"Hello, Assalamualaikum doc" aku menyapa setelah panggilan telefonku dijawab
"Waalaikumussalam, kenapa cikgu" soal Doktor Rohana yang memang kami mengenali antara satu sama lain sejak bertahun yang lalu, dan dia memang ada nombor telefonku juga.
"Doc, sorry kacau malam-malam macam ni, tp saya emergency ni" balasku dengan suara yang agak panic
"Kenapa cikgu, apa yang terjadi" soalnya lagi.
"Anak saya, Adam, tetiba dia terkejang, terketar-ketar badan dia"
"Dah bagi ubat ke belum" soalnya lagi.
Memang siang tadi aku ada membawa Adam ke kliniknya kerana demam, suhunya agak tinggi namun tidak berbahaya kata Doktor Rohana. Lepas maghrib tadi, aku berinya ubat mengikut jadual dan menjelang Isyak, Adam jadi tak karuan, badannya panas dan apabila dia shacking, aku panik terus aku hubungi Doktor Rohana.
"Dah, lepas maghrib tadi, skang dia panas sangat ni"
"Macam ni, cikgu selimutkan dia dulu, jerlum kepala dia, nanti saya datang bawak ubat sumbat ke punggung"
"Baik doc" jawabku agak lega
Hampir 15 minit aku menunggu, Doktor Rohana tiba dengan membawa beg peralatannya, terus aku jemput dia masuk, sambil aku mendukung Adam, yang dari tadi merengek.
"Uikss, panasnya badan dia" kata Doktor Rohana apabila menyentuh dahi dan leher Adam
"Tu la, risau saya Doc" sambungku, sambil berjalan ke tingkat atas menuju ke bilikku.
Aku baringkan Adam di katilnya, Doktor Rohana memeriksa suhu dengan menggunakan alatan yang imasukkan ke telinga, memang panas, dan dia meminta aku memegang Adam untuk dia masukkan ubat ke dalam lubang dubur Adam, bagi mengurangkan panasnya. Aku kembali memeluk mendukung Adam, mententeramkannya, mendodoikannya. Doktor Rohana duduk di single sofa yang memang tersedia di bilikku sambil dia mengemaskan begnya.
"Sorry Doc, susahkan Doc malam-malam macam ni, ganggu masa Doc dengan family"
"It's OK cikgu, suami saya takde kat rumah pun, anak bibik jaga, jadi no worries OK" jawabnya senyum
"Suami Doc ke mana?"
"Dia out station, hujung minggu ni baru balik"
"Oo, risau saya kut-kut kacau Doc dengan suami, heheee"
"Ishh, takde la, tadi pun saya tengah rehat-rehat tengok TV je pun, lagi pun kan ke petang tadi Cikgu dah bawak Adam ke klinik, jadi saya tahu keadaan dia macam mana. Saya tak terkejut bila Cikgu bagitau badan Adam panas" jelasnya panjang lebar
YOU ARE READING
RUMAHKU SYURGAKU : SIRI 3
General FictionSIRI 3, SIAP PUBLISH SEMUA BAB. Ada sedikit pemurnian jalan cerita dan adegan, ada beberapa perubahan kecil. ENJOY!!