BAB 1 : PUCUK DICITA

19.5K 51 1
                                    

BAB 1 : PUCUK DICITA


Dari jauh kelihatan isteriku tersengih panjang, lebar senyumannya, menyeringai giginya menampakkan riak wajah yang gembira setelah dia keluar dari kereta yang diletakkan di luar pagar rumah. Menang menjadi kebiasaan kami, jika Adam sedang bermain di halaman, kami akan park kereta di luar memberikan ruang padanya untuk meneroka.


"Bang....Bang......." jerit isteriku setelah membuka pintu pagar melangkah masuk menuju ke arah aku dan Adam yang sedang bermain


"Amboi, bukan main sengih tu, ada apa-apa ke ni?" soalku setelah dia bersalaman mencium tanganku.


"Abang ingat tak, dulu ayang pernah cakap yang ayang ada apply untuk ke Saudi?" dia memulakan bicara sambil sesekali melihat keletah anak kami.


"Hmm, ingat, ayang ada cakap dulu, tapi tu lama dah, masa tu Adam pun takde lagi"


"Haa, tu la, ni yang ayang nak bagi tau ni, ayang dapat offer tu...." ujarnya lagi. "Tapi..." suaranya tiba-tiba sugul.


"Kenapa yang?"


"Masalahnya ayang kena tinggalkan abang dengan Adam, offer ni baru dapat, kawan-kawan ayang yang mohon sekali hari tu pun, dapat jugak"


"Lama gila diorang proses, dekat dua tahun baru dapat jawapan" balasku


"Tu la pasal, kontrak tiga tahun kat sana bang"


"Hmmm, ayang fikir masak-masak, abang tau ayang memang nak sangat gi sana, sejak mula-mula kita kenal, ayang memang excited nak ke sana, skang offer dalam tangan, ayang buatlah keputusan yang bijak" jawabku memberikan sedikit ketenangan padanya


"Memang ayang nak sangat time tu, tapi skang macam mana, Adam macam mana" katanya sambil mendukung anak kami


"Pasal abang, ayang tak yah risau, Adam pulak, pandai la abang uruskan, lagi pun Kak Sal kan ada, dia dah jaga Adam sejak kecik lagi. Tiga tahun tak lama, pejam celik, kejap je"


**************


Malam itu aku lihat isteriku resah gelisah, lenanya terganggu, sekejap-sekejap jaga. Mungkin dia rungsing memikirkan tawaran yang dia dapat tu. Kalau dia terima, dia akan tinggalkan negara dan berkhidmat di sana minimum tiga tahun, dia akan berpisah dengan aku dan Adam, juga dengan keluarga. Sebelum tidur, sempat aku berbincang dengannya, dan aku menyokong penuh jika dia betul-betul ingin ke sana, aku cakap ini adalah rezeki setelah kami tinggalkan dunia sex bebas kami, mungkin rezeki setelah kami bertekad untuk berubah setelah kelahiran anak Zulaikha dan Firdaus. Aku pun dah mula menjauhkan diri dari perempuan-perempuan yang pernah aku kenal dan setubuhi itu.


"Bila ayang kena bagi jawapan offer tu?" soalku sewaktu menikmati sarapan pagi sabtu itu.


"Isnin depan." Jawabnya ringkas


"Ayang, pergi la sayang, ini peluang terbaik untuk ayang buktikan bakat ayang, mungkin ini permulaan untuk hidup yang lebih baik, ada hikmahnya sayang" pujukku

RUMAHKU SYURGAKU : SIRI 3Where stories live. Discover now