Al-Quran tiba-tiba telefonnya berbunyi !
Ting
Ting
Ting
"Assalamualaikum and morning awak🌹"
"Ingat saya lagi tak ?"
"Kalau ingat cuba la teka ! jangan block saya tau !"
"Awalnya messages masuk ! eh number telefon siapa ni ? tiba-tiba je chat aku tak kenal la.." ujar Afnan tanpa ragu dia pun membalas mesej itu .
"Waalaikumussalam , ada apa ye chat saya pagi-pagi macam ni ? dan awak ni siapa ye boleh saya tahu ? " -Afnan Daniel
Tidak sempat dia menaip ingin menanyakan siapa Azriel memasuki bilik solat untuk solat subuh bersama dengan Afnan , lalu mereka tidak ingin membuang masa ketika kedengaran azan subuh mereka langsung mendirikan solat berjemaah .
"Ya Allah terima kasih atas nikmat yang tidak terhingga ini kepada diriku , Ya Allah jika hambamu ini ada berbuat perkara yang buruk terhadap-Mu ampunilah aku Ya Allah.. Ya Allah ampunilah dosa kedua ibu bapaku , sahabat-sahabat ku dan orang-orang yang aku sayangi.. semoga mereka sentiasa berada di sisi mu Ya Allah . -Afnan Daniel-
Selesai sahaja mereka berdoa , Afnan ingin keluar dari bilik tersebut namun tiba-tiba tangannya ditarik oleh Azriel .
"Hm kau nak apa ? aku nak cepat ni.. nak pergi kejutkan my princess yang tengah tidur lepastu nak buatkan breakfast lagi" ucap Afnan dia bingung juga kadang-kadang dengan perangai Azriel ni haih nasib kau la dapat kawan yang macam ni Afnan oii .
"Alah , aku nak cakap ni ha ! handphone kau asyik berbunyi je ni .. aku check la tengok kot-kot Izan call ke lah rupa-rupanya WhatsApp kau yang orang duduk send banyak mesej ." ujar Azriel , aikk sejak bila phone Afnan ada dekat dia pulak ni ?
"Eh bak sini phone aku tu" Afnan laju merampas telefonnya yang berada di tangan Azriel , lalu dia melihat di skrin telefonnya...
"134 message"
"Astaghfirullahalazim , siapa yang chat aku banyak macam ni ? tak akan la ini kerja Izan ! tak mungkin la ." ujarnya .
"Itulah aku pun pelik kemain banyak mesej yang masuk , eh kau cuti kau habis bila ?" soal Azriel . Dia risau juga kang kot-kot Afnan ni kena buang kerja ke , berhenti kerja ke , takde kerja ke..
"Aku rileks la aku cuti 2 minggu je , lagipun budak yang praktikal tu ada gantikan aku ." jawab Afnan dia memandang wajah Azriel dengan mengangkat kening dengan senyum sinis .
"Kenapa kau ni pandang aku macam tu ? dengan kening terangkat macam spongebob dah ku tengok nya ." ucap Azriel .
"Weh dah lewat ni , aku buatkan breakfast dulu.. kau tolong aku kejutkan anak sedara aku boleh ?" soal Afnan , belum sempat Azriel membuka mulutnya untuk menjawab dengan pantas kaki Afnan keluar dari ruang bilik solat itu..
"Thank you Azriel , baik nya kawan aku ni " ucap Afnan , Azriel pantas menggeleng kepalanya lalu dia berkata..
"HEHE , DASAR MEMBER TAK GUNA ! ADUH DAHLA AKU NI JENIS YANG TAK PANDAI NAK KEJUTAN BUDAK-BUDAK.. MACAM MANA NI ? " soalnya di dalam hati , ha sudah tak tenang member nk kejutkan budak ni.. dia memang ada adik tapi tak rapat sangat sebab itu dia tak pandai kejutkan budak-budak ! kalau dia rapat dengan budak pun budak tu lari sebab apa ? sebab budak itu ingat yang Azriel ni penculik , pakaian dia serba hitam lepastu naik moto Kawasaki ninja yang berwarna hitam jugak ! aduh macam-macam la .
Tanpa ragu-ragu Azriel cuba membuka pintu bilik Dhia dengan perlahan . Lalu dia mendekati Dhia yang sedang tidur dengan sangat nyenyak . Lalu dia memikirkan bagaimana cara untuk kejutkan budak-budak.. haih nampaknya dia kena kahwin dulu baru boleh belajar macam mana nak jaga budak-budak ! Tiba-tiba timbul satu idea di dalam fikirannya . Haaa..
"Ha aku tahu macam mana nak kejutkan.." dia senyum sinis , ha dia dah start dahh !
Lalu dia mencapai suis aircond yang berada di hadapanya lalu dia menekan butang yang berwarna biru untuk menutup aircond itu , "pergh sejuk siak bilik dia ni macam dekat negara luar dah aku duduk ni padahal aku dah sampai Malaysia ." ujarnya di dalam hati .. Azriel ni memang jenis yang tak tahan dengan sejuk ! Selepas itu dia melangkah keluar dari bilik Dhia , lalu dia menuruni tangga kakinya melangkah masuk ke ruang dapur untuk melihat Afnan sedang menyediakan bahan-bahan untuk sarapan pagi .
"Helloo kau nak masak apa pagi ni ?" soal Azriel , sambil melihat bahan-bahan yang disediakan oleh Afnan .
"Alah masak benda yang senang-senang je , aku nak masak nasi goreng" jawab Afnan .
"Aaa ni Azriel kau dah kejutkan anak sedara aku ?" soal Afnan membuatkan Azriel agak gagap ingin menjawab .
"Err.. aku tutup aircond je.. aku tak kejutkan takut dia terkejut tengok muka aku ni" ujarnya . Haih macam-macam la Azriel ni .
"HAH ? KAU TUTUP AIRCOND JE ? EH KAU TAU TAK DIA TU KALAU GEMPA BUMI PUN DIA TAK AKAN BANGUN SELAGI KITA TAK KEJUT , NI SETAKAT KAU TUTUP AIRCOND MEMANG TAK LA DIA NAK BANGUN AZRIEL ZAFRAN !! "
"Hehehee.. sorry la , kau la pergi kejutkan dia eh.. biar aku jela yang masak ni senang je" ucap Azriel lalu dia mengukirkan senyuman kepada Afnan . Haih Azriel ni suka sangat buat hal .
"Haih nasib aku sabar tau , huh kalau kau masak tak sedap jaga kau ! masak betul-betul !" ujar Afnan , lalu dia melangkahkan kaki keluar daripada ruangan dapurnya .
"BAIKLAH AFNAN , SAYA AKAN MASAK SEDAP-SEDAP YE" ujar Azriel , Afnan langsung menaiki tangga untuk ke bilik Dhia .
![](https://img.wattpad.com/cover/356352429-288-k55794.jpg)
YOU ARE READING
HER HUSBAND -AFNAN DANIEL- {HIATUS}
Romancekarya pertama by @Nnyleaa_ Afnan Daniel X Alisha Dania Aku jumpa dia dengan cara yang tak sengaja eh tersayang dekat author kesayangan pulak! Afnan seorang ulat buku terutama nya dia amat meminati novel , manakala Alisha pulak sudah bertunang denga...