"Sila masuk Encik Sham" pelawa Encik Zainal, suami Puan Nadia sewaktu aku dijemput masuk ke rumahnya.
Mereka suami isteri mempelawaku ke rumah mereka setelah beberapa hari aku keluar wad, setelah beberapa hari aku mengerjakan isterinya itu semasa Puan Nadia menghantar aku pulang. Puan Nadia mempelawaku kerana dia menyatakan suaminya ingin benar bertemuku, dan ada sesuatu yang ingin disampaikan. Aku tiba di rumahnya pagi Sabtu itu, setelah menghantar Adam ke rumah pengasuh, setelah isteriku keluar bekerja menghabiskan minggu terakhirnya di sini sebelum dia berangkat ke Saudi memulakan tugas barunya di sana.
"Terima kasih" kataku melangkah masuk setelah berjabat tangannya. "Besar rumah Encik Zainal, cantik, kemas" pujiku mengekorinya ke ruang tamu
"Biasa je Encik Sham, harap orang umah saya dengan maid je, saya ni busy kerja" jawab Encik Zainal melabuhkan punggungnya ke sofa, diikuti isterinya duduk di sebelah.
"Jemput duduk cikgu" pelawa Puan Nadia senyum sambil memeluk lengan suaminya itu.
"Mana anak-anak? Sunyi je?" sahutku melihat sekeliling
"Anak sulung ada aktiviti di tadika dia, anak kecik dengan maid kat dalam tu" jawab Nadia merujuk kepada anak mereka yang berusia 2 dan 4 tahun itu.
"Ooo.." balasku pendek
"Cikgu duduk dulu ye, saya ke dapur sekejap" bingkas Nadia meninggalkan aku dan suaminya
Aku melihat sekeliling, rumahnya besar, dua tingkat. Bahagian dapur nun jauh ke sudut belakang, berhampiran meja makan. Ruang tamunya besar, dihiasi perabut mewah dan hiasan ala Inggeris, kombinasi putih dan merah bunga rose membangkitkan suasana seperti di pusat peranginan tanah tinggi.
"Macam ni Encik Sham, saya ada sesuatu yang ingin diberikan pada Encik Sham, boleh dikatakan hadiah juga la, saya tahu ini tak dapat menebus kesalahan isteri saya, tapi saya harap ia dapat mengubat kesedihan Encik Sham tu" panjang lebar suami Nadia menjelaskan pada aku, yang sememangnya aku tidak mengerti apa-apa.
"Apa maksud Encik Zainal?" tanyaku pelik dan penuh tanda tanya.
"Encik Sham, ikut saya jap" katanya bangun.
Aku mengekorinya ke bahagian garaj kereta. Di suatu sudut, ada sebuah basikal Mountain Bike. Pada fikiranku, adakah Encik Zainal juga mempunyai hobi yang sama sepertiku. Adakah dia ingin join aku kayuh. Kalau ya, aku sedia menerimanya, sekurang-kurangnya ada teman, tak le bosan sangat. Basikal itu kulihat sangat cantik, high spec full suspension, dan pada kiraan aku, harganya melebihi lima ribu ringgit. Namun, sesuailah dengan Encik Zainal, dia kaya dan berharta, pasti harga sebegitu tidak menjadi halangan padanya.
"Saya harap Encik Sham dapat terima pemberian saya ini" katanya menghulurkan basikal tersebut padaku.
"Apa maksud Encik Zainal" balasku terpinga-pinga, namun tidak memegang basikal yang dihulurkan itu.
YOU ARE READING
RUMAHKU SYURGAKU : SIRI 3
Ficción GeneralSIRI 3, SIAP PUBLISH SEMUA BAB. Ada sedikit pemurnian jalan cerita dan adegan, ada beberapa perubahan kecil. ENJOY!!