"Nanti kalau dapat apa-apa info, bagi tau Sue yer" pintaku penuh harapan, memandangkan hanya Cikgu Sham sahaja yang dapat membantu aku, bukan sebab takde orang lain, tapi aku lebih percayakan dia. Lagi pun aku dan isterinya kenal kawan rapat.
"OK Sue, jangan risau, pandai-pandai la saya siasat" balas Cikgu Sham setelah aku meluahkan segalanya, segala kecurigaanku.
"Sue harap hal ni antara kita je tau, takde sapa dah Sue nak harap"
"Don't worry Sue, saya akan cuba. Dengan apa yang Sue citer tu, saya yakin dia memang ada skandal, dan saya pasti dia curang. Apa-apa pun, tunggu jer perkembangan dari saya. Sue jangan risau, saya akan siasat. Sekejap je kita akan tahu perkara ni" ujarku meyakinkan dia.
"Sham nak buat macam mana?"
"Adalah caranya, Sue serah je pada saya"
"OK, apa-apa nanti Sham update dengan Sue ye" kataku lemah.
Setiap perempuan yang bergelar isteri, yang telah berkahwin mengharapkan kebahagian berpanjangan, mengharapkan keluarga yang bahagia, mengharapkan suami yang baik dan setia, namun hidup kita tak seperti drama di TV. Begitulah yang terjadi padaku, setelah anak menganjak hampir setahun, aku dapati suamiku bukanlah lelaki yang aku dambakan. Sedikit sebanyak aku dapat lihat perubahannya, walaupun di rumah dia adalah seorang suami dan ayah yang baik, namun di sisi lain dia adalah mimpi ngeri bagiku.
Baru-baru ini aku dapat tahu yang dia mempunyai wanita lain, aku ternampak mesej di phonenya, yang keluar notification di skrin, kebetulan dia sedang mandi. Mesej yang romantik, bersayang-sayang bagai. Dia juga kerap bermain telefon, jarinya tak henti-henti menyentuh skrin, mesti sedang chatting pada fikiranku. Aku cuba abaikan perasaan cemburuku, namun ada sekali dua lagi aku terbaca mesej yang keluar melalui notification telefonnya, membuatkan aku bertambah curiga. Sekiranya aku mengadu pada ibu bapaku, atau ibu bapanya, tentu rumahtangga kami hancur. Jika aku berhadapan bersemuka dengannya, meminta dia mengakui berterus terang, pasti akan berlaku perbalahan yang mungkin akan memberi kesan pada hubungan kami suami isteri, dan yang paling terkesan ialah anakku yang sedang membesar. Aku pendam, aku diam, dan semakin lama aku semakin tertekan, kerana tiada bukti, hanya syak wasangka. Akhirnya, aku meluahkan segalanya pada Cikgu Sham, meminta dia tolong clearkan perkara ini.
"Cikgu Sham" tegur Sue sewaktu dia ke makmal menemuiku. "Pasal hal suami Sue tu..."
"Setakat ni memang nampak progresnya, memang Nan kaki perempuan" balas Cikgu Sham.
"Tu la pasal, Sue tengok whatsapp yang Sham forward tu, memang panas juga"
"Sue kena cool, rilex dulu, buat macam takde apa-apa sampai la kita dapat bukti yang lagi kukuh. Time tu kalau Sue nak bertindak pun, takpe" jelasnya menenangkanku.
"Pandai Sham siasat ye"
"Hehehe, nyamar je pun, bukan real" jawabnya sengih.
![](https://img.wattpad.com/cover/354520562-288-k744863.jpg)
YOU ARE READING
RUMAHKU SYURGAKU : SIRI 3
Fiksi UmumSIRI 3, SIAP PUBLISH SEMUA BAB. Ada sedikit pemurnian jalan cerita dan adegan, ada beberapa perubahan kecil. ENJOY!!