SUDAH hampir satu jam Elly menunggu di lobi hotel. Geram juga kerana lelaki itu suka mencari alasan semata-mata mahu mengelak darinya. Hari ini, mujurlah Johan sudi berjumpa. Tak lama lagi mereka akan pulang ke Malaysia untuk menjalani latihan di sana selama dua tahun.
"Elly..."
Makin lebar senyuman Elly. Skirt pendek ditubuhnya dibetulkan sedikit. Sengaja dia mengenakan pakaian yang seksi demi menggoda Johan.
"Lama ke awak tunggu?"
"Lama juga. Kenapa lambat sangat?" Sengaja Elly merengek dengan nada yang manja.
Johan berdeham sedikit. Lain macam pula perangai Elly malam ini.
"Saya ambil gaji terakhir saya di kafe. Hari ni, hari terakhir saya bekerja."
Elly hampir terlupa tentang hal itu. Johan bukan orang kaya sepertinya. Disebabkan lelaki itu hanya mendapat biasiswa, sudah tentu Johan tidak mampu menampung perbelanjaan harian di sini.
Lebih-lebih lagi hidup di luar negara, memerlukan kos hidup yang sangat tinggi. Disebabkan sikap Johan yang rajin bekerja, Elly jatuh hati.
"Awak dengar tak saya cakap ni?" Johan petik jarinya.
Elly tersedar. Malu apabila dia terlalu ralit memandang wajah kacak itu.
"You tanya apa?"
"Tentang malam ni. Kenapa nak jumpa di sini?"
"I nak ajak you makan malam."
"Ha? Kita berdua?"
Laju Elly mengangguk. Selamba dia meraih lengan sasa Johan. Terperanjat lelaki itu.
"Hari ni, hari jadi I. I nak raikan dengan you. You pun tahulah, dekat sini I tak ada kawan sangat."
Terkelip-kelip mata Elly. Bertahun-tahun tinggal di luar negara, dia suka membuat hal sendiri. Namun semuanya berubah sejak dia bertemu dengan Johan. Dan dia akui, dirinya terlalu obses untuk memiliki lelaki itu.
"Okey. Tapi rasanya tak perlu sampai nak peluk lengan saya. Tak manis." Dia menolak tangan Elly ke bawah.
"Alaa... bukan sesiapa nampak pun."
"Tapi Allah nampak. Saya tak suka." Tegas nada suara Johan.
Elly julingkan biji mata. Perkara ini yang dia lemah. Terlalu alim sampai dia naik rimas. Mereka berdua berjalan bersama ke meja makan.
Jatuh rahang Johan melihat ada banyak makanan yang terhidang di atas meja. Dia pandang ke arah Elly.
"Semua makanan ni, untuk kita ke?"
"Ha'ah. I pesan semua makanan yang terbaik di sini. I tak tahu you suka makan apa. So I pesanlah semua."
Johan hela nafas panjang. Dia jadi serba salah.
"Please, Elly. Jangan nak membazir untuk saya."
"Mana ada membazir. Jomlah kita makan. I dah lapar sangat ni."
Elly paksa Johan duduk di kerusi. Mereka duduk saling berhadapan di antara satu sama lain. Kekok Johan menjamah makanan di restoran ini. Pasti mahal.
"You dah ready ke nak balik Malaysia?" soal Elly.
Johan tiba-tiba tersenyum. Tak sabar dia nak pulang ke sana. Hanya Allah yang tahu betapa rindunya Johan terhadap keluarganya di kampung. Paling penting, dia mahu menemui Raudah.
![](https://img.wattpad.com/cover/356417749-288-k244184.jpg)
YOU ARE READING
Hilangkan Rasa Itu (PREORDER SEHINGGA 1 DEC 2023)
RomanceEllyana Nadhirah... Gadis yang suka memberontak setelah ibu bapanya bercerai. Ketika belajar di luar negara, dia terlalu obsess dengan seseorang. Saat cintanya ditolak, ada dendam beraja di hati. Muhammad Hadi... Seorang lelaki naif dan rajin berus...